11 Mac 2014

"Tahyul & Khurafat Ini Bukan Ajaran Islam" - Dr.Asri


Dr Asri bidas bomoh tahyul

PETALING JAYA: Sehubungan pendedahan seorang bomoh bahawa pesawat MH370 yang hilang kini tergantung di alam ghaib, mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas golongan tersebut.

Melalui posting Facebooknya hari ini, bomoh yang mengamalkan amalan khurafat ini boleh mengelirukan golongan bukan Islam mengenai agama itu.

“Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam,” Mohd Asri berkata.

Beliau turut menegaskan penggunaan ayat suci al-Quran oleh golongan ini tidak bermakna mereka melakukan perkara yang betul.

“Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam,” tambahnya lagi.

Semalam, seorang bomoh bernama Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa pesawat MH370 tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam kerana disembunyikan orang bunian.

“Oleh itu, semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum perlu berdoa agar pesawat yang hilang muncul kembali.

“Kita berharap dengan usaha ini, pesawat itu akan muncul dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu ini,” Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim turut dilaporkan melakukan ritual tarian mencari pesawat di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dengan menggunakan bubu buluh dan dua teropong buluh. -FMT


Pesawat #MH370 Tergantung Diantara 3 Buah Negara Itu Tidak Mustahil Boleh Berlaku

SEPANG - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.

Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.

Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
–BERNAMA



[VIDEO] TERBAIK: MH370 Hilang: Kembalikan Sains Kepada Penciptanya!

MMH370 'hilang' kerana kuasa tuhan

SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan.


"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.

"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya,"
katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002. -SH



ULASAN GB

Kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi kadang-kala menyebabkan manusia lupa kepada Penciptanya.

Maka tepatlah saranan Kapten Noruddin Abd Majid di atas supaya manusia kembali kepada fitrah semualjadinya bahawa ia diciptakan "lemah" kerana Yang Berkuasa itu ialah Allah swt.

Manusia perlu bertaubat dari segala macam dosa yang dilakukan terhadap Allah swt.

Tiada ada jawapan terhadap "kehilangan" misteri MH370, dan sepertimana kata Kapten Nourddin "doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya."

YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada awalnya dicemuh apabila beliau secara berseloroh memberikan pendapatnya bahawa "Segitiga Bermuda yang baru telah dikesan di kawasan perairan Vietnam. Peralatan sofistikated yang lengkap tidak ada guna."


Tetapi kini "teori" Bermuda di Vietnam itu mula diperkatakan termasuk media barat dan ternyata segala macam peralatan sofistikated yang lengkap semacam tidak mampu mengesan pesawat yang hilang itu.

[LINTAS LANSUNG] PRK Kajang... Penyokong PR Bawa Seikat Kangkung :) -updated

Selamba jer pikul kangkung untuk Najib dan BN?

Hari ini, 11 Mac 2014 ialah hari penamaan calon bari pilihanraya kecil DUN Kajang.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari lepas.

Pakatan Rakyat sebelum ini telah menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Namun setelah Mahkamah rayuan mendapati Anwar bersalah di dalam kes liwat 2, maka beliau telah menarik diri dari bertanding dan telah menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan ismail untuk bertanding menggantikan tempatnya.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan untuk menarik diri dari bertanding dalam PRK itu.

Begitu juga parti NewGen yang baru ditubuhkan, dimana Setiausaha Agongnya, S. Gobi Krishnan, telah mengumumkan untuk menarik diri dari bertanding. Malah parti berkenaan secara terbuka menyatakan sokongan padunya kepada calon PKR Datin Seri Wan Azizah.

Pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang mendapat sokongan penuh pemimpin PAS dan DAP.

PAS mengalu-alukan keputusan PKR untuk mengangkat Dr Wan Azizah sebagai calon Kajang bagi menggantikan Anwar, kata Dr. Hatta Ramli, pengarah Pilihan raya PAS Pusat.

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut bersetuju dengan keputusan PKR itu dan menyifatkan Wan Azizah sebagai calon yang sangat sesuai bagi menggantikan Anwar.

