Mahkamah bebaskan Tian Chua kerana kaitkan Umno dalam insiden Lahad Datu
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atas kenyataannya mengaitkan Umno dalam insiden pencerobohan Lahad Datu.
Hakim Norsharidah Awang berkata kenyataan Chua yang disiarkan portal Keadilan Daily tahun lalu sudah ditokok tambah dan tidak menggambarkan maksudnya untuk berkata demikian.
"Berdasarkan alasan yang dikemukakan, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes berkenaan.
"Tiada keterangan lain dikemukakan pihak pendakwaan. Tulisan (wartawan yang mencatat) tidak dapat dibaca," katanya semasa membaca penghakimannya hari ini.
Chua pada 2 September mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Beliau dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan, denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Ahli parlimen Batu itu pada Mac 2013 mendakwa tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Katanya, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
Kenyataan Chua itu disiarkan Keadilan Daily berdasarkan satu perbualan telefon dengan wartawan portal berkenaan, Siti Nooraishah Geoffery.
Pihak pendakwaan memanggil tiga saksi, iaitu Nooraishah yang kini tidak lagi bersama Keadilan Daily.Com, bekas Naib Ketua Pemuda Umno Johor Baru Syed Amirrudin Syed Jaffar yang membuat aduan berkenaan artikel itu dan pegawai penyiasat ASP Airy Zaidi Nordin.
Hakim Norsharidah berkata, berdasarkan kenyataan pegawai penyiasat, penulis mengakui artikel yang ditulisnya ada yang benar dan ada yang sudah ditambah oleh sub-editor, serta dakwaan konspirasi Umno bukanlah kenyataan tertuduh.
Katanya, penulis juga menyatakan tulisannya dalam artikel berkenaan merupakan hasil pemahamannya berdasarkan perbualan telefon dengan tertuduh.
"Beliau juga setuju kenyataan tertuduh tidak diambil secara verbatim. Beliau berkata, serangan tembak-menembak di Lahad Datu 'dipercayai konspirasi Umno' dan 'untuk mengalih perhatian rakyat' adalah daripada sub-editor."
Sub-editor yang dimaksudkan ialah Norasikin Samsi.
Beliau berkata penulis juga mengakui tidak merakam perbualan dengan tertuduh secara audio selain tidak merujuk draf artikel yang ditulis tersebut kepada tertuduh sebelum dikeluarkan.
"Beliau setuju artikel yang ditulis adalah berdasarkan pemahamannya terhadap perbualan dengan tertuduh dan perkataan yang diguna adalah perkataannya sendiri selepas merujuk catatan peribadinya," katanya ketika membaca penghakiman keputusan hari ini.
Chua berkata berdasarkan penghakiman hari ini, pemimpin kerajaan terutamanya bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu menarik balik dakwaan yang dikemukakan kepada dirinya.
Katanya, kenyataan sedemikian jelas menunjukkan pemimpin kerajaan membuat tuduhan melulu dan tidak menyemak fakta sebenar.
"Pihak BN menjanakan pelbagai emosi sehingga setiap hari dalam TV, media, serangan (terhadap saya) bertubi-tubi. Mereka menggunakannya menyerang saya dan parti saya.
"Saya merujuk secara spesifik kepada bekas menteri dalam negeri yang pernah bukan saja suruh saya memohon maaf, tetapi beri galakan kepada pihak yang menentang kami menggunakan kekerasan, kerana kononnya apa yang dilakukan saya menghina pasukan keselamatan, negara dan dikatakan tidak layak menjadi warganegara," katanya.
Sementara itu, peguam Chua, N Surendran berkata, keputusan mahkamah hari ini semakin jelas menunjukkan mengapa Akta Hasutan perlu dimansuhkan.
"Ini menunjukkan bahayanya akta itu. Ini menunjukkan pemimpin politik, masyarakat rasa tidak puas hati dengan penggunaan akta itu," katanya kepada pemberita di luar mahkamah.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Fahami alasan penghakiman. Maksudnye, Keadilan daily ni mmg akhbar yang tidak kredibel kerana menokok tambah kenyataan sesuka hati. Tian chua dan amno patut sama2 menyaman malu Keadilan daily.
BalasPadamBekas Menteri KDN tu gah dengan sepupu dan sejarah tok nek dia sahaja. Dia tu hampas nyiur .... nak buat inti pun tak boleh.
BalasPadamKemusykilan ...
Undang-undang perlembagaan boleh membatalkan hukuman Mahkamah Syariah ... yang hangpa pi dok marah kat LBGT tu buat apa. Tak sedarkah Allah swt dah beri petunjuk kepada kita????? Dah lebih 50 tahun kita memperlekehkan undang-undang Allah swt. Di Malaysia, perlembagaan tu adalah anutan bangsa Melayu UMNO hasil ciptaan kolonial. Jangan salahkan LBGT yang menggunakan perlembagaan untuk membatalkan undang-undang yang diperbuat di Mahkamah Syariah sebab PERLEMBAGAAN tu adalah doktrin paling tinggi dalam Malaysia, mengatasi undang-undang Islam. Siapa yang memerintah? Islam atau kafir?
Jangan kita jadi bodoh macam kes "I want to touch a dog" ... sampai ada yang ugut nak bunuh penganjur. Kenapa tak ada orang ugut nak bunuh penganjur ASK (Anugerah Skrin) baru-baru ini yang penuh dengan kemaksiatan ... Nak kata kita bodoh, memang kita bodoh. Halal dan haram pun tak erti. Sama seperti Perlembagaan dan Undang-undang Islam. Tak ada usaha untuk mengubah perlembagaan tapi dok salahkan orang yang menggunakan perlembagaan sedangkan kita jadi perlembagaan sebagai "DOKTRIN" kita. Haramjadah. Haramjadah. Haramjadah sungguh bangsa UMNO laknatullah. Asyik dok tipu rakyat dan suka memainkan sentimen jahat.