6 Dis 2014

Perkembangan Terkini Nur Shafiqah - Gadis Yang Mukanya Ditoreh


Gadis kena toreh sedia buat rawatan luar negara

PASIR PUTEH - Gadis mangsa samun dan toreh di bahagian muka, Nur Shafiqa Lah, 22, bersedia menimbang mendapatkan rawatan di luar negara sekiranya ada mana-mana pihak yang sanggup menajanya.

Beliau berkata, sehingga ini tiada mana-mana pihak yang menawar pembiayaan itu selepas kejadian yang berlaku terhadapnya pada Ahad lepas.

"Bagaimanapun saya akan berunding dengan keluarga terlebih dahulu sebelum menerima tawaran jika ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Aman 3 di sini hari ini semasa kunjungan rombongan Wanita Umno Kelantan yang diketuai ketuanya, Datin Rahimah Muhammad.

Pada kejadian itu beliau mengalami kecederaan pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri oleh dua lelaki bertopi keledar yang menceroboh rumahnya dan turut mencederakan ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Krian untuk rawatan lanjut.

Nur Shafiqa berkata, pada masa ini beliau merasa kesihatannya semakin pulih hanya sekali sekala merasa trauma dengan kejadian itu terutama apabila melihat lelaki yang memakai topi keledar.

"Pihak HUSM memberi jaminan kesihatan saya akan pulih dalam tempoh enam bulan lagi," katanya.

Sementara itu, Rahimah ketika bercakap kepada pemberita selepas itu berkata, pihaknya bersedia membantu dan menaja perbelanjaan termasuk kos perubatan Nur Shafiqa ke luar negara sekiranya keadaan memerlukan bagi memulihkan kesihatannya seperti sediakala.

"Saya akan kemukakan masalah yang dihadapi oleh Nur Shafiqa ke pihak atasan untuk mendapatkan dana bagi tujuan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin pihak USM mampu memulihkan kesihatan remaja itu memandangkan keadaannya kini semakin pulih dan mula bercakap dengan sesiapa yang mengunjunginya. - Bernama

'Dia Buka Seluar Dan Saya Melawan' - Nur Shafiqa


Mangsa samun bersenjata Nur Shafiqa Lah, 22, yang telah dikasari dan hampir dirogol oleh dua penjenayah dalam kejadian minggu ini, reda dengan nasibnya yang terpaksa meneruskan hidup dengan parut kekal di mukanya.

Mengimbas kembali pengalaman mengerikan di rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh pada Isnin, Nur Shafiqa berkata dia amat bernasib baik kerana salah seorang suspek meninggalkan bilik itu selepas dia dipanggil oleh rakan sejenayahnya yang berada di luar bilik.

"Lelaki itu telah membuka seluarnya. Saya melawan walaupun dia bersenjatakan pisau.

"Dia terus menumbuk muka saya dan saya dikelar dengan pisau.

"Saya fikir ia adalah satu pengakhiran dalam kehidupan saya sehinggalah rakan sejenayahnya memanggil namanya. Saya mengunci pintu selepas dia meninggalkan bilik dan mula menjerit meminta tolong dari tingkap.

"Perompak itu kemudiannya panik dan meninggalkan rumah," kata Nur Shafiqa kepada pemberita selepas ahli Puteri Umno Kelantan melawatnya, Rabu.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, dua perompak yang masuk rumahnya, menarik Nur Shafiqa keluar dari bilik air manakala ibunya Hat Tema Mat Zain, 58, telah diletakkan di bilik berasingan.

Suspek bertindak agresif selepas Nur Shafiqa enggan menyerahkan cincin emas dan telefon bimbitnya.

Dia luka dan lebam pada muka dan tangan serta menerima jahitan.

"Tidak ada cara untuk memadam kesakitan, penderitaan dan trauma yang saya alami.

"Saya tidak dapat melupakan kejadian itu.

"Ia adalah pengalaman yang paling teruk dalam hidup saya, dan saya juga bimbang mengenai kos menghilangkan parut pada muka saya," katanya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, serangan itu dilakukan oleh penagih dadah yang terdesak dan tidak ada kaitan dengan dendam seperti yang tersebar di media sosial.

"Kami telah mengenal pasti penyerang itu dan mereka adalah samseng semata-mata dengan niat untuk merompak bagi memenuhi keperluan mereka yang terdesak," katanya, Rabu.

Mazlan berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa Nur Shafiqa menjadi mangsa dendam.

Antara dakwaan yang dibuat di media sosial termasuklah bekas teman lelaki Nur Shafiqa merupakan dalang di sebalik serangan itu. Beliau dilaporkan telah putus cinta dan bertunang dengan lelaki lain.

sumber: pelbagai media

19 ulasan:

  1. Bayangkan orang susuah yang memerlukan wang untuk pembedahan kritikal anak

    BalasPadam
  2. Aku nak cakap aku pun ada FB.
    tapi aku kena cakaplah jugak.

