Majlis Raja-Raja Tidak Pernah Bincang Penukaran Nama Jalan Di KL
KUALA LUMPUR: Persidangan Majlis Raja-raja tidak pernah menetapkan atau meluluskan sebarang resolusi menitahkan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula beberapa jalan di ibu negara dengan nama bekas Yang di-Pertuan Agong.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad turut mengesahkan bahawa perkara itu tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana sesi persidangan berkenaan.
"Apa yang sebenarnya berlaku ialah satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat ke-234 Majlis Raja-raja pada 27 Feb 2014.
"Tetapi kertas cadangan itu telah ditarik balik oleh kementerian berkenaan dan tidak dipersembahkan semula untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata kenyataan itu dikeluarkan bagi membetulkan fakta pemberitaan kurang tepat seperti yang tersiar pada 25 Nov lepas.
Pada 28 Nov lepas, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan DBKL untuk menukar nama lapan jalan utama di sekitar Kuala Lumpur bukan dibuat atas permintaan Majlis Raja-raja, sebaliknya ia adalah keputusan kementerian.
Beliau berkata keputusan itu diambil kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara ini bagi memastikan rakyat terus mengingati mereka.
DBKL, dalam satu kenyataan terdahulu, mengumumkan jalan utama yang terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ipoh, Persiaran Duta, Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah, Lebuhraya Mahameru, Persiaran Mahameru dan Jalan Semarak.
Jalan-jalan itu ditukar nama kepada Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Sultan Azlan Shah, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin, Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Tuanku Ja'afar dan Jalan Sultan Yahya Petra.
Menurut DBKL, nama-nama baharu itu mula berkuat kuasa 26 Nov.
Marah dengan tindakan orang ramai mempertikaikan penamaan semula lapan jalan di Kuala Lumpur, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyeru perwakilan Pemuda agar "bangkit mempertahankan agama, bangsa dan negara".
Menurut KJ, media sosial Twitter dipenuhi lambakan individu yang mempertikaikan jasa bekas-bekas Yang di-Pertuan Agong kepada negara yang kini diabadikan pada nama jalan di Kuala Lumpur.
Sedangkan katanya, kerajaan Pulau Pinang boleh pula menamakan jalan di Pulau Pinang sempena nama mendiang Karpal Singh.
"(Mereka tanya) apakah sumbangan Yang di-pertuan Agong kepada negara? (Mereka kata) sekurang-kurangnya Karpal Singh ada berbakti kepada bangsa.
"Kenapa tak kecoh jalan di Pulau Pinang dinamakan Jalan Karpal Singh? Tak ada siapa pun yang bising," katanya.
Lapan jalan di ibu negara, antaranya, Jalan Duta, Jalan Ipoh dan Lebuh Raya Mahameru ditukar nama-nama sempena Yang di-Pertuan Agong Malaysia mulai hari ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Loga Bala menjelaskan, ia diputuskan kabinet pada Jun lalu setelah dipohon oleh Majlis Raja-Raja.
Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Pemuda Umno di PWTC petang ini, Khairy berkata media sosial hari ini turut dipenuhi dengan respons kurang menyenangkan terhadap ucapannya pagi tadi.
Ada yang berani mengakui mereka tidak terikat dengan kontrak sosial malah ada juga yang menyifatkan hak istimewa orang Melayu sebagai 'sejarah' semata-mata, kata Khairy.
Menurut Khairy, ia berlaku kerana sebahagian media sengaja menggambarkan ucapan beliau bersifat perkauman.
Sedangkan jelasnya, 16 halaman daripada ucapannya menyentuh tentang peremajaan semula Umno sebagai sebuah parti.
"Yang dilaporkan adalah tanggapan, gambaran bahawa kita adalah parti yang rasis. Kononnya kita mereka segala-galanya.
"Saya nak beritahu tuan-tuan inilah buktinya sekiranya kita tak bangkit di benteng hadapan - negara, bangsa dan agama kita akan diperlekehkan," laung Khairy penuh bersemangat disambut tepukan berdiri daripada perwakilan. -mk
ULASAN GB
Hukum kebenaran dan keadilan berjalan..
Majlis Raja-raja sendiri sudah menyatakan "Majlis Raja-raja tidak pernah menetapkan atau meluluskan sebarang resolusi menitahkan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula beberapa jalan di ibu negara dengan nama bekas Yang di-Pertuan Agong."
Ini bererti UMNO BN sudah menipu rakyat apabila:
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan M Loga Bala menjelaskan, ia diputuskan kabinet pada Jun lalu setelah dipohon oleh Majlis Raja-Raja.
Sedangkan Majlis Raja-raja TIDAK PERNAH MEMOHON penukaran nama-nama jalan berkenaan. Apa yang berlaku sebenarnya menurut Majlis Raja-raja ialah:
"Apa yang sebenarnya berlaku ialah satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat ke-234 Majlis Raja-raja pada 27 Feb 2014.
"Tetapi kertas cadangan itu telah ditarik balik oleh kementerian berkenaan dan tidak dipersembahkan semula untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Rakyat dit tipu, Majlis Raja-raja pun diitipu. Itu cara UMNO BN... dan KJ pula mengajak Pemuda UMNO bangkit... bangkit untuk apa? Derhaka?
Apalah sangat nama sultan tu. Menyusahkan orang utk menulis alamat sesuatu tempat dan syarikat kaurier utk menghantar surat. Kalau banyak dokumen penting tak sampai nanti, lu menteri w persekutuan kena bertangungjawab beb sebab menyusahkan pekerja kaurier.
BalasPadamNAMA JALAN TIADA NILAINYA TAPI NAMA 99 NAMA ALLAH SWT PALING BERNILAI BAGI SIAPA YG MENGINGATINYA.
lidah bercabang yg diwarisi dari al kutty bapak pembohongan
BalasPadam
BalasPadamWa sokong beb! 100 peratus.
Propaganda derhaka oleh amno yang paling kelam-kabut dan tak menjadi...habis Majlis Raja2 jadi bahan kutukan dan cercaan kerana eee jadian ni...dasar keturunan si kitul dan raja mandeliar...
BalasPadamMaksud Majlis Raja Raja jangan sewenang wenang nya guna nama Raja Raja Tujuan UMNO bukan nak kenang jasa Raja Raja tetapi untuk kepentingan UMNO semata mata macam hanya UMNO perjuangkan Raja Raja Melayu Ini salah satu modal dan senjata UMNO untuk mendapat sokongan orang melayu
BalasPadamKalau betul UMNO nak bodek Raja Melayu adalah lebih baik namakan mesjid atas nama Raja Melayu Mudah mudahan ada jugak lah memberi kesedaran kepada Raja Melayu
Jika ada yang nak pertahan pembohongan UMNO kena Ingat ini Majlis Raja Raja Salah seorang Raja tarik gelaran habis semua gelaran di tarik oleh Raja Raja lain
Tu sebab Khairy ada dia kisah?
Ada satu jalan yang UMNO tak tukar
BalasPadamJALAN KE KUBUR
Sama sama buat untong apa salah nya.
BalasPadamRakyat yang bayar , tiada masalah apa.
Panjang sgt name raja2 tuh.. Letih nk tulis.. Menteri wp ni bengong giler.. menyusahkan je.
BalasPadam