24 Sep 2014

[BERGAMBAR] Tips Kecil Elak Anak Terkunci Dalam Kereta


Kanak-kanak terperangkap dalam kereta

JASIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris lemas selepas terperangkap dalam kereta milik bapanya di sebuah stesen minyak di bandar Jasin, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan berseorangan dalam kereta jenis Proton Exora selepas bapanya ke kaunter minyak sebelum kereta yang dimatikan enjin itu terkunci secara tiba-tiba.

Seorang pekerja stesen minyak itu yang enggan dikenali berkata, tidak lama selepas lelaki berusia 40-an itu ke kaunter stesen minyak, penggera keretanya berbunyi sebelum dia mendapatkan kenderaannya dan mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya.


Menurutnya, ketika itu kanak-kanak terbabit sedang tidur dalam kenderaan berkenaan sebelum terjaga beberapa minit kemudian.

“Saya kemudian meminta pelanggan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantu membuka pintu kereta tersebut.

“Biarpun tersedar dari tidur, kanak-kanak itu tidak menangis dan sempat diagah oleh orang ramai bagi menghilangkan rasa ketakutan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM daerah Jasin Sarjan Mejar Muhamad Alif Abd Rahman berkata, dia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas terpaksa memecahkan salah sebuah cermin kenderaan itu.

Menurutnya, sebelum itu, dia bersama empat anggotanya berusaha membuka cermin tingkap kereta sebelah kiri dengan cara manual, namun tidak berjaya.

“Disebabkan itu, kami terpaksa memecahkan cermin kereta berkenaan bagi menyelamatkan mangsa,” katanya.

ULASAN GB

Alhamdulillah, mujur anak itu selamat. Jika tidak bukankah sesal tak sudah sang bapanya...

Sudah banyak kes anak tertinggal di dalam kereta berlaku. Dan di dalam kes-kes berkenaan, kebanyakannya pula adalah kerana kereta terkunci dari dalam.

Ia sepatutnya menjadi pengjaran kepada semua, jangan samasekali tinggalkan kunci kereta di dalam sewaktu anda meninggalkan kereta berkenaan.

Kedua, sentiasa bawa kunci pendua (kuncinya sahaja tanpa alat penggera) dan simpan di dalam dompet.

Ini memudahkan anda untuk membuka kereta secara manual apabila pintu kereta tertutup secara automatik.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[BERGAMBAR] Di Sebalik Kisah "Biawak Lapar" Serang Kanak-kanak...

Bayi 8 bulan terima 50 jahitan akibat diserang biawak

Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan menerima 50 jahitan selepas cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pada pagi kelmarin.

Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu, bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di dapur.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata secara tiba-tiba datang seekor biawak dari arah luar terus menyerang bayi malang berkenaan.

"Melihat keadaan itu, wanita berkenaan terus bertindak menyelamatkan anaknya dan menghalau haiwan berkenaan," katanya, semalam.

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada bapa mangsa Abdul Rahman Ismail, 38, seorang penyelenggara di resort berkenaan yang ketika itu sedang bekerja, sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Johari berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pihak Jabatan Perhilitan dimaklumkan tentang perkata tersebut untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu di Johor Baharu, bayi malang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSA.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing semalam.

"Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor mencuci luka itu serta menjahitnya.

"Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk 'L'.

"Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ayub, bayi perempuan itu dimasukkan ke wad di HSA 8.30 malam semalam selepas menempuh perjalanan selama beberapa jam dari Mersing. – Bernama

Biawak serang bayi mungkin disebabkan lapar, kata Perhilitan


Biawak yang menyerang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman pagi semalam berkemunginan dalam keadaan lapar.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar.

"Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa," katanya ketika dihubungi di Kuantan, semalam.

Khairiah berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan biawak terhadap Nurhidayah Abdul Rahman yang mengakibatkan luka sepanjang enam sentimeter di bahagian muka bayi malang tersebut.

