26 Okt 2014

Terima Ancaman Dari Gangster Melayu, Ali Jalil Lari Ke Sweden Mohon Suaka

Selamat di Sweden, aktivis dakwa terima ancaman gengster, kumpulan rasis Melayu

Aktivis Ali Abd Jalil, warganegara Malaysia kedua melarikan diri ke luar negara dalam beberapa minggu ini, mendedahkan melalui laman sosial Facebook miliknya hari ini yang beliau sekarang berada dalam keadaan selamat di Sweden.

Menulis statusnya, beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya meninggalkan Malaysia.

"Sekarang saya di Sweden, mencari suaka, kerajaan Malaysia dan Sultan melayan saya seperti sampah.

"Saya diancam kumpulan gengster dan rasis Melayu di Malaysia. Malaysia tidak selamat untuk saya, polis dan gengster mengekori saya sepanjang masa," kata Ali.

Ali juga berterima kasih kepada Amnesty International, Suaram, Antifa Malaysia, Majlis Peguam, Lawyers for Liberty, Sisters In Islam, Projek Dialog, Solidariti Mahasiswa Malaysia, rakan-rakan dan kumpulan sivil lain.

Beliau mendapat sokongan daripada rakan Facebooknya yang mengharapkan dia berada dalam keadaan baik dan mengucapkan selamat jalan.

Ali menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook.

Beliau juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan pada 29 September.

Amnesty International menyifatkan Ali sebagai "banduan hati nurani" sebagai usaha menghentikan apa yang mereka sifatkan "pendakwaan terpilih".

Portal Rakyat Times melaporkan, Ali meninggalkan Malaysia pada 18 Oktober menuju ke Bangkok dan terbang ke Stockholm pada 21 Oktober.

Di Stockholm, Ali menemui Amnesty International Sweden bagi mendapatkan nasihat mengenai prosedur memohon suaka.

Beliau kemudiannya dibawa ke pusat suaka sebelum dipindahkan ke bandar lain, Morsta, menurut portal yang dimiliki aktivis dan peguam Haris Ibrahim itu.

Ia juga melaporkan, Ali sudah pun menerima permit kerja dan boleh mula bekerja di sana pada bila-bila masa.

Awal pagi ini, The Malaysian Insider menerima satu emel memberitahu Ali selamat tiba di Stockholm, Sweden selepas berjaya keluar dari Malaysia menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Danok.

Selain Ali, seorang lagi warganegara Malaysia, blogger seks kontroversi Alvin Tan, juga dalam usaha mendapatkan suaka politik di luar negara. – TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

  1. jangan kau tukar agama sudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan kata macam tu bro... Nanti termakan diri.

      Padam
    2. apehal agama jadi pertikaian ?

      Padam
    3. Apa pula salahnya jika dia tukar agama dari agama Islam versi umno kpd Islam versi sebenar? Malah itulah yg sepatutnya disokong.

      Padam
  2. Adakah malaysia sudah tak selamat lagi utk kita menyatakan kebenaran?

    BalasPadam
  3. malaysia kita kini lebih selesa utk org2 pengampu kerajaan aje..perasuah2 dan pemfitnah2 gergasi tidak diusikkan

    BalasPadam
  4. Ini cerita pelik. Melayu pun dah rasa tak selamat dok dalam Tanah Melayu. Apa dah jadi? Kalau Cinakah? Indiakah? ... rasa tak selamat dok kat Tanah Melayu ... aku faham. Ini Melayu ni?
    Tanah Melayu ni kan untuk Melayu kan? Tapi awat jadi lagu ni.
    Nampaknya Tanah Melayu ni dah bukan lagi untuk Melayu dah. Ini mungkin untuk Melayu keturunan UMNO kot. Yang dok dalam UMNO saja boleh digelar Melayu walaupun mak bapa depa bukan asalnya Melayu.
    Hebat sungguh Melayu. Walaubagaimana hebat sekalipun Melayu, depa tetap tak berani mati sebagai Melayu. Depa hanya berani hidup sebagai Melayu. Sepanjang hidup aku, belum pernah aku terjumpa dengan TANAH PERKUBURAN MELAYU yang sangat dibangga oleh Melayu? Bayangkan di Tanah Melayu ni tak ada TANAH PERKUBURAN MELAYU. HEBAT KAN??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat melayu paling tak selamat ialah kat Pulau Pinang. Ghamai sangat gangster mamak dok mengamuk nak rampas keistimewaan orang melayu!

