Hudud: Empat kali mesyuarat wakil Umno tidak hadir
KOTA BHARU: Sehingga kini Umno Kelantan belum menghantar wakil menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diwujudkan kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, surat jemputan sudah dihantar kepada Umno Kelantan bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa berkenaan.
“Setakat ini sudah empat kali mesyuarat diadakan. Begitu juga Majlis Peguam belum menghantar wakil sehingga sekarang,” katanya menjawab soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.
Jawatankuasa terbabit dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, manakala ahli lain iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Mufti, peguam syarie dan sivil, ahli akademik.
Selain itu wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara.
Roseli sebelum itu mencelah mungkinkah tidak ada calon yang layak daripada Umno sehingga tidak menghantar wakil menghadiri mesyuarat tersebut.
“Atau ada kalangan mereka tidak faham kewajiban pelaksanaan perundangan syariah,” ujarnya.
Sebelum itu Zawawi Othman (BN-Semerak) mencadangkan supaya pelaksanaan hudud dikuatkuasa terhadap wakil-wakil rakyat di Kelantan terlebih dahulu.
Nassuruddin berkata, perundangan Islam tidak terhadap terhad golongan tertentu sahaja kerana hukumnya meliputi semua orang yang beragama Islam.
Katanya juga, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai langkah dan usaha bagi merealisasikan perundangan tersebut termasuk mewujudkan Sektretariat Tetap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dipengerusikan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.
Selain itu mewujudkan Jawatankuasa Pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 2014 (Taazir) yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Kelantan.
Kerajaan negeri juga menganjurkan forum perdana Hudud Penyelesaian Masalah Ummah pada 27 dan 28 Okktober tahun lepas.
Diskusi perundangan syariah, pembentangan cadangan penambahbaikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, diskusi cadangan penambahbaikan enakmen tersebut,
Bengkel mengenai Qarinah Hamil da Kelahiran Anak sebagai keterangan bagi pensabitan zina.
“Kerajaan negeri turut mempromosi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dengan pengedaran pelekat kereta dan mewujudkan kiosk syariah di bandar Kota Bharu sebagai pusat penerangan dan dokumentasi,” katanya. - HARAKAHDAILY 13/10/2014
ULASAN GB
Maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.
Dahulu beriya-iya kata UMNO Kelantan akan menyokong cadangan pelaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan.
Sampaikan TMB Kelantan, Nik Amar buat kenyataan supaya ahli PAS tidak perlu meragui kejujuran UMNO.
Sekarang apa jadi?
Memanjang kena tipu dengan UMNO..... bila kita kata golongan pro-ulama (UG) ni bebal, tahu masing-masing nak melenting!
Berkali=kali kita sampaikan hadith Rasulullah s.a.w maksudnya: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Nik Amar wajib bermuhasabah diri atas kesilapannya. Jika tidak, sila letak jawatan.
BalasPadamNik Ammar Mungkar!
BalasPadamsetuju sgt ngan pandang cikgu gb, pemimpin ug dlm pas ni memang bodoh sebab itu sentiasa diperbodohkan oleh umno.
BalasPadamskrang nah amikau. nak lg bercium ngan no?
skrang di mana2 pun org becakap tentang kelemahan saf kepimpinan pas kelamtan.
ingat kamu semua akam dipertanggungjawabkan jika kelantan jatuh ke tangan umno
Well said Tuan GB..Apa nak harap geng UG ni berpikir..menda macam ni pun dok percaya Umno lagik..yg dok wala' pun double ngong..Aku merindui geng pas yg progresif, smart, sharp thinking.. Bukan jenis cakap mcm bagus, mcm ceramah agama.. Tp keje tak jalan. Pastu salahkan org lain.. Hukum org lain..bukan nak tunjuk contoh yg org islam buat spt yg dikata. Letih tgk geng ulamak Ug ni..yg nyata bila tgk muka nik amar, nasrudin vellfire.. Mcm menyirap jer darah2..sorilah tp itulah kebenarannya..
BalasPadamkalau dah berkali-kali jatuh dalam lubang yang sama jadi org apa pulak?
BalasPadamMukmin lawannya apa?
Ooooooo... masa muktamar hangpa hantar geng booo pemimpin PAS yang pro pakatan rakyat.... sekarang aku pula nak booo UG.
BalasPadamUG... booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, percaya lagi UMNO nak sokong hudud...
Lagi lawak kata ketua cawangan (PAS) aku... Kita kena sokong TGHH sebab "Sultan nak bagi orang PAS jadi MB Selangor"... so aku booo UG sekali lagi... booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo, booo,
Sejak TGNA bersara...
BalasPadamAda desas desus yg meragui kesetiaan
" Datuk Mohd Amar Abdullah"terhadap PAS malah ada yg lebih berani mengatakan dia Pro UMNO yg.berkemungkinan akan membawa kejatuhan PAS di Kelantan...
Apa pun dari tindak tanduk beliau..saolah olah membenarkan kata kata itu...
Wallau'lam.
Jgn ckp begitu pd nik amar bro..apa pn husam terbaikkk...
BalasPadamDemo ni syok sendiri je..ceramah sana sini bagus tapi apa kerja dia buat..ceramah...ceramah..cakap berapi2..bini ada dua tiga tak apa sunah...entah2 bini yg kasi makan...mana ada masa nak stratiji politik lepas tu dok main isu wala....bala adalah dok tunggu
BalasPadamKepimpinan harus ditukar.yg ingin bersama umno sila keluar drp pas skrg.
BalasPadamada 'permata'(husam) dibuang dalam parit..korang(ahli pas lain) masih tak nampak lagikah belang keris pada badan mb kelantan skrg?
BalasPadamGB
BalasPadamSatu perkara yang perlu difahami bahawa halangan kepada perlaksanaan hudud di Kelantan kerana masaalah perundangan dan perlembagaan. Beberapa undang-undang dan perlembagaan perlu dipinta.
Siapa yang bertanggungjawab untuk membuat deraf sebarang pindaan kepafa undang-undang dan perlembagaan didalam negara kita? Majlis Peguam? UMNO?
Badan yang bertanggungjawab ialah PEJABAT PEGUAM NEGARA atsu ATTORNEY GENERAL CHAMBER ( AGC). Ini masaalah Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II. Depa boleh mesyuarat 10 kali sehari setiap hari sampai kiamat, tetapi tanpa penyertaan AGC ia tidak akan kemana-mana... .nampak tak macam mana Nik Amar kena tipu dan kena main dengan UMNO.
Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II boleh ajak Obama, presiden Rusia, PM Britain, Raja Saudi datang mesyuarat....tanpa penyertaan AGC, ia buang masa dan tak kemana.
AGC boleh menganggotai Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II JIKA NAJIB ARAH!.....Ada Najib keluar arahan? Setahu daya xde.
Pokok ceritanya PAS telah kena main dengan UMNO dalam isu hudud. Sekarang PAS dan Nik Amar/ Ahmad Yaakob sudah terkontang kanting tak tahu nak buat apa. Hakikatnya PAS sudah hilang Hudud Kelantan. UMNO sudah pegang Hudud Kelantan dan sudah cold storage untuk buat pekasam
Siapa pemimpin PAS KELANTAN YANG JUAL HUDUD KELANTAN KEPADA UMNO?...jawab le sendiri....semua org dah tahu siapa
Sebagai orang lama, susah nak percaya PAS sekarang kerana tiada pemimpinnya yang sehebat Fadzil Nor dan Nik Aziz.
BalasPadamSetuju youp
PadamPuak umno ni kena ajar basuh berak dulu biar cuci baru blh kecek psl hudud.. ghoyat pun payah nak pehe sbb tubuh btepet dgn taik...
BalasPadamGolongan yuji hanya tahu hukum hakam sahaja. Tak ada ilmu politik. Tu la pasal bila berpolitik hancus. Kenapa tak lantik yg berwibawa lagi berpotensi spt Husam. Pas akan hancus selagi puak yugi duduk kerusi presideng. Contoh dah ada, tak kan tak Nampak.
BalasPadamDengan apa yang berlaku di Kelantan sejak beberapa bulan ini, kemungkinan Kerajaan Kelantan akan jatuh dalam PRU14 nanti dan akan dikembalikan kepada BN. Berubahlah wahai pemimoin PAS... Sebagai peringatan!
BalasPadamGeng UG ini semua penghianat dan pembodoh.
BalasPadamDah banyak kali kena tipu kena main dengan UMNO pun masih nak percaya dengan UMNO....tak serik-serik....kenapa bodoh sangat Ulama PAS ni....sebab tu lah PAS tak maju maju....!!
BalasPadamIni tandanya nak suruh kita tubuhkan satu parti islam baru. Tubuhkanlah parti islam baru cepat - cepat.
BalasPadamhudud & segala berkaitan islam adalah dibawah bidang kuasa ketua agama islam negeri, majlis agama islam dan adat resam melayu negeri, jabatan agama islam negeri. hudud dari pas akan jadi isu politik. kan dah bergaduh sesama bangsa sesama agama sesama parti sendiri.
BalasPadamselagi Allah tak izinkan selagi itu hudud tajaan pas tak akan berjaya. sekurang2nya pas dah lepas tanggongjawab.
