11 Mac 2014

[VIDEO] TERBAIK: MH370 Hilang: Kembalikan Sains Kepada Penciptanya!

MMH370 'hilang' kerana kuasa tuhan

SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan.


"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.

"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya,"
katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002. -SH



ULASAN GB

Kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi kadang-kala menyebabkan manusia lupa kepada Penciptanya.

Maka tepatlah saranan Kapten Noruddin Abd Majid di atas supaya manusia kembali kepada fitrah semualjadinya bahawa ia diciptakan "lemah" kerana Yang Berkuasa itu ialah Allah swt.

Manusia perlu bertaubat dari segala macam dosa yang dilakukan terhadap Allah swt.

Tiada ada jawapan terhadap "kehilangan" misteri MH370, dan sepertimana kata Kapten Nourddin "doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya."

YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada awalnya dicemuh apabila beliau secara berseloroh memberikan pendapatnya bahawa "Segitiga Bermuda yang baru telah dikesan di kawasan perairan Vietnam. Peralatan sofistikated yang lengkap tidak ada guna."


Tetapi kini "teori" Bermuda di Vietnam itu mula diperkatakan termasuk media barat dan ternyata segala macam peralatan sofistikated yang lengkap semacam tidak mampu mengesan pesawat yang hilang itu.

10 ulasan:

  1. Masuk hari ke 4 operasi menjejaki MH370 sehingga kini tiada petanda yang MH370 telah ditemui. Allah SWT saja yang tahu. Seperti kata Kapten Noruddin kita kena minta padaNya sebab semua dialam fana ini milik Allah. Secanggih manapun peralatan tetapi kalau tanpa izinNya, penemuan takkan berlaku. Mungkin MH370 berada dipersekitaran yang dekat tapi Allah mengabui mata-mata mereka. Kepada pihak yang bertanggungjawab dalam operasi ini, hanya ALLAH saja tempat rujukan.

    Wasalam

    BalasPadam
  2. Semuanya adalah Ketentuan Allah S.W.T

    BalasPadam
  3. Senjata orang Mukmin adalah DOA samada dikala susah atau senang TAPI malangnya setelah trajedi terjadi beberapa hari barulah teringat ALLAH ini menandakan kebergantungan kepada alat sofistikated mendahului Kebergantungan Kita kpd Yang Maha Kuasa,Malah ada di kalangan memperlekehkan,memperli DOA2,Sembahyang Hajat kpd golongan yg melakukannya.Perjalanan hidup kita,pentadbiran negara banyak menyimpang dari Landasan Islam Sebenar & dalam suasana muram begini pun masih lagi berhibur,bersukaria yg berterusan di media2 nasional dgn program2 yg melalaikan.Kenapa Kerajaan tidak mengistiharkan BERKABUNG atas Trajedi yg terjadi utk tempoh masa yg munasabah.Jika dilihat dinegara2 luar sepantas kilat kerajaannya mengistiharkannya.

    BalasPadam
  4. Dengan terjadinya trejidi ni, Allah tunjukkan sesungguhnya bukan lulusan agama atau guru2 agama/ustaz2 yang bole berdakwah secara terbuka.

    Bukan senang nak dapatkan jawapan begini dlm TV3. Ingatan & pointing pada kerajaan, media2 yg bisanya tayangkan perkara2 laro, lalai, ko amik lah pengajaran dari apa yg dikatakan oleh kaptan ni (walaupun nampaknya macam tak diberi peluang banyak kaptan ni cakap , sbb beliau banyak sebut Allah).

    Tregedi semua dalam pengetahuan Allah, kita semua disuruh SENTIASA ingat & patuh padaNya. Kalau lupa, diingatkanNya. Ambillah pengajaran buat kita semua makhluk ALLAH samada Islam , kafir, munafik atau yang tak percaya padaNya.



    BalasPadam
  5. Ustaz2 kata, kalau seseorang ditimpa musibah, lepas tu dia semakin dekat pada Allah, bagus la tu.

    Sebaliknya semakin jauh pada Allah, malang la dia , bukan saja dia sorang malang, kalau dia pemimpin negara, negara yang dipimpinnya pun malang sebab apa2 projek utk dekat pada Allah akan ditentangnya.

    Musibah pada MH370 ni, kalau selepas ni masih hidang arak, pramugari tak tutup aurat, amat malanglah pada negara Malaysia.

    Pemimpin2 UMNO tak ambil ingatan, ustaz Jamil Khir & Mufti harusani dah tak didengar , mungkin mereka pernah tegur.

    Ustaz2 PAS jangan mention le, sebab mereka asyik bangkang aje. Ni ustaz UMNO yang dah cakapkan, cammon la, berubah la, untuk kembali pada Allah keseluruhunnya, & ajak rakyat sekali. Bukan pilih2.

    BalasPadam
  6. jika kita hayati sedangkan jika kita sesat didaratan/hutan kita mengata ada sesuatu yg menghalang pencarian kita begitu dilangit sbb Allah menjadi seluruh alam semesta & isinya. maka hayati sifat 20 Allah & Nama <ASAMA AL-HUSNA) betapa kita hambanya tiada apa pun. Ya Rabb daku hambamu memohon doa berkati kami dunia & akhirat. aameen

    BalasPadam
  7. Apb insan itu bnar2 ISLAM @ SURENDER @ PASRAH...dia TIADA TIADA TIADA lagi kpntinganDIRI @ apa2 kecuali ALLAH..

    dia faham dan bnar2 YAKIN bhw hakikat ISLAM itu adalah bnar2 bnar2 sbnar2 menyerah PASRAH @ SURENDER smutlak2 skudus2nya hanya se nya kpd ALLAH shj smata2!

    jasadnya-fikirannya-jiwanya-ROHnya sentiasa ISLAM-surender-PASRAH mendakap kemas-ERAT seutuh2nya hanya amanah-INTEGRITY-nilai2 ALLAH shj semata2 walau dimana2 jua..

    Apa pun trajedi yg trjd..tumpuan fokus tafakkur renongannya sntiasa PASRAH-ISLAM-SURENDER skudus2 shalus2nya khadrat ALLAH jua..jwpan dan PENYELESAIAN-miracle akan muncul ddlm HATI yg penoh 'redha' lagi dirahmati..

    BalasPadam
  8. ustaz2 pas bercakap yg benar bukan membangkang...kalu nak harap ostad bendul bari, madey kutty seorang yg idealis wlpun kasim ahmad sudah menyeleweng...nilah antara bala yg dikenakan dan yg herannya melayu umnoo masih tak sedaq diri

    BalasPadam
  9. Setuju...Doa orang solleh serta doa org yg teraniay..yg teruk dianiayai oleh kerajaan bn adalah Anwar Ibrahim. Najib & kerajaan BN serta TV3 serta seluruh sekutunya termasuk perkasa perlu muhasabah diri dan bertobat, mohon kemaafan dari Anwar dan minta Org2 ni semua berdoa utk kebaikan malaysia. Kezaliman puak2 di atas ni, kesemua rakyat malaysia dan dunia ditimpa musibah.

    BalasPadam
  10. Yg penting ada hikmah di sebalik kejadian yg x diduga ini. Mh370 hilang...segala aspek tertumpu di sini sekarang. Mari renungkan sejenak dan bermuhasabah diri atas musibah yg melanda negara kita.mintak di jauhkan dr segala fitnah sbb kita berada di zaman fitnah paling besar dalam sejarah tamadun manusia.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.