28 Jan 2014

Keputusan Kes Anwar Saman Papagomo 28 Feb

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 28 Februari depan untuk keputusan dalam kes saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengendali dan penulis blog Papagomo yang menyiarkan artikel dan beberapa keping imej mengaitkan pemimpin itu, tahun lalu.

Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas bertemu peguam N surendran dan Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan Jasbeer Singh Kawna yang mewakili defendan Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Peguam Jasbeer Singh memaklumkan pemberita, pihaknya memohon penangguhan perbicaraan itu kerana seorang saksi terakhir tidak dapat hadir memberi keterangan.

“Pihak defendan memohon satu tarikh baru untuk memanggil saksi itu bagaimanapun dibantah peguam plaintif,” katanya.

Mahkamah sebaliknya menutup kes berkenaan dan menetapkan tarikh 28 Februari depan untuk keputusan kes.

Pada 21 Mac lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap pengendali blog berkenaan.

Menurut penyataan tuntutan yang dikemukakan kepada mahkamah, pada 16 Mac tahun lalu defenden dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar. -SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[TERKINI - VIDEO] Sah Anwar Ibrahim Bertanding Di DUN Kajang -updated


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya. -SH



ULASAN GB

Sudah pun diputuskan dan menurut Tan Sri Khalid: rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.


Yang kelihatan di dalam sidang media ialah beberapa orang pemimpin DAP & PAS juga termasuklah Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub, Dr. Mohd Hatta Ramli, Lim Kit Siang dan Anthony Loke.

Oleh kerana sudah diputuskan demikian, saya berharap ahli-ahli PAS terutamanya, yang ramai GB kesan ramai tak puashati dengan kemelut yang sedang berlaku di Selangor supaya banyak bersabar dan tidak melanggar adab berjemaah dan organisasi.

"Kangkung" Bakal Bergema Di PRK Kajang

PRK Kajang medan suara harga barang naik?

Pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Kajang disifatkan sebagai peluang terbaik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga barang yang selama ini menjadi bualan hingga membangkitkan pelbagai isu termasuk perkauman.

"Saya bukan penyokong mana-mana parti tetapi saya suka jika pilihanraya kecil ini boleh dijadikan saluran paling sesuai untuk kerajaan menjawab isu kenaikan harga barang, tarif elektrik dan sebagainya.

"Bukan kita hendak menekan kerajaan tetapi inilah masa yang paling sesuai untuk kita bersoal jawab dengan kerajaan secara langsung.

"Saya pasti, ramai pemimpin bertaraf menteri akan turun berkempen di sini nanti dan inilah saat yang ditunggu rakyat untuk mendapatkan penjelasan," kata Mahadi Amran dari Taman Bukit Mewah, Kajang.

Menurut Mahadi, kenaikan harga barang bukannya perkara kecil kerana ia melibatkan belanjawan hidup rakyat terutama rakyat berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak.

Seorang lagi penduduk dari Saujana Impian, Kajang Shahiruddin Saari berharap semua penyokong parti yang bertanding tidak bertindak di luar kawalan jika mahu menimbulkan isu kenaikan harga barang dan elektrk.

"Memang kenaikan harga barang amat dirasakan oleh kami yang berpendapatan rendah tetapi jika ada menteri yang datang berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kajang nanti, saya harap suasana tenang dapat diwujudkan.

"Kami memang tunggu untuk berdialog dengan menteri yang bakal datang berkempen di kawasan kami nanti tetapi kami harap, tidak ada masalah yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak.

"Kami harap, tidak ada provokasi oleh mana-mana pihak yang datang berkempen nanti baik daripada penyokong kerajaan mahupun sebaliknya," ujar Shahiruddin.

Petang semalam, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh mengesahkan ADUN Kajang N25, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok bagi mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pada pilihan raya umum lalu, Lee yang merupakan calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan calon BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus. - MalaysiaGazette



ULASAN GB

GB enggan mengulas mengenai sebab-sebab perletakan jawatan ADUN Kajang atau siapa yang wajar bertanding di PRK Kajang nanti. Itu adalah hak prerogatif ADUN berkenaan, tiada siapa boleh menahan dan menghalangnya meletak jawatan. Ini soal politik. Apa pun tujuannya ia adalah politk. Orang bukan politik tidak tahu hal sebegini seperti Dr. Maza yang mempertikaikan perletakan jawatan tersebut.

langkah ADUN berkenaan lebih baik & lebih terhormat daripada katak-katak yang melompat sebelum ini.

Begitu juga soal calon, itu hak PKR untuk menampilkan samada Anwar atau Rafizi atau sesiapa pun untuk bertanding di situ. PAS & DAP tak perlu campurtangan dan tak perlu gusar. Yang penting PAS & DAP bersama-sama PKR perlu bekerja keras mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

Yang pasti juga PRK Kajang merupakan medan terbaik rakyat untuk meluahkan tentangan terhadap kerajaan BN Pusat tentang isu kenaikan harga dan kos sara hidup yang kini sudah difenomenakan sebagai "KANGKUNG".

