Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli melawat Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi Neuro di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, 10.40 malam tadi.
Baginda dilaporkan tiba sebaik saja mendapat makluman TG Nik Aziz, bekas Menteri besar Kelantan merangkap Musrsyidul Am PAS itu dimasukkan ke Unit rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian semalam.
Anak TGNA, Nik Abduh berkata "Ayahanda agak uzur ketika dimasukkan ke wad ICU petang tadi. Selepas diberi rawatan, ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan stabil," tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebook tengah malam tadi, lapor harakahdaily.
Walau bagaimanapun, jelasnya doktor menyatakan ayahanda beliau memerlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.
Menurutnya, ayahanda beliau mengidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya.
"Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik. Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda," tulisnya lagi.
Mengenai ziarah Mursyidul Am PAS itu, beliau menyatakan ia adalah mengikut prosedur yang ditentukan oleh pihak hospital dan dipersetujui oleh pihak keluarga.
semoga allah pelihara tgnh.terima kasih keatas sultan yg bergiwa rakyat.
BalasPadamsemoga allah memerehala tgnh.tk sultan yg bergiwa rakyat.
BalasPadamSesungguhnya kami mencintai Sultan Muhammad V dan Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mereka adalah ulama dan pemimpin Islam yang berakhlak mulia dan mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Semoga Allah memberkati , melindungi dan membimbing mereka ke jalan yang diredhai oleh Allah Yang Maha Esa.
BalasPadamSemoga Allah Yang Maha Penyembuh menyembuhkan semua penyakit yang dihidapi oleh Tuan Guru Nik Aziz supaya beliau boleh meneruskan dakwah Islam di Malaysia. Amin.
Ilmu agama Islam akan berangsur-angsur hilang di akhir zaman:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (H.R. Muslim)
Semoga Allah memelihara TGNA, n luv u sultan berjiwa rakyat.
BalasPadamSemoga Allah memanjangkn umur Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat..Dan terbaik dari Sultan Kelantan.Semoga Sultan2 lain dpt mengikut jejak Sultan Kelantan..Amin.
BalasPadam