14 Jun 2014

Remaja Bawah Umur Kena Cekup Dalam Tandas

Bandar Sri Sendayan - Dua remaja berusia 15 dan 13 tahun ditangkap ketika sedang asyik berdua-duaan dalam sebuah tandas di kawasan kedai makan Medan Nusari, dekat sini, semalam.

Difahamkan, perlakuan sumbang kedua-dua remaja terbabit disedari beberapa pelanggan kedai makan berkenaan kira-kira jam 10 pagi, semasa mahu menggunakan tandas tersebut yang terletak beberapa meter dari kedai dan berkeadaan sunyi.

Salah seorang pelanggan hanya mahu dikenali sebagai Rusydi, 35, berkata, pada mulanya, dia tidak mengesyaki apa-apa ketika melihat remaja lelaki dan perempuan menaiki motosikal bersama menuju ke kawasan tandas itu.

“Bagaimanapun, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati motosikal dinaiki kedua-duanya masih berada di situ, sedangkan kelibat mereka langsung tidak kelihatan sejak 20 minit lalu.

“Pemeriksaan saya bersama rakan-rakan dalam tandas lelaki tidak menemui apa-apa. Namun, alangkah terkejutnya saya kerana ternampak dua pasang kaki dalam keadaan cukup rapat ketika menjengah dari bahagian bawah salah satu tandas wanita,” katanya.

Menurutnya, selepas dipaksa membuka pintu, mereka mendapati kedua-dua remaja terbabit sedang berada dalam tandas berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Melalui penjelasan diberikan kedua-duanya, difahamkan remaja perempuan yang sedang menuntut dalam tingkatan satu itu berasal dari taman sekitar kawasan ini, manakala si lelaki pula datang dari Seremban Dua yang terletak lebih kurang 6.3 kilometer dari tempat kejadian.

“Mereka juga merayu agar tidak diserahkan kepada pihak berkuasa dan mengaku tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya yang menjelaskan, ibu remaja perempuan itu sampai di lokasi lebih kurang 45 minit kemudian selepas dihubungi anaknya.

Katanya lagi, si ibu langsung tidak menyangka akan berlaku demikian, memandangkan anaknya ada meminta izin untuk keluar dengan alasan mahu pergi bersiar-siar.

Kekecohan juga hampir berlaku apabila bapa kepada remaja lelaki terlibat yang tiba beberapa minit kemudian, naik angin dan mengugut mahu memukul Sinar Harian yang cuba mendapatkan maklumat.

“Kau siapa? Jangan kurang ajar! Aku belasah kau nanti,” demikian herdik lelaki dalam lingkungan 40-an itu kepada Sinar Harian, semalam yang kemudiannya meminta maaf dan mengaku tertekan dengan perbuatan anaknya.

Tinjauan Sinar Harian, semalam mendapati, kedua-dua remaja itu diserahkan kepada ibu bapa masing-masing dan tidak membabitkan pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Nusari Aman 2 (Natra), Terence Santhanam Beh, 41, berkata, beliau hanya mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan oleh beberapa penduduk.

“Kita kesal dengan kejadian sebegini, lebih-lebih lagi berlaku pada hari Jumaat yang mulia. Kita harap, ibu bapa akan dapat mengawasi anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” katanya. -SH

ULASAN GB

Apa nak jadi ni... semakin hari semakin banyak kisah remaja terlibat di dalam perbuatan yang tidak berakhlak..... Malah sebelum ini suda ada kes kanak-kanak sekolah terlibat dengan perzinaan. Baca [ASTAGHFIRULLAH] Murid Darjah 6 Dicekup Bersetubuh Didalam Bilik Di Segamat

Semuga Allah menyelamatkan kita dan ahli keluarga kita dari terjebak melakukan maksiat terhadapNya...

يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارًا وقودها الناس والحجارة
"Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6].








IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



[KISAH MASYARAKAT] Pesanan Para Isteri Kepada Suami Sempena World Cup 2014

Abang, saya ambil maklum atas syarat-syarat abang kenakan sepanjang bulan Jun dan Julai sempena Piala Dunia. Berikut pula adalah terma dan syarat dari saya :-

1. Abang nak tengok bola silakan. Tapi tolong jangan nak emosional kalau pasukan abang kalah. Profesional sikit, dorang bukan kenal abang pun so jangan nak ye ye sangat.



2. Oleh sebab game pada tengah malam, konsep self-service digunapakai di dapur. Saya nak tido.

3. Nak tengok bola takde masalah. Tp tolong senyap sikit bila gol ke, tak gol ke. Abang bukan kat stadium. Anak terjaga, abang yang gol nanti.

4. Nak tengok bola tengok betul-betul. Pastikan bukan TV yang tengok abang.

5. Tolong sediakan kotak tisu semasa dan selepas perlawanan. Jangan nak pinjam bahu saya bila pasukan abang kalah.

6. Gunakan ashtray yang betul. Sebarang kesan abu rokok amat mengecewakan.

7. Jangan asyik nak MC dan EL je. Berani buat, beranilah tanggung jadi zombie kat pejabat.

8. Akhir sekali dan yang paling penting. Bola bola jugak. Malam jumaat jangan lupa. Sebelum tengok pasukan abang score, why not abang score dulu? Namun, sebarang gol awal amatlah mengecewakan pasukan lawan.

Sekian.

Ikhlas dari,
Isteri
Piala dan Syurga Dunia abang


sumber: email







IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



[PANAS] Daim Ramal BN Tumbang Pada PRU 2018!


Kesombongan BN akan menyebabkan kekalahan, kata Daim

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengkritik sikap sombong Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 dan PRU13 pada 2013.

Daim berkata, masalah timbul apabila BN menang dengan majoriti besar pada 2004 dan mula lupa diri sehingga lupa janji manifesto mereka kepada rakyat.

"BN jadi angkuh, sombong, lupa diri dan lupa janji kepada rakyat tetapi rakyat tidak lupa.

"Itu sebabnya pada 2008 majoriti kurang dan 2013 lagi berkurangan.

"Dengarlah kehendak rakyat. Jangan ingat kerajaan tahu semuanya,"
katanya dalam laporan wawancara khas bersama akhbar Berita Harian, hari ini.

Pemimpin veteran Umno itu sebelum PRU12 pernah meramalkan kekalahan BN di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dan ramalan itu ternyata tepat.

Katanya, dengan status quo yang ada, agak sukar BN menang lagi PRU pada 2018 jika masih tidak berubah.

"Nombor satu menteri, wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mesti mesra rakyat, jangan sombong dan apa yang berlaku pada 2008, jangan berlaku lagi.

"Rakyat sudah pandai menimbang dan bukan tiada pelajaran. Jika tidak ada perubahan rakyat akan ubah kitalah," katanya.

Tambahnya, BN juga perlu memperbaiki masalah mereka dan menang atas kekuatan sendiri, bukan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan pembangkang.

Masalah itu termasuk isu rasuah dan pembaziran wang kerajaan.

"Tengok sahaja dalam Internet. Itu bukan hanya persepsi tetapi pandangan orang luar," katanya.

Pada masa yang sama, pandangan akar umbi parti sendiri juga perlu didengari kerana mereka yang memberikan undi.

Daim turut menasihati Umno-BN supaya turun padang mendengar keluhan rakyat melalui agensi kerajaan yang boleh memberikan maklumat sedemikian.

Namun beliau kecewa melihat dalam banyak situasi kerajaan takut untuk berbahas dan menjawab persoalan yang dikemukakan rakyat.

"Kita kena pasang telinga, pergi ke kedai kopi, ke pasar dan dengar apa yang pemandu teksi cakap," katanya. -TMI









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."