26 Dis 2014

[VIDEO & GAMBAR] Banjir: Pahang Dah Makin Teruk, Baru Nak Balik...


Jumlah mangsa di Pahang naik mendadak, Kelantan menurun Bernama

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang pagi ini dengan Pahang menunjukkan peningkatan mendadak mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan manakala Kelantan mencatatkan sedikit penurunan.

PAHANG paling teruk terkesan apabila jumlah mangsa banjir meningkat secara mendadak pagi ini kepada 35,736 berbanding 28,578 orang semalam.

Jumlah itu membabitkan 9,094 keluarga dari lapan daerah yang terjejas, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 19,924 orang daripada 5,343 keluarga yang ditempatkan di 44 pusat pemindahan.

Jerantut merekodkan 4,723 mangsa pemindahan, Lipis (2,763), Maran (2,711), Temerloh (2,661), Pekan (2,266), Rompin (411) dan Bera (277).

Di KELANTAN, keadaan banjir menunjukkan perubahan dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir sedikit menurun iaitu kepada 32,079 orang pagi ini berbanding 34,955 orang malam tadi.

Keadaan di enam jajahan bertambah baik apabila jumlah penduduk yang dipindahkan mula berkurangan termasuk di Kota Baharu apabila hanya 1,198 masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,231 semalam.

Angka mangsa banjir juga menurun di Tanah Merah dengan sebanyak 3,546 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,840 semalam, Pasir Mas (6,679 berbanding 7,237), Gua Musang (5,150 berbanding 7,385), Tumpat (5,005 berbanding 5,803) dan Pasir Puteh (192 berbanding 193).

Bagaimanapun keadaan bah di tiga lagi jajahan semakin buruk pagi ini terutamanya di Kuala Krai dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,200 berbanding 4,864 orang semalam.

Mangsa banjir di Machang turut bertambah kepada 4,039 berbanding 1,133 manakala Jeli meningkat kepada 1,430 daripada 1,269 orang malam tadi.

Di TERENGGANU, keadaan banjir tidak menunjukkan banyak perubahan dengan jumlah mangsa banjir kini mencecah 30,147 orang berbanding 29,082 orang semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daerah Kemaman paling teruk terjejas dengan 20,679 mangsa masih berada di 46 pusat pemindahan.

Turut terjejas teruk ialah daerah Dungun dengan 7,314 mangsa banjir, Kuala Terengganu (1,551), Besut (317) dan Hulu Teregganu (286).

Banjir di daerah Marang dan Setiu kini kembali pulih.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah meningkat kepada 5,530 berbanding 5,512 malam tadi.

Menurut jurucakap MKN Negeri Perak, daerah Kuala Kangsar yang turut meliputi Sungai Siput mencatatkan bilangan tertinggi mangsa banjir membabitkan 2,558 mangsa daripada 621 keluarga.

Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 47 pusat pemindahan, katanya.

Di KEDAH, keadaan banjir semakin buruk dan setakat pagi ini, sejumlah 157 orang penduduk melibatkan 31 keluarga di Daerah Padang Terap dan Bandar Baharu terpaksa berpindah.

Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah Mejar Mohd Radzi Abd Hamid berkata kesemua mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan. -Bernama


Najib pulang esok bagi pantau perkembangan banjir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan pulang ke tanah air Sabtu ini bagi memantau perkembangan banjir yang melanda beberapa negeri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang tadi, sejurus tiba Perdana Menteri akan ke Kelantan untuk mempengerusikan mesyuarat dan mendapatkan taklimat dari Majlis Keselamatan Negara, MKN dan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara.

Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan orang ramai dan mendapatkan reaksi bagaimana cara mengatasi dan bentuk bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir.
-astroawani













9 ulasan:

  1. macam ini lah lumrah perangai para peminpin umno bn yg rakyat malaysia pilih, rakyat susah mereka bolih bersenang lenang padan muko tak ambil iktibar dari kesusahan. pilih lah kerajaan yg prihatin dgn rakyat bukan prihatin dengan nak sapu wang rakyat.

    BalasPadam
  2. Pundek la lu najis.......you cakap lebai din uruskan pantauan kes bencana ni,.......apasal lu sebok nak balik.......gue tau lu memang sudah boring main satu lubang kat putrajaya.......memang lu mau rehat main banyak lubang kat hawai beb! Takyah balek beb......suruh je zahid midi hantar kain baju you ke hawai......u duduk terus sana lagi baik beb!

    BalasPadam
  3. 3 bulan lepas beberapa batelion askar amerika dgn segala peralatan canggih di benar masuk hutan di Gua Musang 2 minggu kununnya untuk latihan banjir....mana mereka sekarang...latihan banjir kepala hotak, sapa pun tak percaya

    BalasPadam
  4. Jajajagan_jajajangan marah bang dibbawa betenang..bawak besabo,bendera Klante,ganu,Pahang Dan perok masah bekibar gah masih belum tumbang donia bolum kiamat..beri ruang private untuk memande mentri kita menerangkan duduk perkara beliau di Honolulu Hawaii...kita takmau menekan pedana menteri kits,biar dia berkerja dgan bebas berlapang Dada......

    BalasPadam
  5. Jln duta banjir bergegas lah dia balik...

    BalasPadam
  6. Anon 6.56 PM, tentera Amerika itu dalam misi untuk memasang marker untuk climate change weapon. Sebab itu banjir teruk melanda Kelantan.

    BalasPadam
  7. Saksi kan lah adegan muka berkerut Mulut cembeng Seluar di lipat sampai kepala lutut Redah jugak banjir biar pun Pegawai nasihatkan bahaya tapi buat buat degil Tak nak berpayung Kalau boleh nak berjalan sendiri bertemu mangsa banjir Ingat lagi adengan gelandangan lepas NGO berdegil nak beri makan walaupun pihak berkuasa melarang

    Buat statement BN memperuntukkan juta sekian banyak Aceh selepas sepuluh tahun sekarang membangun Kelantan tak kena tsunami pun di nafikan pembangunan Maknanya Kelantan lepas banjir lagi ketinggalan Perangai apa macam tu lepas tu nak war warkan Aceh kini membangunan

    Negeri lain Perak Pahang kalau Aceh mengambil masa 10 tahun Perak Pahang mengambil masa 20 tahun Janji praya pun tak tertunai Ini lah balasannya memacak bendera UMNO di kampung kampung

    BalasPadam
  8. Dia kalau ada perasaan dan hati pada rakyat dia tak bercuti walaupun banjir seperti biasa pada se tiap tahun

    Macam Tun M kata ada 365 hari kenapa ambil cuti sekarang (bulan disember)

    Dia bukan saja saja jumpa Obama Nak jumpa Presiden Singapore dan Indonesia bercuti sama sama main golf pun belum tentu dapat

    Dia buat rundingan sulit ! Dia tak perlu sibuk pantau banjir Orang dah tak peduli pasal tu Sekarang orang nak tahu tujuan dia jumpa Obama dan rundingan apa yang sulit sangat sampai menyorok Tun kata pasal tpta Dia kena sahkan

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.