Sebelum ini GB telah mengulas berkenaan dengan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes Anwar, petikan:

...seperti kejadian pemenjaraan Anwar kali pertama dulu, rakyat akan tetap bangun menentang kezaliman UMNO BN. Simpati besar terhadap Anwar akan menaikkan semangat seluruh rakyat bagi mempastikan rejim UMNO BN ditumbangkan bukan saja di Kajang malah diseluruh negara.


p/s Jika berkesempatan GB akan cuba menyiarkan lintas lansung penamaan calon ini di blog ini sekejap lagi.

DaRI foto-foto awal yang diterima, di dapati lebuhraya PLUS telah mula sesak pagi ini.



LINTAS LANSUNG (malaysiakini, harakahdaily dll)

10.15 am Pegawai pengurus pilihan raya, Hasan Nawawi Abdul Rahman mengisytiharkan selesainya proses penamaan calon dan mengumumkan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Chew Mei Fun dan Wan Azizah dari PKR.

Tiada calon bebas dan bermakna satu lawan satu di Kajang.

10.05 am: Dr Siti Mariah berpendapat, PRK kajang lebih kepada merebut undi wanita. Beliau optimis pengundi wanita Kajang bersama PR.

"Di kajang, wanita-wanitanya celik maklumat. Dengan banyak janji yang tidak ditunaikan BN seperti dijanji sebelum PRU lalu, kita yakin wanita Kajang bersama PR.

"Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barangan dan kos hidup yang semakin mengkat ini, sangat menekan golongan wanita khususnya suri rumah," katanya.

10.03 am: Pegawai Pengurus PRK Kajang Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan tamat jam 10 pagi tadi.

9.50 am: Dr Hatta ketika ditemui berkata;

"Sepertinya PRK ini satu lawan satu antara PKR dan BN. Itu lebih mudah rakyat buat pilihan.

"PRK juga sebagai medan referendum terhadap isu-isu yang PR bangkitkan.

"Melihat kepada minat sebelum penamaan ini, saya jangka mood untuk keluar mengundi mungkin tinggi," kata Hatta.

9.45 am: Sekumpulan penyokong PKR dan DAP yang menaiki bas khas juga dilihat turun berjalan kaki dari plaza tol ke stadium. Penyokong Pakatan mengibarkan kain rentang gergasi mendoakan keselamatan penumpang MH370 bertulis "Pray for MH370". Mereka turut menggantung seikat kangkung bersama kain rentang itu.

9.40 am: Kenderaan pemimpin DAP Tony Pua antara yang terperangkap dalam kesesakan berhampiran plaza tol Bangi.

Beliau dilihat turun dari kenderaan dan dibawa menaiki motosikal ke pusat penamaan calon.

9.35 am: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tiba di khemah Pakatan Rakyat bersama AJK PAS Pusat Dr Dzulkefley Ahmad.

9.20 am: Setakat ini hanya Wan Azizah dan Mei Fun dilihat mengemukakan borang pencalonan. Belum ada mana-mana calon bebas berbuat demikian. Masa penyerahan penyerahan borang pencalonan dijangka tamat jam 10 pagi ini. 9.25am: Luar kompleks sukan - Ketika Wan Azizah mengemukakan borang pencalonan, Anwar dan Khalid Ibrahim mengambil kesempatan bersalaman dengan penyokong Pakatan yang dipisahkan dengan penghadang dan kawat berduri.

Mereka juga turut menandatangani autograf sementara penyokong melaungkan reformasi beberapa kali.

Kedengaran juga penyokoong berteriak: "Tan Sri Khalid, buat kerja elok, elok. Jalan banyak lubang"

"Datuk Seri, Kangkung sekarang berapa kilo", yang kemudiannya diiirngi gelak ketawa hadirin.

Penyokong kemudiannya melaung beramai-ramai dengan laungan "Lawan tetap Lawan", Hidup Rakyat dan hancur BN".

9.15 am: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di khemah Pakatan Rakyat didambut dengan laungan takbir beberapa kali. Turut bersama beliau Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Pemimpin PAS yang turut berada di khemah itu termasuk Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Siti Mariah, serta Dr Che Rosli. 9.10 am: Sementara itu Pimpinan Pakatan Rakyat mula mengambil tempat. Menunggu di khemah yang disediakan.



9.00 am: Wan Azizah dilihat masuk ke dewan penamaan calon. Difahamkan calon BN masuk lebih awal kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

8.58 am: Kedua-dua belah penyokong mula memenuhi kawasan yang ditetapkan masing-masing sementara polis dan anggota FRU berkawal ditengah-tengah antara mereka.

Mereka dipisahkan dalam jarak 100 meter.

Selain meletakkan kon penghadang, pihak keselamatan juga turut memasang kawat berduri sekitar kawasan perkumpulan penyokong kedua-dua belah pihak.

8.55 am: Wan Azizah tiba di kompleks sukan ditemani Anwar Ibrahim. Mereka bertemu penyokong sebelum bergerak ke dewan penamaan.

8.50am: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tiba dan bersalaman dengan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Pada masa yang sama, penyokong merentangkan banner bertulis: "Kak Wan, lapkan air mata, teruskan perjuangan".

Kata-kata itu, diungkap sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat Baru-baru ini.

8.50am: Kompleks Sukan - Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun tiba di pusat penamaan calon.

8.45am: Kira-kira 1,000 penyokong BN kini berarak ke pusat penamaan calon.

8.40am: NIOSH Bangi- Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar memberi ucapan di luar NIOSH Bangi mngajak penyokong jangan gentar dan 'Hidup Barisan'.

8.35am: Kompleks Sukan - Dalam ulasan ringkasnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata: "Kalau Umno mahu menyekat kemaraan rakyat melalui keputasan mahkamah, mereka membuat kesilapan besar.

"Keputusan zalim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencetus gelombang rakyat dan ia bermula di Kajang.

"Oleh itu, Pakatan Rakyat telah sepakat dan bersetuju untuk memilih Dr Wan Azizah sebagai calon.

"Beliau adalah lambang dan simbol reformasi 1998, telah berjaya menguatkan kesepakatan barisan alternatif dan Pakatan selepas itu.

"Kehadiran beliau meniup semangat baru kepada aktivis, reformasi kepada rakyat terus untuk bersama lonjakan ke Putrajaya," katanya.

8.30am: Para pemimpin Pakatan yang turut serta menunggu untuk berarak masuk ke Kompleks Sukan ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Dr Xavier Jayakumar, Dr Mohd Nor Manuty, Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Kee Kwong.

Penyokong yang hadir mengibarkan banting bertulis 'Keadilan Untuk Anwar Ibrahim', 'Dari Kajang Ke Putrajaya' dengan gambar beliau bersongkok.

Gambar Wan Azizah turut dikibarkan bersama-sama. Mereka juga mengibarkan poster "Rakyat Hakim Negara".

Difahamkan Wan Azizah akan sampai bersama penyokong Pakatan pada bila-bila masa.

8:21am: Niosh Bangi - BN calon Datin Paduka Chew Mei Fun tiba.

Beliau disambut oleh sorakan kuat dan laungan "Long Live BN" oleh lebih 500 penyokong yang kini telah berkumpul di sini.

8:20am: NIOSH Bangi - Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di NIOSH bersama pimpinan MIC dan Umno

8.10am: LHDN Bangi - Semakin ramai pemimpin Pakatan tiba untuk memberi sokongan. Antaranya ialah Datuk Kamaruddin Jaafar, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong.

Bilangan penyokong kini dianggarkan sekitar 1,000 orang. Sambil berarak, mereka meluangkan "Takbir", "Reformasi" dan "Jatuh, jatuh jatuh BN" .

8.05am: Niosh Bangi - atusan penyokong BN berkumpul di hadapan bBangunan NIOSH, menunggu ketibaan calon, Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba.

8.00am: LHDN Bangi - Lebih 500 penyokong Pakatan mula berarak dari bangunan LHDN Bandar Baru Bangi menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang diketuai oleh Azmin Ali selepas bacaan doa oleh Abdul Rani.

Mereka membawa sepanduk menyokong calon Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, disertai dengan melaungkan "reformasi".

7.50am: LHDN Bangi - Pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong mula memenuhi kawasan letak kereta di bangunan LHDN Bandar Baru Bangi.

Antara pemimpin telah tiba ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ADUN Meru Dr Abdul Rani Othman.



Tamat kemaskini

[DEDAH] Tiket Penumpang Guna Paspot Palsu Ditempah Oleh Syarikat Pelancongan Thailand

Kaitan Pattaya, orang Iran, penumpang MH370 beridentiti palsu didedah

Urusan perjalanan dua penumpang dengan identiti palsu dalam pesawat MH370 Malaysian Airlines yang hilang ketika menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur dibuat di Pattaya, Thailand dan dibayar secara tunai, menurut akhbar British Financial Times.

Akhbar berkenaan memetik kenyataan agen pelancongan Thailand yang membuat tempahan tiket itu sebagai berkata, beliau diminta membuat urusan perjalanan itu oleh seorang kenalan warganegara Iran.

Benjaporn Krutnait, pemilik agensi pelancongan Grand Horizon di Pattaya dipetik berkata, warganegara Iran berkenaan iaitu kenalan perniagaannya yang dikenali sebagai Ali meminta beliau menempah tiket tambang murah ke Eropah untuk dua lelaki berkenaan pada 1 Mac.

Akhbar itu berkata, pada awalnya, Benjaporn menempah tiket penerbangan Qatar Airways dan Etihad, masing-masing untuk dua lelaki berkenaan, tetapi, tiket itu tamat tempoh apabila tiada khabar daripada Ali.

Ali kemudian menghubunginya sekali lagi pada Khamis menyebabkan Benjaporn sekali lagi menempah tiket dan kali ini menempah Malaysian Airlines menerusi Beijing kerana ia adalah tiket paling murah yang ada pada ketika itu.


Financial Times turut melaporkan, seorang rakan Ali membayar Benjaporn secara tunai untuk dua tiket berkenaan dan tiada bukti mengaitkan Ali tahu kedua-dua lelaki itu mengembara menggunakan pasport curi.

Benjaporn dipetik sebagai berkata, beliau tidak percaya Ali mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan kerana dia tidak meminta secara terperinci untuk menempah tiket bagi perjalanan Kuala Lumpur – Beijing, tetapi meminta laluan paling murah ke Eropah, kata Financial Times.

Dalam laporan akhbar itu, Benjaporn dipetik sebagai berkata, beliau bercakap mengenai kes itu kerana bimbang dengan spekulasi mengenai serangan pengganas dikaitkan dengan kehilangan MH370 dan mahu fakta sebenar diketahui. -TMI


US joins Malaysia in hunt for mystery air passengers

Senior management spokesman for Malaysia Airlines, Ignatius Ong (R), speaks during a press conference in Beijing, China, 08 March 2014. Search and rescue teams from Malaysia and Vietnam on 08 March launched efforts in the South China Sea to locate a Malaysia Airlines passenger plane with 239 people on board that went missing en route to Beijing. Malaysia Airlines flight MH370 with 239 people on board went missing early 08 March 2014 while on its way from Kuala Lumpur to Beijing, Airline officials said.©EPA

Senior management spokesman for Malaysia Airlines, Ignatius Ong (right), speaks during a press conference in Beijing, China, on March 8

Malaysian authorities have given US investigators biometric details on two passengers who used stolen passports to travel on a Malaysia Airlines flight that disappeared on Saturday.

It is hoped the move could accelerate identification of the two men who are now at the centre of the international mystery over what happened to flight MH370, which disappeared over the South China Sea with 239 passengers and crew aboard.

Hishamuddin Hussein, Malaysia’s defence minister and acting transport minister, said closed circuit TV pictures of the two were also handed to US officials in Kuala Lumpur.

The Thai travel agent who booked the tickets for the men told the Financial Times on Monday that she had been asked to arrange the travel by an Iranian contact.

The two men were travelling on flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing on Italian and Austrian passports that were later confirmed to have been lost or stolen. They were then scheduled to fly together to Amsterdam, before catching separate connecting flights to Copenhagen and Frankfurt.

While their use of stolen passports has raised fears of terrorist involvement, travel documents are stolen frequently in the region and used for illegal immigration or criminal activities such as drug smuggling.

Benjaporn Krutnait, owner of the Grand Horizon travel agency in Pattaya, Thailand, said the Iranian, a long-term business contact who she knew only as “Mr Ali”, first asked her to book cheap tickets to Europe for the two men on March 1. Ms Benjaporn initially reserved one of the men on a Qatar Airways flight and the other on Etihad.

But the tickets expired when Ms Benjaporn did not hear back from Mr Ali. When he contacted her again on Thursday, she rebooked the men on the Malaysia Airlines flight through Beijing because it was the cheapest available. Ms Benjaporn booked the tickets through China Southern Airlines via a code share arrangement.

A friend of Mr Ali paid Ms Benjaporn cash for the tickets, she said, adding that it was quite common for people to book tickets in Pattaya through middle men such as Mr Ali, who then take a commission.

Mr Ali could not immediately be reached for comment on a Tehran mobile number provided by Ms Benjaporn. She added that she had known Mr Ali for about three years, during which time he spent a lot of time in Pattaya and booked travel for himself or his contacts at least once a month on average. There is no evidence that Mr Ali knew the two men were travelling on stolen passports.

Ms Benjaporn said she did not believe Mr Ali was linked to terrorism, particularly as he had not specified booking the Kuala Lumpur-Beijing flight but had instead asked for the cheapest route to Europe. Ms Benjaporn said she was speaking about the case because she was concerned over the speculation about a terrorist attack and wanted the facts to be known.


The details on how the pair arranged their travel came as the official in charge of the search for the missing aircraft declared its disappearance “an unprecedented missing aircraft mystery” and said tantalising leads reported at the weekend had evaporated.

“We have not found anything that appears to be objects from the aircraft let alone the aircraft,” Azharuddin Abdul Rahman, director-general of Malaysia’s Department of Civil Aviation, said on Monday in Kuala Lumpur. “We will be intensifying our efforts to locate the aircraft.”

Of the two men, he said that after studying closed circuit TV footage at the airport, “it is confirmed that they are not Asian-looking men”. He declined to give details of their appearances, but said: “Do you know a footballer by the name of Balotelli?”, an apparent reference to Mario Balotelli, an Italian born to Ghanaian parents.

Both individuals had “gone through the full protocol of [airport] security”, Mr Azharuddin said.

Mr Azharuddin said that all checked luggage on the flight had been properly screened by X-ray equipment, while bags belonging to five people who did not board the aircraft were removed before it took off. “The security at KLIA already complies with international standards,” he said.

He added that more than 30 aircraft and 40 ships from eight countries were now involved in the search, which initially focused on a 50-mile radius around the position where the plane disappeared.

In another development, Malaysia’s maritime enforcement agency – or coastguard – said that tests on samples taken from an oil slick discovered at the weekend in the search area revealed that the liquid was not aviation fuel.

Mr Azharuddin said the overall search area would be significantly widened on Tuesday to include an expanse of sea west of peninsular Malaysia.

Investigators are also examining the possibility, first raised by Malaysia’s defence minister on Sunday, that the aircraft may have turned back towards Kuala Lumpur before disappearing.

Malaysian authorities will be meeting with specialists from the US Federal Aviation Administration and National Transportation Safety Board. Australian and British aviation authorities have also offered help in the investigation.

Malaysia Airlines’ shares dropped 4 per cent on Monday, although at one stage they fell as much as 18 per cent in early trading.
– Financial Times



Pembawa pasport curi bukan seperti orang Asia

Kewarganegaraan sebenar dua pembawa pasport curi dalam pesawat MH370 kini menjadi persoalan ekoran dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa mereka “berciri Asia”.

Ini ekoran kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebentar tadi bahawa kedua-dua individu itu tidak kelihatan seperti orang Asia.

“Kamu tahu pemain bola (bernama) Balotelli (kanan)?

“Dia orang Itali, tapi kamu tahu wajahnya macam mana,” katanya ketika diasak menggambarkan rupanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Mario Balotelli seorang pemain bola sepak profesional Itali untuk pasukan popular AC Milan.

Diasak lagi sama ada kedua-dua mereka berkulit hitam, Azharuddin menjawab: “Ya”.
– mk




ULASAN GB

Pendedahan dari Financial Times di atas, walaubagaimanapun belum tentu sahih kerana ia ditulis oleh wartawan barat yang mungkin mempunyai motifnya yang tersendiri apabila ia mengaitkan warganegara Iran.