17 Nov 2014

Memulai Solat Sebagai Meditasi, Kapten San Jin Gu Bersama 37 Rakannya Peluk Islam


Kapten San Jin-Gu adalah salah seorang komandan Brigade-11 SF, pasukan pendamai PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Irak. Ini memang sebuah kisah silam.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, ia sering mengamati orang-orang muslim solat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan solat.

Kerana dihinggapi rasa ingin tahu, beliau cuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di kamarnya sendirian. Pada saat mempraktikkan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya.

Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yang ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan hal yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada rakan perajuritnya, beliau berkata: “Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.

Tanpa beliau duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam. [sahabatstars/Islampos]










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





5 ulasan:

  1. Hidayah milik Allah.

    Sykadeer.

    BalasPadam
  2. Alhamdullillah

    Mereka mereka ini Islam kerana percaya pada Islam , berbeda dengan Melayu Melayu yang masok Islam sebab beranak dalam Islam.

    Ada beda nya , satu menongkat langit jadi lahanat , dan lagi satu hidup mati kerana Islam.

    BalasPadam
  3. Betul tu jangan ingat semua orang kafir yg makan babi pegang anjing tu akan mati dalam kekafiran, hidayah itu milik Allah barangkali ramai bakal ahli syurgaa di kalangan orang kafir hanya Allah maha mengetahui, dan jangan ingat orang yg lahir islam tu semua ahli syurga, choi! Jangan lupa ada neraka khas utk orang islam! Yg penting jgn kerana PARTI POLITIK kita menutup keindahan islam dan menyebabkn orang kafir salah faham pasal islam sekaligus mbenci islam. Teringat pula semasa sy praktikal di sekolah sekitar tanjung malim bila sy ditanya pasal bakal suami dan sy katakn dia orang islam ada pula cikgi yg sindir kata orang masuk islam kerana kahwin tak sama mcm orang yg dapat hidayah??? kemudian semasa berurusan di pejabat agama utk urusan brwalikan hakim, ada pula staff kurangajar sindir kata ada mualaf masuk islam kerana nak kahwin sahaja???? Pelik bin ajaib derang ni tak ada angin, tak ada ribut terus hentam sy sedangkn sy tak kenal derang pun..siapa kita nak judge orang yg revert islam? Judge diri sendiri sudahlah..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah , moga rakyat mesia pun dapat hidayah dari Allah insy Allah :) ABU jangan lupa :)

    BalasPadam
  5. Silap kita yang Islam ini ingat dah bagus Kita tak tekun 'melihat' seperti mereka yang bukan Islam 'melihat' kehidupan dan ibadat solat cara Islam

    Ini kerana kita bukan pandang pada solat itu sendiri kita pandang pada orang yang membuat solat apalagi orang itu ada melakukan sesuatu yang salah dalam pengetahuan kita Sebagai contoh jika saiful bersolat

    Kesemua mereka menjadikan Islam ugama mereka Dan orang yang mengerjakan solat berjemaah dimesjid tersebut semua nya dapat pahala besar dan pahala solat

    Ini lah dakwah yang paling senang yang sepatutnya di amalkan disini

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.