28 Jan 2015

PasMa Betul, Yang Tak Setuju PR Sila Keluar Dari PAS!


Pihak tolak Pakatan yang patut keluar PAS'

Pihak tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat yang sepatutnya keluar daripada PAS.

Begitu reaksi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mendapat amaran bernada halau daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihak itu harus keluar parti kerana muktamar PAS sebelum ini memutuskan bersama dengan Pakatan.

“Itu keputusan PAS dan muktamar.

"Jadi siapa yang tak bersetuju dengan prinsip (bersama Pakatan), tak bersetuju dengan (keputusan) PAS maka dia kena keluar PAS,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menjawab amaran keras Hadi kepada PasMa, Phahrolrazi berkata tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin tidak bermakna tidak bersetuju dengan PAS.

“Tapi kalau tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin dan sebagainya itu cuma pendapat sahaja tidak payahlah keluar PAS,” ujarnya.

Hadi kelmarin dalam kenyataannya melalui laman Facebook memberi amaran supaya PasMa tidak merosakkan 'bahtera' PAS.

Beliau mengumpamakan NGO yang digerakkan anggota PAS itu seperti “menebuk kapal” sendiri dan meminta ahli pertubuhan itu meninggalkan PAS jika tidak lagi sehaluan.

Phahrolrazi bagaimanapun hari ini menjelaskan kenyataan Hadi terhadap PasMa itu tidak relevan kerana bukan semua anggota PasMa terlibat dengan PAS.

“PasMa ini NGO yang berdiri dibawah entiti berdiri sendiri, jadi tak timbul keluar masuk PAS sebab dia (PasMa) tidak pernah masuk PAS pun.

“Jadi dia (Hadi) nak tuju pada PasMa tidak relevan.

“PasMa tidak ada kena mengena dengan PAS, Hadi tuju pada ahli PAS,” katanya lagi. -mk

ULASAN GB

Memang benar kata Phahrolrazi... pihak yang tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyatlah yang sepatutnya keluar daripada PAS. Ini kerana resolusi Muktamar bertahun-tahun memutuskan "PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat". Itu kehendak majoriti ahli PAS. Jadi jika ikut keputusan muktamar, sesiapa yang tak suka PR, boleh belah dari PAS...

Kedua, kebenarannya ialah yang dikritik ialah pimpinan PAS... bukan dasar PAS. Apasal Haji Hadi mahu halau PasMa keluar? Apa hak beliau bercakap demikian? Allahyarham TG Fadzil Noor pernah menyatakan bahawa pimimpin PAS boleh dikritik.



Kita tunggu nanti hukum Allah berjalan dengan sendiri....

12 ulasan:

  1. Tim. Ketua ulamak donia ni dah expired ke hapa? Buat kenyataan macam bodoh ja! Patut pun hamno yakin dgn rampokan mereka.

    BalasPadam
  2. Pemimpin Pas zaman Us Fadhil Noor tak maksum tapi puak UG Pas sekarang maksum, tak leh kritik.

    BalasPadam
  3. PasMa itu NGO yang menyokong perjuangan PR. Kenapa pula nak halau macam anjing kurap? Lebih baik halau puak UG yang menimbulkan masalah dalam PAS & PR. Saya pun rasa bimbang & terkilan bila memikirkan kerenah Presiden PAS & isu puak UG yang semakin meruncing ini. Harap dapat diselesaikan secepat mungkin!

    BalasPadam
  4. Bila la agaknya hj hadi ni nak direhatkan......... ramai betui yg dok bergayut dgn hadi ni, sokongan grassroot xde pon!

    BalasPadam
  5. Eluk pulak Presiden UMNO dari Presiden PAS

    Presiden UMNO sendiri tak ada pun halau ahli nya yang buat lapuran Polis ke atas nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. I hate to say this.....but....

      TERBAIK!

      Betul lar presideng unmo lebih baik daripada ulama pas mulia bertaraf dunia

      Padam
  6. Saudara2, rata rata penyokong pas fb/blog tuduh cina (yang "dapig" yang liberal yang secular yang communist) telah gagalkan hudu. adakah tuan percaya bahawa cina kuasa begitu besar boleh halang hudu berpuluh puluh tahun ?

    BalasPadam
  7. Hadi dan geng ug nya menentang keputusan muktamar...mmg patut dia n the geng kena blahh...undurlah wahai hj hadi...dah dahlah tu mengarut...koho lama koho berat 66 aku tengok..pru 14 nanti kalu hj hadi dok blah, mapuh kerahlah pas napoknya...

    BalasPadam
  8. yg komen mengomen ni banyak yg menyamar sebenarnya mrk ni talibarut umno yg baca harus berhati2 dan jangan amik pot lebih lagi klu mrk ahli pas atau pakatan tulin atau ori gitu.. bnyk org jadi sesumpah skrng nim sila pakatan berpecah terlompat2 mabok sakanlah umno berpesta kpop nanti haha.politik menghalalkan segala cara kitab islam hadhari vs 1Malaysia.

    BalasPadam
  9. prinsip numero uno pakatan: bersetuju untuk tidak bersetuju.

    BalasPadam
  10. PASMA ni terhegeh2 nak kuasa. Sampai sanggup diperbudak DAP dan PKR. PAS parti bermaruah. Kalo Phahrolrazi tu jadi presiden PAS aku rasa seme menda dok ikut bontot DAP dan PKR je la. Last2 hukum hakam pegi ntah mana. Nasib baiklah PAS tak diketuai oleh orang macam Phahrolrazi

    BalasPadam
  11. Yang kuat bekerja dan mengerakkan PAS selama ini siapa ? Baru ini lepas krisis MB Selangor geng UG nak tunjuk sangat yang dia orang nak selamatkan PAS konon

    Masa praya ug ni lah yang buat kacau di beberapa tempat berakhir dengan mahkamah memutuskan kenyataan Hj Hadi mefitnah calun PKR sebagai fitnah

    Presiden UMNO boleh menipu menfitnah berkali kali Berbeza dengan Hj Hadi Tapi sama je langsung tak ada menunjukkan dia menyesal Bertambah teruk ada lah

    Ko orang kata dia berilmu tapi bagi aku Hj Hadi cuma se orang yang berpengatahuan

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.