Gara-gara hadiah telefon pintar
MANJUNG - Seorang suami tidak menyangka hadiah telefon bimbit pintar yang diberikan kepada isterinya telah disalahgunakan.
S Selvaratnam, 36, menghadiahkan sebuah telefon bimbit pintar kepada isterinya, M Ritha, 34, enam bulan lalu apabila didesak oleh isterinya.
Menurutnya, telefon pintar itu digunakan untuk bersembang di laman sosial Facebook.
“Gara-gara bersembang di Facebook isteri saya terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki sehingga sanggup meninggalkan saya dan dua anak.
“Telefon itu saya berikan untuk kemudahannya dan tidak menyangka disalahgunakan,” katanya yang tinggal di Taman Krishnan, Sitiawan di sini.
Selvaratnam berkata, sejak mempunyai telefon berkenaan, isterinya tidak pernah lekang dengan gajet itu walaupun ke tandas.
Jelasnya, perbuatan isterinya berhubung dengan lelaki lain disedari apabila melihat perbualan mereka menerusi akaun Ritha.
“Saya bertindak menyiasat perkara itu dan mendapati isteri ada menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki dari Singapura.
“Mereka kini dipercayai berada di Johor dan saya sangat kesal kerana dia sanggup meninggalkan anak, S Vaishanavi, 11 dan S Yuvanraj, 8,” katanya.
Selvaratnam berharap isterinya pulang semula ke pangkuan keluarga kerana anak-anak begitu merindui Ritha.
Katanya, sehingga sekarang dia tidak tahu mahu mencari Ritha di mana dan berharap orang awam yang mengetahui keberadaan isterinya dapat menghubungi Selvaratnam dengan segera.
“Saya juga mahu masyarakat menjadikan kisah saya ini sebagai pedoman agar tidak membiarkan anak-anak atau isteri terlalu bebas melayari internet sehingga menimbulkan kesan negatif seperti ini,” katanya. -SH
Isteri, anak ‘ghaib’
Simpang Renggam: "Perasaan saya jadi tidak menentu kerana selepas 11 tahun berkahwin, ini kali pertama saya berpisah dengan Noraini.
"Saya tidak tahu mengapa Noraini sanggup menghilangkan diri dan membawa bersama anak tunggal kami, Ain Nursyahirah yang berusia 10 tahun. Usaha mengesan kedua-duanya juga gagal," kata peniaga, Shahrizan Sulaiman, 32.
Shahrizan berkata, isterinya, Noraini Mohd Wahid, 32, dan Ain Nursyahirah menghilangkan diri dari kediaman mereka di Kampung Setia Jaya di sini, jam 4.30 petang pada 4 Disember lalu.
Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan kedua-duanya apabila pulang ke rumah.
"Pada mulanya saya menyangka mereka ke rumah jiran namun terkejut apabila mendapati pakaian kedua-duanya tiada. -HM
ULASAN GB
banyak kes yang berlaku mutakhir ini adalah kerana gara-gara smartphone dengan keupayaan untuk berhubung dengan orang lain menggunakan aplikasi-aplikasi seperti Whatsapps, Wechat, Telegram dan seumpamanya.
Isteri dilarikan orang, suami berlaku curang, anak-anak diculik....
Di dalam kes kedua di atas juga dipercayai berlaku adalah gara-gara smartphone walaupun tidak dinyatakan.
Oleh itu, sentiasalah berwaspada di zaman digital ini... smartphone apabila disalahgunakan akan berupaya mengharu-biru dan meruntuhkan rumahtangga.
Kalau sesorang itu Mati ditikam dengan Pisau, janganlah salahkan pisau....
BalasPadamJgn hanya pandai beranologi dgn pisau, itu sume org tahu. Bagilah cara2 utk mengelakkan smartphone itu disalahgunakan
PadamApa perkara pun jika disalah guna, ia akan mendatangkan kesan yg buruk.
BalasPadamgunalah phone yang tak smart..
BalasPadamdlm isu kes ni aku sokng klu suami mngsa nk wat tindkn luar biasa kpd org yg mlrikn isterinya. walaupn dlarg mgmbl tndkn dlur undg2 sdb ni soal maruah dn kluarga.
BalasPadamSy pula mahu komen pada suami yg kaki group whatsapp..sy selalu dengar suami mgeluh kerana dalam group whatsapp dia ada kawan dia yg dah title haji tapi selalu sebar gambar perempuan seksi dalam group! Alahai haji tu tak tahu ke sebar gambar perempuan cantik seksi tu brdosa besar...dah banyak kali suami dan kawan lain tegur tapi sehingga saat sy taip komen ni tak ada perubahan. Bayangkan banyak masa lelaki2 mcm ini cari gambar2 perempuan utk share ! Motif???? komen sy pada suami sy kata alah biasalah bila orang kampung dapat smartphone macam inilah jadinya....semoga kita amlkn dan praktikan doa yg diajar nabi pd kita....Ya Allah lindungi aku dari siksa neraka jahanam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati (FITNAH PEREMPUAN) dan fitnah al masih dajjal. Amin
BalasPadamKegagalan menghadapi perubahan dalam hidup apabila mendapat kesenangan kerana terlalu cepat ghairah !
BalasPadamBersabar bukan hanya bila kita menghadapi kesusahan atau kesenangan tetapi apabila menghadapi masa perubahan sedang berjalan
Duduk tenang se olah olah diri kita tetap seperti biasa dan aturkan langkah satu demi satu supaya perubahan itu dapat kita terima perlahan lahan
Kalau isteri mendesak sampai bingit telinga Beli lah smart tag !
BalasPadamAnon 7 00
BalasPadamSuami anon sepatutnya keluar dari group tersebut Buat apa tumpang dosa orang ?