16 Dis 2014

Hakim: Kenyataan Hadi Memang Berunsur Fitnah Tetapi Saman Ditolak


Mahkamah tolak saman fitnah bekas calon PKR

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah RM2 juta difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dun Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang itu.

Peguam yang mewakili Abdul Hadi, Asmuni Awi berkata kepada pemberita, mahkamah menolak saman itu kerana Abdul Hadi selaku defendan diberikan perlindungan bersyarat oleh undang-undang dalam memberikan ucapan ataupun kenyataan atas kepentingan umum.

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

"Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa kata-kata itu tidak merujuk kepada pihak plaintif ... pihak plaintif gagal membuktikan bahawa apa yang disebutkan itu memang sebenarnya merujuk kepada plaintif," katanya.

Mohd Shamsul selaku plaintif diwakili peguam A.Vasudevan hadir manakala Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Kira-kira 100 penyokong Abdul Hadi memenuhi bilik mahkamah hinggakan ada yang terpaksa duduk bersila atas lantai manakala kira-kira 100 lagi penyokongnya berada di perkarangan mahkamah.

Pada 23 Februari lepas, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Disember tahun lalu.

Pada 27 Februari lepas, Abdul Hadi memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi berhubung kenyataannya bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 tahun lepas sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - Bernama

ULASAN GB

Ulasan GB ringkas saja iaitu Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di awal penghakimannya berkata :

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.


Sekalipun bebas daripada tuduhan memfitnah seseorang secara spesifik, tetapi wajarkah seorang Presiden Parti ISLAM SeMalaysia mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah? Dalam kitab apa yang mengizinkan / membolehkan seseorang Islam mengeluarkan perkataan berunsur fitnah?

Bagaimana pula pendapat tuan-tuan?

40 ulasan:

  1. Semua yang Jahiliyah pasti enak bagi puak2 munafikun....

    Ini sudah terbukti jelas.

    Yang batil di jafi kan kebenaran , dan yang haq di permain kan.

    Allah SWT maha mengetahui dan bila kebenaran menerima aniaya , tunggu saja lah bala dari Allah SWY ke atas sesuatu bangsa atau kaum atau tempat kerana Allah SWT maha adil.

    Preaiden Bahalol hanya menipu diri nya sendiri , dan perancanfan Allah SWT afalah ter baik.

    BalasPadam
  2. Sebagai presideng PAS Hadi bebas membuat fitnah ikut suka dialah nak buat fitnah atau tidak. Yg korang sibuk apa hal? Asalkan BN menang walaupun calon PAS kalah, itu lebih baik berbanding PKR yg menang kerusi, janji PAS masih berada dlm PR. Sebenarnya Hadi lebih suka BN yg menang, PAS nak melingkup peduli apa!!! Nak keluar PR tidak sekali-kali, nak join Umno malulah beb sbb dlm amanat dulu kata Umno kafir. Sekarang kenalah pandai main wayang, veto dlm tangan. Hakim pula boleh diajak kencing bersama. Best ooo ulama boleh u-turn dan fitnah bila2 jam!!!

    BalasPadam
  3. Salam gb,

    Fitnah tetap fitnah. Mahkamah dunia lepas, tunggu mahkamah akhirat. Di dunia pun Allah boleh tunjuk.

    Fread

    BalasPadam
  4. Puak-puak UG akan menghalalkan fitnah ini.

    BalasPadam
  5. Tghh tdk maksum..fitnah yg dilontarkn bkn sekadar merosakan nama dia shj tp pas secara umumnya..

    BalasPadam
  6. ulama bertaraf dunia bila masuk parti politik akan jadi ahli politik.

    BalasPadam
  7. Kalau dah anggap presiden x betul,Kau keluar aje dari Pas !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh punya orang

      Padam
    2. Kah..kah.kah... macai butthurt.

      Padam
    3. Apa punya standard presiden beserban dan berjubah dari parti islam membuat fitnah.

      Padam
    4. Hei bai...lu arr....sokong fitnah..lu mengaji balik ape hukum fitnah...ni la akhir zaman bila org bljr agama..tapi x amalkn....takut bayang sendiri

      Padam
  8. TGHH saorang ulamak maksum. Semua kata2nya adalah menepati cita rasa orang PAS UG.

