14 Jun 2014

[PANAS] Daim Ramal BN Tumbang Pada PRU 2018!


Kesombongan BN akan menyebabkan kekalahan, kata Daim

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengkritik sikap sombong Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 dan PRU13 pada 2013.

Daim berkata, masalah timbul apabila BN menang dengan majoriti besar pada 2004 dan mula lupa diri sehingga lupa janji manifesto mereka kepada rakyat.

"BN jadi angkuh, sombong, lupa diri dan lupa janji kepada rakyat tetapi rakyat tidak lupa.

"Itu sebabnya pada 2008 majoriti kurang dan 2013 lagi berkurangan.

"Dengarlah kehendak rakyat. Jangan ingat kerajaan tahu semuanya,"
katanya dalam laporan wawancara khas bersama akhbar Berita Harian, hari ini.

Pemimpin veteran Umno itu sebelum PRU12 pernah meramalkan kekalahan BN di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dan ramalan itu ternyata tepat.

Katanya, dengan status quo yang ada, agak sukar BN menang lagi PRU pada 2018 jika masih tidak berubah.

"Nombor satu menteri, wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mesti mesra rakyat, jangan sombong dan apa yang berlaku pada 2008, jangan berlaku lagi.

"Rakyat sudah pandai menimbang dan bukan tiada pelajaran. Jika tidak ada perubahan rakyat akan ubah kitalah," katanya.

Tambahnya, BN juga perlu memperbaiki masalah mereka dan menang atas kekuatan sendiri, bukan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan pembangkang.

Masalah itu termasuk isu rasuah dan pembaziran wang kerajaan.

"Tengok sahaja dalam Internet. Itu bukan hanya persepsi tetapi pandangan orang luar," katanya.

Pada masa yang sama, pandangan akar umbi parti sendiri juga perlu didengari kerana mereka yang memberikan undi.

Daim turut menasihati Umno-BN supaya turun padang mendengar keluhan rakyat melalui agensi kerajaan yang boleh memberikan maklumat sedemikian.

Namun beliau kecewa melihat dalam banyak situasi kerajaan takut untuk berbahas dan menjawab persoalan yang dikemukakan rakyat.

"Kita kena pasang telinga, pergi ke kedai kopi, ke pasar dan dengar apa yang pemandu teksi cakap," katanya. -TMI









IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



9 ulasan:

  1. Waktu dia ni dulu, duit melimpah ruah. Rakyat bee end boleh dapat banyak habuan. Mereka pun sombong gak tapi rakyat tak kesah kerana duit masyuk. Dia ni pandai cakap la.

    Sekarang duit tarak. Pemimpin bee end masih perangai lama. tapi duit tak cukup.

    Apapun memang patut bee end hancur.

    BalasPadam
  2. Mmg patut dh lama kalah & BN patut pupus dari dulu lg. Tapi main kotor, tak nak terima keputusan rakyat la jd cmni.

    BalasPadam
  3. lagi cepat hancur, binasa lagi baik, kalau ada pun memberi celaka kepada rakyat lebih baik dikuburkan

    BalasPadam
  4. Jgn risau masa tue nanti dia (BN) bgi BR1M RM2k. Org Melayu tetap sokong UMNO.

    BalasPadam
  5. andai sabah dan sarawak tidak mempunyai kekeyaan hasilbumi sudah tentu UMNOBN sudah terkubur dalam arena politik negara..S....n S......celaka betul.

    BalasPadam
  6. kata-katanya adalah doa..UMNOBN pasti kalah dan terkubur untuk selama lamanya...Aamin.

    BalasPadam
  7. Sebelum tahun 2008 UMNO/BN kaya raya duit melempah ruah. Dapat RM100/- depa gasak RM70/- bagi rakyat RM30/- kira ok juga lah. Skrg dapat RM30/- sehaja bagi rakyat RM3/- mati lah rakyat. RM70/- depa tak cukup ini pula RM27/- . Jalan singkat UMNO/BN buat keputusan yang RM3--.itu pun depa ambil balik. Kalau takat RM3/- tak apa juga ini siap rampaa dan samun dari saku rakyat RM40/- bagi stabilkan kocek mereka menjadikan pendapatan mereka RM70/- rakyat terhutang RM37/- sampai jadi susah. Elok lah pemimpin2 UMNO/BN yg ada turun dari tahta kerana mereka sudah berupaya mengurus tadbir negara Malaysia. PRU ke 14 kita nyahkan UMNO/BN dari tahta bagi mereka sedar sikit langit ini tinggi.

    BalasPadam
  8. Akan jadi saperti parti Kongres dri Benua Dravidian dn juga parti GOLKAR dri sebelah Barat semenanjung krna lari dari sumpah keramat sendiri... PRU 14 nnti doa raayat NAAMANU/BN tetap menjadi SEJARAH.....ABU

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.