    Inilah bahana Kerap Selfie di FB. Untuk apa sebenaynya kita ber FB dan kerap tukar profile Picture dengan crop muka yang sedang tersenyum manis acapkali. Untuk apakah?

    Marilah kita kaji balik diri kita yang seakan-akan makin jauh meninggalkan peringatan-peringatan dari ALLAH tentang unsur-unsur riak dalam diri.

    BalasPadam
  3. Masalahnya, siapalah yang nak menaja kamu buat pembedahan memuulihkan muka pada ketika orang lain dalam keadaan gaji bulanan pun tak cukup sebulan kerana membayar macam-macam perkara termasuk minyak, tol dan sebagainya setiap hari. Lebih teruk jika pada hari bekerja.
    Yang boleh menaja atau biaya kamu pun mungkin orang-orang kaya/berada. Itupun jika ada yang nak membantu.

    BalasPadam
  4. Tak padan dgn perempuan, boleh pun melawan dgn lelaki muda yg bersenjata pula tu. Bandingkan dgn Sialfool tak boleh melawan langsung seorang lelaki tua tanpa senjata, dlm hikayat fitnahnya anjuran Umno itu. Itupun masih ramai macai Umno yg percaya, bangang!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat2.....munkin si fool tu lemah segala2 nya

      Padam
    2. Tu senjata besar botol air mineral yg tembak tembus.4cm tu? Bengkok lak tu. Tu senjata power la.

      Padam
  5. kalau umno datang memamg eluk cakap macam tu Kalau umno datang tunjuk simpati dengar kisah toreh ambil gambar untuk masuk paper bagi lima ribu ringgit tak ada makna

    tapi jangan harap lah kalau umno yang berjanji nak dapatkan dana

    BalasPadam
  6. Salam kepada pengkomen

    Janganlah memberi komen yang menyakitkan hati kepada gadis malang ini.

    Mungkin kali ini ia berlaku kepada orang lain. Mana tahu ia berlaku kepada saudara perempuan kamu pula.

    Kalau tiada hati simpati, baik diam saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen yg kasar bukannya bermaksud tidak besimpati pd mangsa. Kadang2 tu komen yg keras itu berguna juga agar tidak berlaku pd orang lain dimasa akan datang.

      Padam
    2. Komen apa yang kasar yong intan oiii.... org nasihat sekadar peringatan dari ALLAH taala... kalau sesiapa yg ada terasa riak2.. ingatlah ALLAH maha memerhati..

      Padam
    3. Bersyukur pd ALLAH dengan anugerah NYA...x perlu nak tanyang2 kecantikan di FB

      Padam
  7. Setuju dgn anon 1:35 PM, Dec 6, Saifool tu bukan perempuan dan juga bukan lelaaki tapi Aoaoaoaoaoaoa ....
    Dan paling hangat hati ialah PENIPU yang HARAMJADAH. Orang yang mempercayai cerita ini pun HARAMJADAH juga.
    Peristiwa ni hanya sebahagian rancanganNya juga kot untuk menunjukkan kepada kita bahawa betapa JAHATnya saifool haramjadah.
    Satu persoalan: Boleh kita bersembahyang satu saf dengan saifool tak? Tolong beri pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu saf mungkin boleh kalau belakang dia rasa2 x boleh.......takut jadi fitnah nanti

      Padam
  8. Yong Intan Noor.... sesiapa pun boleh komen secara terbuka, nak cakap apa lantak, siapa terasa terpulang. Mungkin pengomen melihat dari sudut yang berbeza, baca dan fikir secara open sky kita kena fahami betul2, kalau tak, tak ada lah yang komen.....semua jadi Pak Turut Pak Angguk !

    BalasPadam
  9. Yang aku nampak mengapa komen yang kasar tersembur keluar disini adalah kerana Nur Shafiqa ini menyebut penajaan.
    Bila disebut penajaan, bermakna dia mengharap orang yang berpendapatan sekurang-kurang RM20000 ke atas sahaja yang boleh menajanya.
    Bagi orang yang berpendapatan rendah daripada itu tidaklah mampu.
    Tetapi jika Nur Shafiqa ini berkata dia memohon bantuan orang ramai tak kira banyak manapun untuk pembedahan memulihkan mukanya, InshaAllah, jika 100000 orang membantu memberi RM1 seorang, dia boleh mlakukan pembedahan.

    BalasPadam
  10. HUSM ada pakar bedah plastik yang sangat handal pasti boleh rawat beliau hingga sembuh

    BalasPadam
  11. 'Dia Buka Seluar Dan Saya Melawan' - Nur Shafiqa (perempuan 22 tahun)
    >>>tak rela

    'Saya Buka Seluar Dan Bawa KY Jelli' - Sialfool (lelaki 23 tahun ketika itu)
    >>>tak rela
    YG MANA SATUKAH KENYATAAN YG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.