    BalasPadam
  9. Ula mak suci boleh buat fitnah. Serban besar boleh pusing-pusing cakap, sebut orang barua bukan maksudnya barua. Alahai nasib rakyat jelata dimain-mainkan puak-puak ostad-ostad dunia. Baik-baiklah pilih ula mak ni ye, jangan salah ikut ula mak dunia, ula mak jahat, ula mak fulus esos. Nasib baik mahkamah kata tak sangkut kat budak PKR tu walau BUAT FITNAH. Mahkamah dunia lepas lah le, tapi ingat mahkamah akhirat ye ula mak taraf dunia tak kira sapa yang dituduh. Tunggulah akan ada macai-macai geng ostad yang akan lagi kasi cuci lagi menyucikan bagi wangi tapi mulut bau busuk macam longkang. Nak buat camna...Betul-betul Ular mak.

    BalasPadam
  10. Saudara Kamal,

    PAS tu parti kepunyaan ayahanda saudara kah maka saudara senang-senang minta orang yang tidak menyokong tindakan Presiden supaya keluar parti.
    Apa tuan ingat PAS tu parti komunis kah. Dalam berpolitik, Presiden parti boleh ditukar bila-bila sudah hilang kredibiliti atau tidak lagi efektif dan kami majoriti ahli-ahli PAS mahu menukar Presiden PAS sekarang yang sudah hilang akhlak selaku ulamak. Saudara nak terus mengampu Hj Hadi silakan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Presiden PAS maksum. Semua betul semua baik....tuduh dan dok kata org mcm2. Pasti tiada undi drp aku lagi utk PAS. Aku bukan ahli ulamak pun...tak mulia.

      Padam
  11. Waktu itu
    waktu yg sgt2 dekat dgn PRU
    hanya bbrp hari, TAK sampai sminggu

    Mengapa begitu
    mengapa pilKUDA mnjd isu
    mengapa MUSUH sengaja diberi peluru
    berapa HARGAnya dgn NIAT sejijik itu
    tanpa BUKTI &tanpa sasaran dia MERAPU
    dia merapu auta-FITNAH yg sebusuk itu
    dgn auta-FITNAH-tipu dia MERAPU
    dgn NAS mana dia boleh merapu
    HADIS yg mana diizin merapu
    KITAB mana yg merapu
    FITNAH merapu2..

    Dgn sape dia berguru FITNAH
    Quran TIDAK pernah mengajar FITNAH
    Quran mngutuk sejahat2 dosa pmFITNAH
    pmFITNAH seJIJIK2 dosa disisi ALLAH
    pmFITNAH seBESAR2 dosa disisi ALLAH
    lebih jahat dr mBUNUH dsisi ALLAH

    Dgn sape dia brguru FITNAH

    dgn sape dia brguru FITNAH

    dgn sape dia brguru FITNAH

    Adakah nabi SAW mmFITNAH musuh2nya
    pernahkah nabi mmFITNAH Abu Jahal
    pernahkah nabi mmFITNAH siYahudi
    adakah nabi mmFITNAH siKafir harbi
    pernahkah nabi mmFITNAH siMunafiq

    GB..
    Islam
    Islam itu
    adalah..pasrah sePASRAH7 kePASRAHAN kpd semutlak7 nilai2-SUCI-UNIVERSAL-AZALI drp ILAHI..

    BalasPadam
  12. Lawak la lu kamal. Hadi yg patut kuar pas dgn puak2mcm lu pi buat parti baru. Lpas tu suka hati lu org la nak wat apa. Tgok brapa ramai ahli parti baru aa lu tu nanti

    BalasPadam
  13. Pas nak masuk umno... kirim salam.... kalau bunuh alantuya halal.... rasuah politik halal... kebas duit lembu halal... lelaki berpakaian ppuan halal... pelaburan yg rakyat tak tahu 1mdb halal... itulah yg terjadi di masjid2 umno ustaz2 boleh bercakap soal fardu ain sahaja... cakap kebenaran rasuah pimpinan umno di tangkap... itu kah cara umno memerintah... pemimpin umno berdebat pun tak berani...khakkkkk thuihhhhhh... pemimpin wanita dan bini pemimpin tak pakai tudung pun halal... itulah bahananya kalau ulama berselindung di sebalik pemerintah... hancur malaysia..