"KANGKUNG" bakal dan perlu menjadi tema untuk PRK Kajang! Peluang terbaik untuk rakyat bangun. Kita tidak tahu samada pihak berkuasa akan "mengharamkan" perkataan kangkung di dalam PRK Kajang nanti. Kebebalan akan tampak nyata jika pihak berkuasa mengharamkan "kangkung". Namun diharamkan atau tidak - yang pasti rakyat akan tetap bangkit untuk mencurahkan keperitan dan kesengsaraan mereka. Pakatan Rakyat perlu bekerja keras untuk mendapat majoriti lebih besar di dalam PRK Kajang ini bagi membuktikan rakyat benar-benar tertekan dengan isu kenaikan harga dan kos sara hidup. Ia juga satu peta jalan ke Putrajaya, ia juga gambaran awal keputusan PRU14!

Peluang untuk rakyat kangkungkan BN kini terbuka luas!

[VIDEO] Apabila Wan Muhammad Azri Takut Untuk Mengaku Dirinya ‘Papa Gomo’....


Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menafikan beliau merupakan blogger terkenal "Papa Gomo" seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes tuntutan saman berjumlah RM100 juta.

Wan Muhammad Azri memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ketua pembangkang itu bertindak mengemukakan saman terhadapnya kerana percaya beliau merupakan "Papa Gomo" yang menyiarkan perkataan dan video seks fitnah.

"Reputasi dan imej saya tercalar dengan begitu teruk sekali kerana masyarakat umum kini menganggap bahawa saya adalah orang bersalah.

"Saya rasakan bahawa plaintif (Anwar) telah memfitnah saya dan saman ini memberi satu impak buruk terhadap intergrasi dan reputasi diri saya," beliau memberitahu dalam satu kenyataan saksi yang dibaca di mahkamah.

Anwar memfailkan tuntutan saman fitnah ke atas Wan Muhammad Azri pada 21 Mac, 2013 apabila mendakwa blogger “Papa Gomo” memuatnaik empat siri video seks termasuk kata-kata fitnah ke atas dirinya.

Anwar turut berkata Wan Muhammad Azri juga memuatnaik pautan gambar laman berunsurkan fitnah mengaitkan dengan beliau.

Dalam kenyataan balasnya, Wan Muhammad Azri sekali lagi menafikan beliau merupakan pemilik blog berkenaan.

Defendan mempertahankan tiada menerima surat saman malah tidak mengenali ketua pembangkang itu secara peribadi.

Ekoran dari itu, Anwar telah memfailkan afidavit bagi membuktikan Wan Muhammad Azri merupakan pemilik blog tersebut.

Anwar pada masa sama mendakwa defendan berulangkali menyerang beliau secara peribadi termasuk partinya dengan kata-kata fitnah, bagaimanapun tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dilakukan.

Dalam sesi soal jawab bersama peguam Anwar, N. Surendran, defendan mendakwa beliau tidak menerima sebarang surat saman daripada ketua pembangkang yang dialamatkan kediamannya di Kuala Lumpur.

Walaupun disoal berulang kali, Wan Muhammad Azri tetap mengakui tidak menerima langsung surat saman tersebut sambil menegaskan beliau sudah berpindah ke Pulau Pinang dan rumahnya di Kuala Lumpur kini diduduki adiknya.

"Tidak ada satu pun keluarga saya ada menerima notis tersebut daripada peguam Anwar dan saya hanya terima melalui peguam," katanya.

Merujuk kepada blog “Papa Gomo”, Wan Muhammad Azri bagaimanapun bersetuju dengan Surendran bahawa kandungan tersebut mengandungi unsur kata fitnah melampau.

Beliau juga mengakui tidak mempunyai perasaan marah kepada Anwar sebelum ini namun kecewa kerana kes saman tersebut.

Antara lain beliau turut mengaku tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana lawan ahli politik Anwar.

Namun beliau tidak menafikan pernah mengambil gambar dengan beberapa pemimpin tinggi Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Selain itu, Wan Muhammad Azri tidak bersetuju dengan dakwaan Surendran beliau menipu mengenai identitinya sebagai “Papa Gomo”.

Beliau kemudiannya ditanya kembali oleh peguamnya Jasbeer Singh Kaura.

Wan Muhammad Azri mempertahankan tindakannya mengambil gambar bersama dengan pemimpin Umno bukan merupakan satu kesalahan.

Beliau juga menegaskan tidak terlibat dalam kes fitnah Anwar dan tidak mengetahui siapa bertanggungjawab berhubung isu tersebut.

Hakim Rosilah Yop menetapkan sidang perbicaraan disambung esok. -TMI

Peguam Papagomo Minta Tangguh TIDAK DIBENARKAN.!!


ULASAN GB

Melucukan dan menjelekkan. Masih enggan untuk mengakui dirinya, Wan Muhammad Azri sebagai papogomo. Sebelum ini GB pernah mengulas. Petikan:

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh pihak berkuasa, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!


Dan akhirnya papagomo benar-benar didapati besalah pada 13 September 2013 oleh Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri itu adalah Papa Gomo, dan diperintah bayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.


Keputusan mahkamah itu sudah jelas mengesahkan Wan Muhammad Azri sebagai papagomo! Mana mahu lari lagi?

Beliau mendakwa kononnya plaintif (Anwar) telah memfitnahnya dan saman ini memberi satu impak buruk terhadap intergrasi dan reputasi dirinya. Apa integriti dan reputasi yang beliau ada selain dari seorang blogger lucah dan pemfitnah tegar?

Allahumma, binasakanlah terus pemfitnah yang bernama Wan Muhammad Azri ini dan sekalian blogger dan facebooker UMNO TERMASUKLAH sekalian media massa dan pemimpin UMNO yang menggunakan "video lucah" untuk menabur fitnah selama ini.