11 Dis 2014

Mahkamah Rayuan Kekalkan Gantirugi RM4.5 Kepada Bekas Tahanan ISA


5 bekas tahanan ISA dapat ganti rugi RM4.5 juta

Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua wakil rakyat Pakatan Rakyat, ditetapkan ganti rugi keseluruhan RM4.5 juta ekoran penahanan mereka pada 2011.

Mereka ialah anggota parlimen Batu Tian Chua, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais dan Badaruddin Ismail serta bekas pemimpin PKR Badrul Amin Baharom.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM15,000 kepada RM10,000 sehari.

Kesemua mereka dianugerah ganti rugi teladan RM30,000 dan empat orang diberikan ganti rugi RM25,000 akibat fitnah terhadap mereka.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Wahab Patail.

Dua lagi hakim ialah Rohana Yusof dan Umi Kalthum Abdul Majid.




LAPORAN SEBELUM INI

5 Bekas Tahanan ISA Terima Lebih RM4 Juta

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi, semalam memutuskan lima individu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dibuat secara tidak sah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan demikian dan menetapkan, seorang aktivis reformasi, Hishamuddin Rais dan empat lain dibayar RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka mengikut akta tersebut.

Mahkamah perintah plaintif bayar RM200,000 ganti rugi teruk akibat penahanan ke atas lima individu dibuat mengikut seksyen 73 Akta Kementerian Dalam Negeri itu.

Hakim memutuskan penahanan itu bukan berdasarkan keselamatan negara, tetapi lebih kepada aspek politik.

Mahkamah menetapkan defendan bayar RM60,000 sebagai ganti rugi am dan RM40,000 bagi ganti rugi teladan berdasarkan alasan perkataan diucapkan Norian semasa sidang akhbar pada April 2001 berhubung dengan tahanan, adalah fitnah.

Hishamuddin Rais sebagai plaintif bersama empat yang lain memohon kepada mahkamah untuk menentukan Seksyen 8 dan Seksyen 73 ISA sah atau sebaliknya.

Plaintif lain, Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib; Ketua Penerangan PKR Selangor, Badrulamin Bahron dan Badaruddin Ismail.

Tian Chua, Hishamudin, Badaruddin, Badrulamin dan Saari memfailkan saman pada 4 April 2004 terhadap Tan Sri Norian Mai, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan menyalahi undang-undang tahanan.




3 ulasan:

  1. Alhamdullillah

    Orang orang ada duit akan lebih bahagia dan membuat orang lain kluarga bahagia serta kurang masalah.


    Bukan semua kedekut.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, semakin serlah ketempangan penguatkuasaan undang2 yg sememangnya tempang yg dihadapi rakyat saban masa. Gara2 'double jeopardy' corak ini dan berbagai undang2 dan praturan yg sewaktu dgnnya dengan kedurjanaan dlm prlaksanaannya memangsakan rakyat terutama kumpulan intelek dan aktivis, Mesia tlah berbalik ke undang2 rimba ala 'jurassic park' dan dinosaur sprti yg pernah disinggung olih Tun Suffian (kalau tak salah) sebagai primitif. Namun, saya yakin pemerintah dan ramai kakitangannya culas dan tidak terkesan dgn prkmbangan ini terutamanya krana duit yg diprintah dibayar bukan dari kantong mereka sendiri, ttpi dari kantong rakyat. Dan Allah, Dialah yg maha mengetahui.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.