    BalasPadam
  14. Bab pil kuda ni aku tak nak komenlah sebab aku tak duduk Terengganu. Tapi bab kominis ni aku dah pernah pergi pejabat x-YB tu. Memang ada gambar2 ketua kominis sedunia siap dengan kata-kata hikmahnya.

    BalasPadam
  15. Sikaki FITNAH itu..
    kaki FITNAH yg merapu..
    dia tahu NIAT & HAJAT fitnah itu..
    dia tahu mahal HARGAnya FITNAH itu
    dia tahu NIATnya memang mnipu
    niat FITNAHnya tipu merapu
    semata2 FITNAH merapu
    lubuk HATInya mnipu
    KESUMAT mmbeku..

    Sikaki FITNAH itu
    sape yg ingin dia TIPU
    sape yg dpt MELIHAT klubuk KALBU
    KALBUnya yg hitam PEKAT memBEKU itu
    KALBU yg TIDAK lepas drp yg'SATU
    yg'SATU maha7MELIHAT sgl pnjuru
    yg'SATU maha7TAHU dia MERAPU
    trBUKTI sudah dia merapu
    utk apa FITNAH merapu
    dekatSgt2 dgn PRU..

    FITNAH itu API..

    Sikaki FITNAH itu panas
    sikaki FITNAH itu LEMAS
    biarkan dia panas & LEMAS
    dia coba lari kesana & kesini
    dia coba sembunyi mengHILANG diri
    dia LUPA bhw dia sedang meNIKAM diri
    dia sgt2 DERITA menikam diri SENDIRI
    dia akan HANGUS dbakar api dlm DIRI
    api & API itu mBAKAR tak disedari
    dan..kemana lg dia mahu LARI
    krn yg'SATU maha7mlingkari
    yg'SATU maha7mengawasi

    FITNAH itu API..

    sekali buat FITNAH
    dia akan buat FITNAH lg
    mula2 mmbakar kulit jarijemari
    akhirnya HANGUS mnjd abu
    KOSONG ditiup bayu

    FITNAH itu API..

    BAHANG
    PANAS
    API

    dia sudah mula terBAKAR
    satu persatu kini trBONGKAR
    api..API itu kian marak meNYAMBAR






    BalasPadam
  16. cuba hangpa habaq mai sat, apa beza berunsur fitnah dengan betul-betul buat fitnah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedua-duanya fitnah. Tapi yang berunsur fitnah lagi teruk dan bahaya kerana ia merupakan jari telunjuk kelenking berkait dan tikam belakang dan boleh menfitnah pihak yang lebih ramai. Pastinya kedua-duanya terbit dari niat jahat dan dendam dan tamak haloba. Ada faham.

      Padam
  17. Hadi kamu lagi jahat dari setan kamu pura2 baik tapi hati kamu setan,kamu pura2 islam tapi kamu kaki fitnah semuga tuhan membalas perbuatan kau dengan segera.nabi adam cuma salah satu saja iaitu makan buah khuldi, allah keluarkan dari syurga tidak kah kamu bersyukur.

    BalasPadam
  18. Ok lah Haji kata bukan fitnah mamat PKR tu, habis tu fitnah siapa? Tuhan tak tahu ke? Ini lah orang kuat ugama konon. Apa nak jadi dengan orang Islam, sedangkan ulamak pun kaki fitnah.

    BalasPadam
  19. Ustaz-ustaz di dalam PAS di seluruh Malaysia kalau meredhai dan menjadi syaitan bisu apa yang dilakukan Presiden PAS ni... maka tunggulah malapetaka.

    BalasPadam
  20. aku kurang setuju dgn cara pemikiran hadi nih ntah ape². mmg jelas dia ni suka tdo sebantal dgn umno, mungkin punahsihat dia yg hasut sbb mahsyukk, spt din ayam, stopa ali dll.
    dia malu sgt dgn tgna sbtu tgna dah bagi warning yg keras awal² lagi.
    ingatkan din jer cap ayam rupanya berjangkit kpd presideng kehkehkeh

    BalasPadam
  21. HADi adalah Maksum.. tgk.. orang kena fitnah balik yang kena bayar denda kat dia..