Beliau tidak menolak kemungkinan ia juga berpunca daripada faktor pengabaian soal kebersihan di kawasan sekitar sehingga menjadi tarikan kepada haiwan liar itu memasuki rumah untuk mencari makanan.

Sehubungan itu, Khairiah menyeru pihak pengurusan resort berkenaan supaya mempertingkat aspek kebersihan.

Antaranya termasuk memastikan pembuangan sisa makanan dilakukan secara lebih teratur untuk mengelak kawasan itu menjadi tarikan kepada haiwan berkenaan.

Dalam masa sama, katanya Perhilitan juga menghantar anggotanya ke kawasan kejadian bagi menyiasat punca sebenar haiwan itu menyerang manusia.
– Bernama




ULASAN GB

tatkala kita sedang ghairah menyambut perlantikan MB Selangor... tiba-tiba ada kisah seekor biawak menyerang seorang budak sehingga cedera dan menerima 50 jahitan. PERHILITAN berkata kemungkinan "biawak itu tengah lapar."

Bukan bermaksud GB untuk mempolitikkan hal biawak itu, tetapi bagi yang mempunyai mata hati, ada maksud daripada "ayat manzurah" itu... kerana "tidak ada sesuatu pun dari Allah itu sia-sia..

"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.”(al-Anbiyaa`: 16)

"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi orang yang berfikir). (Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Wahai Tuhan kami! Tidak Engkau jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah! Lindungilah kami daripada azab neraka". (Ali Imran: 190-191)

Di dalam bicara politik, semalam juga GB ada paparkan kisah seorang bekas exco Selangor yang terhegeh-hegeh mendatangi MB Selangor yang baru. Semua kenal siapa dia. Presiden JATI orangnya. Pengkomen pertaqma di FB Green Boc menulis :"hahahahaha.....sian plak ...lame dah x masyuuuuuukkkkk...agaknye????" Bunyi macam biawak lapar.. hehehe

Ada kaitan atau tiada kaitan, persepsi masing-masing tetapi seperti GB katakan tadi, tiada kisah atau ciptaan Allah itu yang sia-sia. Semuanya berguna untuk "kaum yang berfikir"!

Demikian adanya. Untuk yang berminat untuk membaca ayat-ayat manzurah lagi, sila klik SINI.

Sementara itu, jangan lupa untuk doakan kesembuhan dan keselamatan "anak kecil yang tercedera itu".

p/s maaf jika ada yang tak bersetuju dengan tulisan GB. Wallahu alam.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[EDISI BERAT] Hassan Ali Dulu Fitnah Azmin Kongasi Isteri -UPDATED


JATI sedia kerjasama dengan Azmin - Hasan Ali

KLANG: Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) sedia memulakan jalinan kerjasama dengan Menteri Besar baru Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam usaha mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja di negeri ini.

Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memaklumkan, dia tertarik dengan lafaz Ikrar Aku Janji Menteri Besar khususnya dalam tiga konteks berkenan isu berkenaan dan berharap ia dapat dilaksana sebaik mungkin.

"Sebagai Presiden JATI Malaysia, kita akan berikan kerjasama sebaiknya dan kerjasama itu diberikan sekiranya Yang Amat Berhormat betul-betul serius dan punyai kekuatan serta sokongan daripada semua pihak untuk menjamin bahawa Islam, Melayu dan institusi raja itu dapat dipertahankan," jelasnya kepada Astro AWANI selepas Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata Hasan, satu pertemuan akan diatur bagai membincangkan hal tersebut dengan lebih lanjut.

"Saya ada bagitau dia (Azmin) tadi, bahawa kita akan adakan satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin JATI untuk bincangkan dengan lanjut di mana tempatnya kami di JATI yang memang dah lama dalam ketiga-tiga bidang ini,"

"Kalau dapat dijalinkan satu hubungan baik demi Islam, Melayu dan institusi raja akan berikan faedah dan manfaat terbaik kepada Selangor dan rakyat negeri Selangor", katanya.

Antara sepuluh intipati Ikrar Aku Janji yang dilafazkan termasuklah memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam senagai agama negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat pihak lain.

