8 Dis 2014

Berhati-hati Dengan Orang Myanmar, Kewujudan "Geng Lapah Manusia" Terbongkar....


Bukit Mertajam: Ia kelihatan seperti seperti sebuah rumah kos rendah satu tingkat yang biasa tetapi rumah kecil yang terletak di Machang Bubuk, di sini, mempunyai kisah seramnya sendiri.

Rumah ini menjadi rumah di mana warga Myanmar dibunuh dan dipotong dalam kes pembunuhan balas dendam yang kejam.

Polis telah menyerbu dan menyita rumah di Kampung Pisang, ini yang terletak di kawasan hutan jauh dari jalan utama.

Mereka menemui kesan darah di dalam rumah, walaupun ia telah dicuci dan dicat semula.

Pembunuh juga telah memulangkan kunci rumah kepada pemiliknya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata dua pembunuhan terakhir dipercayai telah dilakukan di rumah yang kosong itu.

Abdul Rahim berkata suspek juga dipercayai telah menyewa rumah lain yang terletak enam pintu dari rumah tersebut.

Mereka tinggal di situ dan membawa mangsa ke rumah lain di mana mangsa dibunuh dan dipotong.

"Polis telah menemui tiga bilah parang panjang dipercayai senjata yang digunakan oleh suspek," katanya selepas melawat rumah berkenaan, Jumaat.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Komisioner PR Gunarajan.

Abdul Rahim berkata rumah di mana berlakunya pembunuhan itu telah disewa oleh suspek sejak empat bulan lalu.

"Kami masih menyiasat berapa banyak mayat yang telah dipotong di dalam rumah ini," katanya.

Beliau berkata, polis menahan dua suspek lain, dalam usia 30-an, di Pulau Pinang pada Khamis malam, menjadikan jumlah suspek ditahan berkaitan pembunuhan warga Myanmar menjadi 17.

15 warga Myanmar, berusia 20-an hingga 40-an, termasuk dalang, telah ditahan sejak dua minggu lalu dalam Ops Kelar berkaitan dengan pembunuhan rakan-rakan senegara mereka.

Abdul Rahim berkata berikutan penahanan 17 suspek itu polis percaya telah menyelesaikan kes pembunuhan yang melibatkan lapan mangsa.

"Kami masih dalam proses menangkap lebih ramai suspek.

"Operasi ini akan memberi tumpuan kepada 18 kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar di Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata polis juga telah menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memindahkan bahagian-bahagian badan ke lokasi lain.

Abdul Rahim berkata dendam dipercayai menjadi motif di sebalik pembunuhan.

Pada 24 November dilaporkan bahawa bungkusan yang mengandungi kepala manusia ditemui di hadapan sebuah restoran di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.

Bahagian badan manusia seperti tubuh tanpa kepala, tangan dan lengan kiri telah ditemui sejak kebelakangan ini.

Dilaporkan terdapat 51 pembunuhan di negeri ini tahun ini, di mana 18 mangsa adalah rakyat Malaysia dan 33 rakyat asing. -mstar

11 ulasan:

  1. Ni kes ethnic cleansing yg berlarutan dr negara mereka ke sini.
    Kesemua mangsa ada islam,dan pembunuh/tukang sembelih adalah kafir.
    Tuan blog harus mengetahui keadaan sebenar

    BalasPadam
  2. Anon 9:02
    Betullah tu peringatan GB supaya rakyat tempatan berhati2 sbb sdh ada 18 rakyat negara in7 yg sdh jadi mangsa.

    BalasPadam
  3. Salam Greenboc

    Hantar balik semua warga Myanmar Buddha.

    Maaf, Yong bukan rasis. Tetapi buat apa tolong warga negara yang melakukan ethnic cleansing?

    Dulu kita marah bila kaum Serb melakukan ethnic cleansing di Bosnia. Kita pun tak bawa kaum Serb masuk Malaysia untuk diberi pekerjaan.

    Kaum ini sama jahatnya dengan kaum Serb di Bosnia dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat apa hantar mereka balik Yong, bukankah lebih baik kita buat cleansing kat diorang ni juga.

      Padam
  4. Mula mula pemimpin Islam & Menteri2 Melayu perlu kluar undang2 jangan ambik Myanmar kafir datang malaysia kerja. Jika ada laramgan , immigresen tak bagi kecuali mamat2 migresen mintak duit kopi.

    BalasPadam
  5. Kalau dekat Sabah perkara mcm ini suda lama brlaku cuma tak ada pendedahan sebab tahun 90an internet blm digunakn dgn mluas. Kalau geng pendatang brgaduh tak lari lah misti potong memotong punya..kalau ke pasar ikan sy slu perhati geng pendatang yg beniaga sgt cekap guna pisau pemotong ok, kejap je dia potong2 ikan besar tu..ngeri lah mcm2 sy fikir huhu

    BalasPadam
  6. tak pe lah. itu memang budaya mereka. kita orang melayu islam banyakkan bersabar dan bertahan. jangan terburu2. kita buat baik je dgn mereka nanti diorang balas baiklah. biar kita kena, jangan kita mengenakan.

    BalasPadam
  7. ini lah tandanya negara kita selamat,maju dan hebat..

    tak pa lah..bukan kena kat depa pun..kena kat marhaen saja...

    BalasPadam
  8. memang betul, ia perbuatan etnik mynmar buddha laknatullah.

    mereka takut jenayah mereka terbongkar.

    pendatang mynmar harus diuji tahap keislamannya. tanya soalan2 agama.

    tapis geng2 syaitan buddha ni.

    BalasPadam
  9. rocky the great brown unused dick says: banyak factor kerat mengerat sesame Burma nih; tapi wa nak sangat burma2 nih kerat pulak orang2 politik & pemimpin2 Malaysia; rakyat je risau tak guna jugak depa bukan ambek pedulik pon

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.