4 Jul 2014

Awie Diheret Ke Mahkamah Kerana Belasah Isteri


Awie Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri

AMPANG: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, pada 2 Jun lalu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, minta dibicarakan.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula.

Mahkamah turut mengarahkan Awie membayar ikat jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin.

Awie hadir ke Mahkamah Majistret Ampang di sini di temani sekumpulan rakan-rakannya.

Awie diwakili dua peguam iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.

Manakala pertuduhan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Imej Rozana yang dikatakan lebam akibat dipukul suami sendiri tersebar di Internet.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Kesekaaan.

Perkarangan mahkamah dipenuhi dengan wartawan dan jurugambar seawal pukul 9 pagi dan penyanyi itu hanya muncul sejam kemudian.

Awie turut ditemani oleh anggota Wings seperti Joe dan Eddy serta beberapa rakannya yang lain.

Sementara itu, Awie ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan menyerahkan kepada peguamnya.

Jelas Awie dia enggan memberikan kenyataan bercanggah yang akan menggangu kes berkenaan di mahkamah.

"Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai kes ini kerana tidak mahu menggangu proses mahkamah dan menyerahkan semua kepada peguam saya," katanya.

Tambah Awie, biarpun kes berkenaan mendapat perhatian ramai namun ia tidak menggangu perjalanan seninya.

Sebelum ini, gambar yang didakwa sebagai Rozana yang menunjukkan wanita tersebut lebam dan cedera di wajah akibat dipukul tersebar luas sehingga menyebabkan pihak polis memanggil Awie untuk membantu siasatan.

Awie dan Rozana dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

Siapa yang tak kenal Awie? Pemilik kelab malam yang menjual arak di Ipoh. Siapa tak kenal Awie? Penyanyi rock yang pernah memakai rantai salib?


Siapa tak kenal Awie? Khabarnya dia seorang Ayahanda PEKIDA. Siapa tak kenal Awie? Penyokong tegar UMNO BN.


2x 5 macam papagomo juak. Isteri sendiri pun dibelasah semacam.... Memang betullah air setan itu hanya untuk setan-setan belaka.

Sekarang jawab, Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukum penjara 7 tahun dan denda.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Felixia Yeap: Alhamdulillah, Aku Kini Bergelar Seorang Muslimah....


Model dan pelakon Felixia Yeap semalam sah memeluk Islam setelah beliau selamat mengucap syahadah di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail pada jam 6.30 petang.

Menulis di akaun Facebooknya, model pakaian muslimah terkenal itu juga menyifatkan tindakannya memeluk Islam semalam sebagai kelahiran semula baginya.

"Jam 6.30pm tadi, saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di TTDI.

"Alhamdullilah selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini," katanya melalui Facebook.

Beliau turut mengucapkan syukur atas kehadiran rakan-rakan yang turut sama menyaksikan hari bersejarah baginya.

Felixia sebelum ini memilih tarikh 5 Ramadan bersamaan 3 Julai untuk mengucap syahadah adalah bersempena ulangtahun kelahirannya.

Dalam pada itu, belum belum lagi mahu memaklumkan nama baru yang akan digunakan setelah memeluk Islam.

Menurut beliau, nama baru itu hanya akan diumumkan kemudian.

Beberapa portal menyebut beliau bakal menggunakan gabungan dua nama, di mana salah satunya adalah 'Rania'.

Sementara itu di akaun Facebook juga, beliau turut menukar 'cover photo' dengan gambar tulisan ucapan syahadah - HD









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa

Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu. Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan. "Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan. “Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia. “Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin. Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat. “Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia. “Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai. “Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya. Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu. Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan. "Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan. “Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan. -mstar







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI