Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan bermula hari ini.
Ikuti perkembangan proses penamaan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perak seperti berikut:
Lintas lansung oleh Sinar Harian, Malaysiakini, Harakahdaily dll
7.30 pagi: Kelihatan anggota pasukan keselamatan mula mengambil tempat di padang yang menempatkan penyokong parti politk untuk bersiap-sedia mengahadapi penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan di SMK Seri Perak, Changkat Jong.
7.50 pagi: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula masuk ke pusat penamaan calon untuk membuat persiapan penamaan calon
7.52 pagi: Petugas media mula membanjiri tempat penamaan calon bagi membuat liputan berita.
8.20 pagi: Kelihatan anggota pasukan keselamatan bersedia di kawasan padang yang akan menempatkan penyokong parti-parti politik yang bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan di SMK Seri Perak, Teluk Intan, pagi ini.
8.30 pg - Penyokong PR sedang berkumpul bersama- sama pemimpin PR berhampiran Taman Cicely, Teluk Intan untuk mengiringi calon ke pusat penamaan calon, pagi ini.
8.35 pagi: Suasana di pusat penamaan calon masih lagi tenang dan calon-calon yang bertanding masih bersama penyokong masing-masing. #SHPRK "
8.40 pagi: Kelihatan calon BN, Datuk Mah Siew Keong bersama Timbalan Presiden BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin diarak ke pusat penamaan calon bersama-sama pimpinan BN yang lain ke pusat penamaan calon.
8.42 pagi: Calon BN memasuki pusat penamaan calon bersama-sama pemimpin BN.
8.50 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud muda diarak ke pusat pencalonan.
9.00 pagi: Pengurus Pilihan Raya PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan borang penamaan calon boleh mula diserahkan mulai jam 9 pagi ini. #SHPRK
9.10 pagi: Kedua-dua penyokong parti bertanding melaungkan slogan masing-masing sebagai sokongan kepada calon. #SHPRK
9.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di pusat penamaan calon. #SHPRK
9.30am: Calon DAP di Bukit Gelugor Ramkarpal Singh turut hadir menyatakan sokongan kepada Dyana.
“Beliau akan melalui apa yang saya lalui, jadi saya harap yang terbaik untuknya.
"Dan saya pasti beliau akan berjaya menghadapi cabaran itu,” katanya.
9.30 pagi : Cuaca di pusat penamaan calon mulai hujan. Bagaimanapun penyokong masih tidak berganjak dari tempat masing-masing.
9.35 pagi: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang bersama pemimpin PR membuat kejutan mengunjungi khemah yang disediakan bagi penyokong BN di luar Dewan Pusat Penamaan Calon bertemu dengan Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin BN yang lain
10.00 pagi: Pengurus pilihan raya, Datuk Ibrahim Ahmad mengumumkan proses pencalonan ditutup.
10.12am: SPR mengumumkan satu lawan satu antara calon DAP Dyana Sofya dan BN (Mah Siew Keong) di Teluk Intan.
10.15am: Timbalan Presiden Gerakan Dr Cheah Soon Hai berpandangan, calon lawan mereka Dyana Sofya bukan calon underdog seperti didakwa.
Malah, beliau malah beranggapan tindakan mempertaruhkan Dyana itu sebuah tindakan angkuh.
“Mereka meletakkan muka baru tidak berpengalaman dan ini menunjukkan mereka sangat yakin akan memenangi kerusi ini,” katanya.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
semoga terpilih
BalasPadampenuntut keadilan & ketelusan lawan gerombolan penyangak & penyamun ? ABU !
BalasPadamkamu hebat dyana.... aku sokong semangat kental mu.... jangan pedulikan sebelah sana... LAWAN DAN TERUS LAWAN
BalasPadamWalau tak tutup aurat, tapi tak makan rakyat macam BN, bukan setakat urat, rakyat yang tinggal tulang nak dimakan sekali, alasan TNB kurang untung
BalasPadamBN terutamanya UMNO, mula pening, nak lawan takut rosmah marah
BalasPadamYang tua Versus yang Muda? Of course i sokong yang muda (calon DAP) kerana kalau dia berjaya jadi ahli parlimen, maka ia juga kejayaan kita sebagai golonga muda serta petanda bahawa dah tibanya untuk golongan muda yang memerintah.
BalasPadamAnak UMNO yang tak kaya macam anak Mahathir, Nampak jelas pembohongan UMNO
BalasPadam