Anwar ada berapa banyak 'Datuk Seri'?
Walaupun gelarannya ditarik balik oleh istana Selangor, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menggunakan gelaran “Datuk Seri”.
Ini kerana Anwar mempunyai tujuh lagi darjah kebesaran itu yang dianugerahkan padanya, menurut laman web Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.
Ini termasuk anugerah daripada daripada Perlis (1995), Perak (1995), Pahang (1990), Pulau Pinang (1994), Sabah (1994), dan lain-lain.
Beliau juga mendapat darjah kedua daripada Pulau Pinang dengan gelaran “Datuk” pada 1991.
Kesemua anugerah itu diperoleh antara 1990 dan 1995, ketika beliau bertugas dalam kerajaan. Anwar dilantik timbalan perdana menteri pada 1993 sebelum dipecat beberapa tahun kemudiannya. -mk
Gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ditarik Balik
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepadanya pada tahun 1992 oleh Sultan Selangor.
Pelucutan gelaran itu berkuat kuasa pada 3 November.
Istana Selangor dalam satu kenyataan pada Khamis berkata keputusan untuk membatalkan gelaran itu dibuat kerana Anwar mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja sejak akhir 2013 termasuk dalam menyelesaikan kemelut menteri besar baru-baru ini.
"Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz (S.S.S.A) yang dikurniakan kepada Anwar Ibrahim pada 1992, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," menurut kenyataan tersebut.
Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin , Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi layak untuk memegang sebarang gelaran. -mstar
ULASAN GB
GB nak tanya, berhargakah gelaran "Datuk Seri" itu di hadapan Rabbul-Jalil? Jika tidak, apalah nak hairankan jika ditarik balik...
Jangan sampai jadi macam seorang ulamak di dalam parti GB menggunakan gelaran "Datuk" palsu tetapi menjadi orang penting MSU. Itu lagi tak bermaruah dan tak senonoh....
Salam gb...
BalasPadamAda jugak guna datuk palsu heh...
Nama sapa dan darjah dari negeri mana yang dipalsukan?patut GB buat report polis sebab memalsukan darjah kebesaran adalah satu kesalahan jenayah...sokong GB buat report terhadap ahli MSU tersebut...
Empunya diri sedang senyap menyepi sekarang. Laying low. Bukan pasal gelaran Datuk sahaja. Ada satu lagi kes yang agak senak perut juga.
PadamSiapa gerangan diri itu? Yang tak tahu xyah tahu. Yang tahu xyah bagitau supaya semua orang tahu. Xbaik bukak aib orang. Tetapi.....
Ada tetapinya....kalau dia terus muncul mencanang agenda UG lagi, kalau dia masih melakukan sabotaj untuk memecahbelah PAS dan PR - terpulanglah. Tetapi ia mestilah menjadi langkah terakhir jika dia masih buat kerja UG.
jadilah hamba kpd Allah, jgn jadi hamba kpd manusia. Kebesaran Allah dan kurniaan Nya yg perlu difikirkan agar menjadi hamba muttakhin.
BalasPadamHERAN KAA ANUGERAH TUUU...ANUGERAH ALLAH SBT LEBIH BERMAKNA DR SGALANYA...
BalasPadamSapa datul tu GB, bagi pencerahan skit. mendidih ker darah dengar.
BalasPadamTak pe, nanti ditakdirkn DSAI jd PM, lucutkn kesultanan dia pulak. Fair and square!
BalasPadamSumber segala kehormatan dan kebesaran hanya Allah S.W.T. Semuga makhluk tidak tertipu.
BalasPadamKurniaan Allah lebih mulia dr apa yg dikurnia oleh manusia...bertakwa lh..semoga kita dimuliakn oleh Allah...sabar lh anwar..
BalasPadamPangkat dan gelaran sultan langsung tidak berharga dimata allah swt. Yg paling berharga ialah amal kebajikan yg kita lakukan semata - mata krn allah swt yg di diconvert kpd pahala yg tidak dapat diukur dengan semua benda berharga di muka bumi ini.
BalasPadambertanding dalam pilihanraya bukan untuk mendapatkan pingat...tapi berkhidmat kepada rakyat..
BalasPadamBengang sbb bila ajak yamseng bersama dia tak sudi.
BalasPadamIsu ini mengingatkan aku satu perkara iaitu suatu ketika dulu seorang Sultan telah mengatakan bahawa dia "above politic" yang bermaksud tidak menyebelahi mana-mana parti tetapi nampak gayanya Sultan Selangor ini bukanlah "above politic" tetapi sudah berpihak iaitu kepada UMNO termasuk orang-orang istananya. Kita boleh lihat daripada kenyataan orang-orang istananya sebelum ini.
BalasPadamGelaran Doktor ke, Profesor ke, Datuk Seri ke, Tan Sri ke, Tun ke atau Sultan sekalipun, tidak akan dapat menyelamatkan orang yang memiliki gelaran itu daripada azab NERAKA ALLAH. Yang dapat menyelamatkan seseorang itu daripada neraka Allah hanyalah amalan baik kamu di dunia seperti solat dan sebagainya.
Di Akhirat kelak, Allah hanya akan panggil seseorang itu dengan nama sahaja contohnya Wahai Mahathir bukannya Wahai Tun Mahathir atau Wahai Anwar bukannya Wahai Datuk Seri Anwar.
Jadi jika begitu, tidak ada apa yang istimewanya pada gelaran yang manusia cipta.
Lagi satu, gelaran yang diberikan oleh Sultan bukanlah semuanya tepat. Jika tepat, takkanlah orang yang meniaga judi pun boleh dapat gelaran TAN SRI.
Sebenarnya bagi orang yang beriman, dia tidak hairan pun dengan gelaran dunia. Apa yang penting ILMU yang dicari itu benar, dapat dipelajari dan diamalkan.
Pada aku, gelaran yang hebat ialah gelaran yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia seperti Rasul, Nabi, Wali dan sebagainya. Manakala gelaran yang diberikan oleh manusia kepada manusia seperti Datuk Seri dan sebagainya adalah sementara sahaja.
Oleh itu, kredibiliti Anwarlah yang menyebabkan dia dihormati dan dipandang tinggi, bukannya gelaran yang dimiliki.
Wallahu A'lam.
Yg si takutkan Allah tak beri gelaran yg baik. Cakap senang. Kes menteri besar dah cukup huru hara.
PadamJangan kita jadi 10 golongan yang diusir dari padang mahsyar.
BalasPadam1.Diusir berupa kera.manusia yg suka mengadu domba.
2.Diusir berupa babi.manusia yg suka memakan barang haram.
3. diusir kaki keatas dan kepala kebawah.golongan yg suka berdusta.
4.Dihalau dlm keadaan bisu dan pekak serta tdk brakal.golongan yg riak bagga diri dan sombong
5.Dihalau dlm keadaan mngunyah lidah dan dari mulutnya kluar nanah.ahli pidato yg berlainan dgn perilakunya.
6.Dihalau dlm keadaan teralib d pohon kurma dari neraka.mereka yg brusaha mngajak org ramai mnyokong pemimpin yg tdk jujur.
7.Dihalau dlm keadaan trpotong tangan dan kaki.mereka org yg menganggu jirannya.
8.Dihalau dlm keadaan buta. golongan yg curang dlm menetapkan hukum.
9.Dihalau dlm keadaan busuk. busuk dri bangkai.Org yg gemar mlepas nafsu syahwat dan menolak perkara wajib.zakat puaa solat tdk brdakwah.
10. Dikumpul dlm keadaan brpakaian besi yg panas.mereka yg syirik kepada Allah SWT.
Mudah mudahan kita tidak termasuk dalam golongan ini.
Tapi dari senarai diatas kita boleh mengagak manusia mana.
Lebih baik cari makan sendiri ber dikari dari mentedarah harta rakya
BalasPadamBebende tu tak de mana bila sudah di kapan tapi si bahalol menongkat langit mana ada kesah.
Buruk Siku !
BalasPadamDarjah kebesaran Khir Toyo dah di tarik ke belum?
Pd sesiapa jika nama tersenarai untuk terima pingat dari mangkuk, elok direject je.
BalasPadamKalau di cabut kesemua gelaran yang di kurnia kan kepada Anwar dia tetap jugak di panggil Datuk
BalasPadamPermintaan Anwar untuk mengadap dan berbincang mengenai isu MB telah tidak diperkenankan oleh pihak yang memberi gelaran tersebut Seolah olah kebesaran dan gelaran yang di beri tiada apa apa makna nya
Pingat kebesaran di beri atas jasa yang telah dilakukan oleh si penerima bukan apa yang akan di buat selepas di beri pingat Lagi pun samada ada pingat atau tidak kita sebagai rakyat kena hormat pada raja Jadi Raja yang bagi Raja juga lah yang ada hak menarik balik
Isu RM2.6 juta adalah kesilapan Haji Hadi menyokong Khalid Kalau tak sebab Haji Hadi yang memberi dua nama pingat kebesaran pingat Anwar tak kena tarik
Dulu kalau ada gelaran Dato' senang dapat projek dan kalau rekomen orang untuk dapat kerja ada lah peluang baik sebab mereka yang dapat pingat ada pengaruh istana kerana jasa dan sebagai contoh baik kepada orang ramai
BalasPadamSekarang melambak
anak sultan ketua agama tu, memain ko...
BalasPadamApb ALLAH brfirman..
BalasPadam-"wahai manusia.."
-"wahai manusia.."
-"wahai manusia.."
dan ALLAH brfirman lg..
-"wahai org2 yg brIMAN.."
-"wahai org2 yg brIMAN.."
-"wahai org2 yg brIMAN.."
Begitu..
begitu juga..
Apb Nabi SAW brsabda..
-"wahai manusia.."
dan,
-"wahai org2 yg brIMAN.."
Hanya..
Hanya hanya..&
HANYA itu lah shj standard UNIVERSAL azali yg diguna pakai oleh sume nabi2 yg diutus'NYA kedunia ini..
hanya hanya & HANYA itulah..
-gelaran yg LAYAK dimiliki
-PANGKAT trwajib dicari
-itulah cita2 trmurni
-CINTA yg abadi
-abadi diHATI
GB..
hanya hanya hanya & HANYA itulah shj WARISAN yg diwariskan TUHAN kpd nabi2 yg wajib sama2 kita warisi..
itulah
itulah shj LAMBANG cinta cinta cinta & CINTA azali UNIVERSAL yg abadi kpd sbnr7 penCINTA yg bnar7 brhajat mndpt cinta KASEH SAYANG.."RAHMAN & RAHIM" dr ILAHI..