      Padam
  5. Abd Jalil ini bukan kah gangster juga ! Bukan kah perbuatan nya begitu jelik di sisi melayu ? Untuk apa orang sebegini ?

    Jika ada sejarah nya Sultan menganiaya beliau, luahkan dan di bawa berbincang. Jika tiada, apa matlamat kebodohan yang di paparkan beliau ? Melayu itu perlu bersatu.

    Berimbang lah bila menilai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg balun budak caddy melayu sampai mati dulu siapa? Adakah budak caddy melayu itu samseng? Jawablah maae...

      Padam
    2. Anda alien kah? Sedang Anwar Ibrahim pun oleh di kenakan, Ustaz Azhar pun boleh di kenakan, apa lagi org awam.

      Baca lah kes perceraian kes perceraian permaisuri Johor dan analisa.

      Belum terkena batang hidung sendiri boleh lah cakap

      Padam
  6. Amat sedikit Melayu yg berjiwa Hang Jebat yg sanggup mati kerana mencari keadilan,melayu yg berjiwa Hang Tuah yg menjadi penghalang HUDUD,keadilan tidak terlaksana.sampai bilakah semangat Hang Jebat mahu didendangkan dan diikuti,hang Tuah sanggup taat setia kpd pemerintah zalim walaupun dirinya difitnah dan sanggup membunuh sahabatnya sendiri yg memperjuangkan keadilan utk sahabatnya.Inilah semangat melayu yg berjaya disemai oleh parti keris bogel.Ayuh semua Hang Jebat adalah hero melayu sebenar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang Tuah, apalah nak dibanggakan dgn spesis yg sanggup membawa lari tunangan orang dan mengamalkan perkara khurafat pula.

      Padam
    2. Menantu dia Si Tuah pun di rembat Sultan dan dia pun ok aje.!!!!

      Padam
    3. Ini lah terjadi bila pembangkang bercakaran dan rakyat di beli murah dgn BR1M

      Padam
    4. Anon 6:54

      Pembangkang tidak bercakaran...hanya puak UG dalam PAS dari Ganu je buat onar untuk memporakperandakan pembangkang. Mereka melihat krisis Selangor sebagai jalan untuk menubuhkan UG dengan UMNO. Herankan puak UG Ganu nak buat UG dengan UMNO di Selangor. Mereka tak plak buat kat negeri depa, Terengganu. Saja2 nak rosakkan negeri orang.

      Padam
  7. Apa dah jadi? Malaysia kini ibarat neraka untuk rakyatnya!

    BalasPadam
  8. kesian anak muda melayu ini.

    percaya lah anak muda melayu ini akan berjaya setanding cina ber jaya di tanah air orang.

    tahniah !!!!

    sah sudah , bukan semuia orang orang melayu bahalol.

    andrew stockholm , please bungkus itu VOLVO XC90 tiga biji now !!!!!!

    BalasPadam
  9. Minta ulama pas mulia komen sikit dan bagi nasihat kpd Ali ini.

    BalasPadam
  10. ada satu lagi melayu tak selamat

    melayu kes pelakun dengan menteri

    BalasPadam
  11. yang selamat melayu UMNO dan menteri UMNO?

    BalasPadam
  12. Nampak gaya kumpulan gangester yg bernama UMNO direstui oleh sultan johor dan selangor untuk kacau rakyat yg perjuangkan hak. Nak katakan disini negara kita dah nak jadi negara mafia macam mexico dan brazil.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.