Selain itu ikrar itu turut menyebut akan memelihara kedaulatan institusi raja dan mempertahankannya dari dicemari mana-mana pihak dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa sama kepentingan sah kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

JATI merupakan sebuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggerakkan massa ke arah membentuk masyrakat madani dengan mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Sebelum penubuhan JATI, Dr. Hasan adalah bekas barisan exco kerajaan negeri Selangor.

Namun, selepas di pecat PAS, dia lantang mengkritik kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri itu.

Kelantangannya sering menjadi berdebatan khususnya dengan Azmin termasuk dalam isu Kalimah Allah.

Dr Hasan juga pernah membidas Azmin yang didakwa bersikap sikap angkuh dan biadab terhadap keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu tersebut. -astroawani

ULASAN GB

Tiba-tiba Hassan Ali muncul pagi ini menemui MB Selangor yang baru, YAB Azmin Ali. Mungkin nak lobi nak jadi exco? Sedangkan inilah orangnya yang menjaja seluruh negara menabur fitnah menyatakan Azmin kongsi isteri dengan orang lain. (Tonton video di bawah nanti).

Sebelum dari ini GB pernah mengulas, petikan:

Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu akhirnya dapat dikeluarkan.

Semuga ketegasan PAS kali ini memberi pengajaran kepada yang lain terutama kepada saki-baki UG yang masih ada di dalam parti yang sebelum ini kelihatan menyokong Hassan Ali.

Tak payah GB sebutkan nama mereka.

Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam Parti Islam SeMalaysia sekalipun bukan dari kalangan ulama dan akan mengeluarkan sesiapa dari parti walaupun dia seorang ulama ternama. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!

Rasulullah saw pernah bersabda:

Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.

Tidak timbul soal ulama atau profesyenal di dalam memilih pemimpin jika kita teliti hadith di atas. Rasulullah tak menyatakan secara spesifik hanya ulama saja boleh jadi pemimpin atau imam kepada kaum muslimin, malah seorang budak hitam berbangsa Habsyi pun boleh jika Allah mengkehendakinya.

Di dalam satu ulasan GB yang lain, GB menyatakan, PETIKAN:

Hassan Ali pernah menggesa rakyat supaya "jangan beri Pakatan walau satu undi". Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana undi Pakatan Rakyat telah bertambah.

Malah di Selangor sendiri PAS telah berjaya menambahkan kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi DUN.

Dan yang tak mendapat satu undi pun ialah Hassan Ali sendiri, apabila beliau tidak lansung dapat menjadi calon bagi UMNO/BN yang dbodeknya di sepanjang program jelajah dari utara sampai ke selatan tanahair.

Beliau akhirnya dipermainkan UMNO BN.

Umum mengetahui bahawa Hassan Ali amat bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor setelah termakan hasutan dari UMNO BN kononnya beliaulah orang yang paling layak menjadi Menteri Besar Selangor ketika beliah masih lagi di dalam PAS.

Begitu juga ulasan GB yang ini, PETIKAN:

Yang jelas, kini Hassan Ali terus akan mencadi sasau dan cacau... dalam erti kata sebenar, "GILA".

Beliau menuduh orang lain (ADUN Meru yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor )mempunyai masalah mental sedangkan pada hakikatnya tuduhan itu berbalik kepada dirinya sendiri.

Lama kelamaan Hassan Ali gilalah... salah siapa jika terjadi demikian?

Kita tidak berdoa begitu tetapi beliau sendiri memilih untuk menjadi demikian... demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Di dalam barisan PAS Selangor kini, saki baki geng Hassan Ali masih ada, malah cukup berkuasa. Belum sampai waktunya untuk GB bongkar kesemuanya. Tetapi jika keadaan memerlukan, segala-galanya akan didedahkan demi kebenaran dan keadilan. Jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan itu.

KISAH BENAR!!!

Hasan Ali memfitnah Azmin Ali berkongsi isteri










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI