Aku rasa ni kali pertama berlaku dlm sejarah PRK di negara ini ..
Calon Bebas yg mengaku ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar..mengadakan kempen diluar dari kawasan yg dipertandingkan.(Bukit Gelugor). hehe
Dia ni ada masalah....utk info dia..kawasan yg terlibat adalah di Bukti Gelugor bukan diPadang Kota Lama, Penang or Subang, Selangor.. muahaha -fb Raja Mohd Shahrim
Calon Bebas kempen luar kawasan
GEORGETOWN - Calon Bebas ini menghilangkan diri selama dua hari selepas penamaan calon dengan alasan untuk berehat.
Walaupun beberapa kali membuat panggilan kepada telefon bimbitnya - jawapan yang diterima Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, ialah tidak mahu diganggu kerana ingin berehat beberapa hari sebelum memulakan kerja kempen pilihan raya.
Sebagai wartawan, sudah pasti setiap calon yang bertanding akan diburu untuk mendapatkan berita dan ulasan pelbagai isu yang berkaitan dengan PRK Bukit Gelugor.
Calon yang berasal dari Telok Air Tawar, Tasek Gelugor dan kini menetap di Selangor, memulakan kempen di pasar malam di kawasan Gelugor pada hari ketiga dan kemudian tidak dapat dikesan keesokannya.
Bagaimanapun, pada sebelah petang, beliau muncul untuk mengadakan sidang media di sebuah restoran nasi kandar untuk memperkenalkan manifestonya yang mengandungi lima perkara berkisar kepada kebajikan dan perjuangan untuk umat Islam khususnya.
Antara kempennya ialah mengadakan ceramah khas bagi menjelaskan isu hudud oleh beberapa penceramah khas di Padang Kota Lama.
“Saya harap ceramah ini akan membolehkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan pemimpin lain memahami keadaan sebenar hukum hudud yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Pas di Kelantan,” katanya.
Ketika dimaklumkan oleh wartawan bahawa lokasi ceramah itu adalah di luar kawasan PRK Bukit Gelugor, beliau seolah-olah terpinga-pinga sambil bertanya sesuatu kepada pembantunya.
Calon yang guna simbol bunga raya kemudian memaklumkan bahawa lokasinya akan dikaji semula dan mungkin diadakan dalam kawasan Bukit Gelugor. Ia akan diputuskan kemudian.
Ditanya mengapa isu hudud tidak dimasukkan dalam manifesto sedangkan ia dilaung-laungkan sebagai asas perjuangannya dalam pilihan raya itu, beliau menjawab:
“Pelaksanaan hudud di Pulau Pinang hanya akan mengambil tempat pada 2020. Jika saya menang, saya akan memperkenalkannya secara berperingkat sehingga sampai tempoh yang ditetapkan iaitu kira-kira enam tahun lagi,” katanya.
Kira-kira 30 minit adakan sidang media, dalam keadaan tergesa-gesa, Mohamed Nabi Bux tinggalkan tempat itu walaupun wartawan masih mahu bertanya beberapa soalan kepadanya.
Bagaimanapun, calon ini begitu aktif semalam apabila membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Air Itam selepas solat Jumaat mengenai kehilangan posternya di beberapa kawasan.
Selepas itu, beliau berkempen di rumah pangsa Kampung Melayu, Air Itam sambil berdiri atas lori yang dijadikan pentas bergerak. Sebelum berakhir, beliau sempat mendendangkan lagi Hindi untuk hiburan penduduk di situ yang kebanyakannya dengar dari dalam rumah.
Namanya yang agak unik dan sukar untuk disebut tetapi akan jadi ingatan kerana pelbagai isu yang timbul beberapa hari sebelum penamaan calon. Beliau mendakwa masih menjadi ahli Pas walaupun dinafikan pemimpin parti itu.
Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46, calon Bebas yang menggunakan simbol kuda menimbulkan kontroversi sebaik sahaja tamat proses penamaan calon di Dewan Sri Pinang menggunakan perkataan 'pariah' ketika menentang tindakan demonstrasi jalanan yang didalangi beberapa pemimpin NGO.
Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan beberapa wartawan India dan NGO yang berada di situ sambil memintanya memohon maaf.
Pengalamannya sebagai peguam yang biasa berurusan dengan situasi itu menyebabkannya enggan ikut permintaan kumpulan itu sehingga bawa kepada laporan polis sebelah petangnya.
Anak kelahiran Kampung Makam di Jalan Datuk Keramat di sini, yang kini menetap di Kuala Lumpur kelihatan bersahaja sambil berjenaka walaupun ketika serahkan kertas pencalonan.
Ketika diberi sebotol air minuman oleh petugas SPR, beliau dengan selamba berkata “boleh minum kah, ini halal ya”.
Selepas menyerahkan kertas pencalonan dan ketika menuju ke meja makan di luar dewan, sekali lagi beliau dengan selamba berkata “saya malulah nak jumpa media” apabila dipanggil oleh jurugambar untuk mengambil gambarnya.
Umpama watak pelawak, Abu Backer Sidek sekali lagi cuba mencuri perhatian ramai apabila dengan nada agak kuat berkata “panas betul kat dewan ini. Negeri kaya tetapi penghawa dingin pun tak boleh pasang kat sini”.
Memulakan kempen pada hari kedua dengan tempah 10 teksi untuk bersiar-siar di sekitar bandar raya ini dengan alasan untuk ketahui masalah pemandu teksi yang kerap tersiar dalam akhbar.
“Sambil kempen, bolehlah saya tanya apa masalah mereka untuk diketengahkan kepada pihak yang berkaitan,” katanya.
Walaupun berada di luar kawasan pilihan raya, beliau tidak kisah sangat dengan alasan mahu bantu golongan memerlukan pembelaan.
Umpama aktivis masyarakat, keesokannya calon ini singgah ke sekolah lamanya di Methodist Boys School untuk berjumpa gurunya yang masih mengajar di situ sambil mengucapkan selamat hari guru.
Beliau turut memaklumkan mahu menukar simbol pada kertas undi dari kuda biasa kepada kuda Ferrari kerana ia lebih menampakkan kecergasan dan energetik.
Calon ini turut ke Komtar bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengadu masalah seorang pembayar cukai tanah dari kawasan Bukit Gelugor yang terpaksa menunggu hampir separuh hari dengan alasan berlaku gangguan sistem komputer dan pejabat ini
baru berpindah ke lokasi baru.
Namun, hajatnya tidak kesampaian kerana dihalang oleh Setiausaha Politik Guan Eng yang juga Adun Air Itam, Wong Hon Wai dengan alasan bangunan itu bukan kawasan berkempen.
Setakat ini, gerak kerjanya lebih tertumpu kepada menyelesaikan masalah masyarakat yang berada di luar kawasan Bukit Gelugor.
Seorang rakan memberitahu, calon ini nampaknya lebih sibuk melihat masalah rakyat yang tiada kaitan dengan kawasan pilihan raya yang ditandinginya tetapi belum masuk berkempen di kawasan sebenar.
Apa pun yang pasti kedua-dua calon Bebas ini mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk mendekati masyarakat Pulau Pinang amnya dan pengundi Bukit Gelugor khususnya.
Mana tahu berkat usahanya bantu masyarakat tanpa kenal batasan dan sempadan politik akan membuahkan sesuatu pada 25 Mei ini.
Pada PRK 25 Mei ini, Mohamad Nabi Bux dan Abu Backer Sidek akan bersaing dengan calon DAP, Ramkarpal Singh, 38, serta calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan untuk menduduki kerusi ditinggalkan oleh Karpal Singh yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kampar baru-baru ini. -SH
ULASAN GB
Kes berat! Calon-calon Bebas PRK Bukit Gelugor nampaknya masing-masing ada masalah mental, mungkin skrew kat kepala dah rosak dua tiga biji apabila mereka berkempen di luar kawasan mereka bertanding.
Dengar khabar mereka tak kisah kalau hilang deposit sekalipun sebab semua perbelanjaan mereka ditanggung beres oleh "pihak penaja"....
Pihak penaja yang bermuka labuh akan menjawab.... hantam sajalah... Bukit Gelugor buat kami punya skrew kepala pun tanggal sama...
Berita ini memang melucukan.
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI