14 Dis 2014

Najib Kaki Ponteng, Hanya 26 Hari Hadir Parlimen Sejak Jadi PM

Rekod buruk kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Parlimen mengesahkan kegagalannya sebagai Perdana Menteri, kata Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto.

Ujar Kashturi, sejak 2009 hingga April 2014, Najib hanya hadir kira-kira 26 hari ke Parlimen.

“Rekod ini jauh lebih rendah berbanding Perdana Menteri Britain yang hadir ke Parlimen setiap Rabu selama 30 minit untuk menjawab enam soalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kasthuri, Najib tidak menunjukkan usaha untuk membuat kehadirannya dirasai di Parlimen dengan mengambil bahagian dalam perbahasan dan mendengar isu-isu semasa dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen.

“Najib menghabiskan 14 minit di Parlimen berucap tentang tragedi kehilangan MH370 dan keluar sebaik Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bangun memulakan debat.

“Pada 23 Julai lalu, ketika sidang khas berikutan tragedi pesawat MH17, Najib hanya hadir 35 minit sebelum meninggalkan Parlimen sebaik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun.

“Selepas lebih dua jam membentangkan Belanjawan 2015 pada 10 Oktober, dia terus keluar tanpa memerhati prosiding Parlimen terutamanya perbahasan yang berlangsung sehingga 27 November,” tegas Kasthuri.

Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang turut mempersoalkan tindakan Najib meletakkan jawapan kepada Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet.

“Jika seorang menteri kabinet yang pakar dalam bidang tertentu boleh ‘ambil nota’ terhadap cadangan dan pindaan, mungkinkah pada masa akan datang mereka boleh bergilir-gilir membacakan teks perbahasan Belanjawan, bukannya Najib lagi?

“Jadi masih layakkah Najib yang langsung tidak mempunyai niat untuk hadir ke Parlimen mendengar masalah berbangkit diberi peluang tiga tahun lagi?

“Undang-undang diluluskan di sidang Dewan Rakyat akan memberi kesan kepada semua, malangnya Najib pula sentiasa hilang,” kata Kasthuri. -Roketkini

ULASAN GB

Sungguh dasyat dan sungguh binatang perangai orang-orang yang TELAH DIBERIKAN AMANAH OLEH RAKYAT kemudian mereka mengkhianatinya. Sanggup dan tergamak mereka terima wang gaji tetapi tidak hadir ke Parlimen..

Kisah orang politik ponteng untuk hadir ke Dewan Rakyat telah acapkali berlaku, bukan saja terhadap anggota parti kerajaan tetapi juga anggota pembangkang.

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Orang suka ponteng akan TETAP menrima hukuman Tuhan tak kira berapa tinggi pun darjat kamu dan berapa alim pun status kamu.

9 ulasan:

  1. BUAT APA DATANG PARLIMEN BUKAN BOLEH SAPU DANA NEGARA

    BalasPadam
  2. anak2 najib yg kaya raya.. dr mana budak2 tu dpt duit??

    BalasPadam
  3. orang besar yg melantik najib tak boleh pecat najib ?

    jawatan pm tak ada terma & syarat ke ?

    BalasPadam
  4. Jangan salahkan cina, ini pm yang dapat sokongan kuat melayu

    BalasPadam
  5. Inilah PM yang dinobatkan oleh orang orang bodoh di PWTC & Pekan. 1 Malaysia tanggung akibat nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1perkasa, 1isma, 1tuanpresudentbarua

      Padam
  6. Padanlah Hadi pun pinteng , ikut gaya mat bahalol jugak nak jadi presiden bahalol

    BalasPadam
  7. PM kaki ponteng Bila menari menyanyi boleh pulak

    Patut lah bila harga barang naik dia cuma tahu yang rakyat hanya makan kangkong

    Tak payah ada PM Cukup ada menteri dan timbalan menteri je TPM pun tak payah Ada pun PM pun kerja yang dia buat cuma bentang bajet

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.