    BalasPadam
  22. Apa sebab pulak tak suka hj hadi keluar pas... aku masuk pas bukan sebab hj hadi... lagi pun pas tu bukan hak milik hj hadi sdn bhd

    BalasPadam
  23. Komen aku ialah inilah satu kemenang mesra UG2.apa kata kalau Hj hadi sepersalahkan DAN DIHUKUM?akan satu dunia tahu dan apa akan jadi dengan jawatan ulamak dunia?

    BalasPadam
  24. Tak payah kau susruh kamal Ahmad,aku dan keluarga akau dah keliaur dari menjadi ahli pas sebab tak bersetuju dengan tingkah laku Hj hadi sdan puak Ulamak UG.

    BalasPadam
  25. Sebahagian keluarga aku dah keluar PAS dah yang belum pun sempat didaftar ahli sebab borang ahli pun ostad AJK hilang tah kemana ngan duit-duitnya sekali tahun 2004 dulu. Duit yang hilang tu kira nak halalkan kat PAS...sorilah. Kau Kamal Ahmad jangan nak menyibuk... undi suku sakat keluarga ku hampir 50 orang nanti jangan harap PAS dapat dalam PRU 14 nanti. Kah kah porahlah lu Kamal Ahmad. Harapkan ulamak, ulamak punya belit lagi kuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh percaya ka... kikikiki.... umno tot tot .. biasalah provokasi... mainan org suruhan

      Padam
  26. Gua rasa hadi awang ni Mole (barua) umno

    fread

    BalasPadam
  27. Anon 11 03 AM

    Letak gambar dah kira komunis di burukkan Yang berbaik dengan komunis terang terang dia berbaik baik

    Apa beza fahaman komunis ni ? Dalam Islam miskin kaya sama

    BalasPadam
  28. SIBUK SE SIBUK NYA NAK BUAT HUDUD
    PIRAAAA!

    Nabi Muhammad saw kuat kan akhlak dengan peribadi yang baik baru berdakwah dan melaksanakan hudud

    Dulu sokong PAS buat hudud sekarang tak sokong PAS buat hudud

    Dia tahu dan sedar semasa dia cakap siapa yang dia maksud kan Kalau dia tak tahu dan tak sedar layakkah dia jadi ulamak dan imam Apa lagi termasuk saksi yang fasik

    Ahli PAS kena tanya siapa yang dia maksudkan dengan pil kuda Jangan biarkan diri kita mengikut orang yang sesat

    Kita mungkin pernah di fitnah kan dengan yang biasa biasa Bagaimana perasaan kita bila kita difitnah secara terbuka?

    BalasPadam
  29. sebagai orang yang berilmu dan bercerita mengenai hukum atau perbuatan para Rasul golongan ini bersandar kan kepada riwayat hadis dan kisah dalam Al Quran

    Bermakna Islam mendidik kita berkata atau bercakap bersandarkan fakta dan bukti demi kebenaran Hj Hadi fail Tak layak dapat gelaran pewaris nabi

    Dan kita yang berduyun duyun mengikut dia dan ulamak lain seperti dia dari belakang tali menali terpingga pingga bila di penghujung jalan dapat tahu orang yang dihadapan kita membawa kita ke jalan yang salah Tali yang kita pegang terputus Apakah pengajaran dari kejadian ini?

    Dan pada Hj Hadi fikir fikirkan lah samada soalan dalam kubur tu benar atau tidak sedangkan ilmu kita sudah diambil semula dan yang dapat menyelamatkan kita ialah amalan kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umno tot tot... mentedarah duit rakyat halal ke... Dah bank in kot

      Padam
  30. Ulamak fitnah sama taraf dengan Raja Bomoh 1Msia

    Nasib baik kalau tak terkebil kebil kena bantai dengan Karpal Singh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Raja bomoh kan org umno... mungkin sama dgn perangai pengikut umno

      Padam
  31. Fitnah tetap fitnah. Itu tidak boleh diubah

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.