4 Jul 2014

Felixia Yeap: Alhamdulillah, Aku Kini Bergelar Seorang Muslimah....


Model dan pelakon Felixia Yeap semalam sah memeluk Islam setelah beliau selamat mengucap syahadah di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail pada jam 6.30 petang.

Menulis di akaun Facebooknya, model pakaian muslimah terkenal itu juga menyifatkan tindakannya memeluk Islam semalam sebagai kelahiran semula baginya.

"Jam 6.30pm tadi, saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di TTDI.

"Alhamdullilah selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini," katanya melalui Facebook.

Beliau turut mengucapkan syukur atas kehadiran rakan-rakan yang turut sama menyaksikan hari bersejarah baginya.

Felixia sebelum ini memilih tarikh 5 Ramadan bersamaan 3 Julai untuk mengucap syahadah adalah bersempena ulangtahun kelahirannya.

Dalam pada itu, belum belum lagi mahu memaklumkan nama baru yang akan digunakan setelah memeluk Islam.

Menurut beliau, nama baru itu hanya akan diumumkan kemudian.

Beberapa portal menyebut beliau bakal menggunakan gabungan dua nama, di mana salah satunya adalah 'Rania'.

Sementara itu di akaun Facebook juga, beliau turut menukar 'cover photo' dengan gambar tulisan ucapan syahadah - HD









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




3 ulasan:

  1. Alhamdulillah ... atas rahmat Allah swt, bertambah lagi seorang Islam bukan Melayu di Tanah Melayu ni.

    Ingat, Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu. Hanya munafikun sahaja yang menganggap Melayu tu Islam dan Islam tu Melayu.

    Selamat Berpuasa. Insyaallah senantiasa di dalam lindunganNya.

    BalasPadam
  2. Orang Islam tidak melarang orang ramai bersedekah tetapi orang ada yang melarang perbuatan bersedekah.1

    BalasPadam
  3. wajip bersihkan pusat2 hiburan songsang, pst mesin2 judi, spa, pelacuran disekitar ibu negara KL namun membersihkan peminta sedekah juga wajip demi kemakmuran negara kita... ambil contoh, saya pernah dihampiri seorg lelaki yng menjual pelekat surah al-quran mendakwa sebagai org kemboja islam... bila suruh baca surah lazim al-fatihah & 3 qul.. haram x reti... jadi org mcm ni (peminta sedekah) harus diTIADAkan disekitar bandaraya kita... ada banyak cara kita bolih bersedekah lagipun ianya dituntut oleh ISLAM terutamanya pada bulan PUASA ni...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.