Anon 9:59
PadamAllah juga tidak suruh orang yang mengaku berjuang dijalan berjuang dengan cara bodoh sombong. Bodoh sifat Makhluk tetapi sombong itu sifat Allah. Tu pasai bila makhluk bersikap bodoh sombong, hancur lebur semua yang dia buat.
Agaknya anon 9:59 tidak pernah tahu ada suruhan untuk bertindak dengan bijaksana dan hikmah.
Nampak sgt Anon 9:59 tidak faham masaalah hendak melaksanakn hudud. Sultan tak boleh ubah perundangan dan perlembagaan.Begitu jugak majlis ugama n3geri. Nak tegak benang basahpun kena faham isu dulu....bukan pakai merapu meraban.
UG kawan UMNO, Singkir dari Pas dalam pemilihan
BalasPadamjangan layan sangat anon 9:59 tu. kesian kat dia...Dia mungkin tak tahu bagaimana nak wartakan enekmen dan akta.
BalasPadamkesian kepada anon 9:59
BalasPadamPasal PAS Kelantan lah punca calun PAS di negeri lain kalah dlm pru lepas krn strategik UMNO menyokong hudud di Kelantan telah berjaya mempengaruhi pengundi melayu yg bendul
BalasPadamYg tak masuk akal dgn PAS Kelantan ni mereka tahu dlm masa yg sama yg UMNO Tganu tolak hudud
Maka tak salah kalau dikatakan beberapa pemimpin PAS ada kepentingan dlm isu di tipu di bodohkan oleh UMNO
Dah tahu laluan yg sama yg di ambil Dah tahu mana selekuh bahaya mana jln gelap mana jalan berlubang Tak ada taktik muslihat yg luar biasa yg UMNO Kelantan guna pun Nampak tak??
Anon 1:42
PadamDisinilah terlebih cerdiknya Nik Amar yang kita rasa tak bol3h nak tumpang.
Bila kita persoalkan keikhlasan UMNO menyokong Hudud Kelantan sedangkan dalam masa yang sama menolak perlaksanaannya di Terengganu - "mangkuk" dengan angkuh m3nolak nasihat kita dan mengatakan kita kena beri peluang kepada UMNO membantu PAS kerana ada nampak sedikit bayang2 keikhlasan dari UMNO.
Paling best, Nik Amar boleh datang ke wacana politik anjuran Karangkraf kat Shah Alam dan isytihar dengan konfiden perkara yang sama
Sekarang terbukti kebimbangan kita betul!....Nik Amar salah dan telah melakukan harakiri yang tahap bodoh! Tetapi masaalahnya bukan sekadar kita betul dan Nik Amar salah - soalnya kerosakan dan k3musnahan yang dibuat ol3h tangan Nik Amar amat besa!...IA MENGHANCURKAN SEGALA USAHA PAS DA4I SEJAK DITUBUHKAN .....bukan s3minggu punya kerja. 64 TAHUN PUNYA KERJA!
Apa makna PAS wujud lagi jika Hudud yang diusahakan selama 64 tahun sudah tiada kerana ada orang yang terl3bih cerdik telah memberinya s3cara pukal k3pada UMNO!
DALAM KEADAAN S3KARANG....ELOK JE DIBUBARKAN PAS! TAKDE MAKNA LAGI PAS WUJUD.....
Akibat daripada terlalu banyak suku sakat keluarga diaorang dari anak, cucu- cicit, sepupu - sepepet pegang jawatan penting dalam majlis Syura, kalau boleh semua dalam majlis syura semua yang ada pertalian rapat keluarga, maka inilah jadinya.
BalasPadamHe he he...
BalasPadamnak kata bodoh, GB ni org PAS...
Nak kata berilmu napak sangat kebodohannya.....
Dlm hudaibiyah sebelum Fathul Makkah mcmmana GB...????
Semua sahabat dan yg berada dlm rombongan Nabi tersebut memboikot Nabi dek kerana perjanjian tersebut higga Nabi perintahkan korbankan kambing sorang pun tak peduli....
Bukankah Nabi SAW sudah kena dgn puak musyrikin Makkah sblum ni tp kenapa Nabi SAW masih mengikut telunjuk mereka lagi...??? Adakah ini sama dgn pendapat GB sudah dipatuk 2 kali..????
Disini sudah nampak betapa pemikiran kita tak sebanding pemikiran ulama ulama....
Masih nak hentam ulama lagi kah....???
Apa yang anon 5:30 mengarut nih... nak disamakan Presiden PAS dan ulama PAS dengan Nabi Mohd saw.
BalasPadamHello anon 5:30. Rasulullah tak pernah memfitnah spt presiden PAS yg terkenal dengan fitnah-fitnah pil kuda, komunis, broker dan barua!
in response to
He he he...
nak kata bodoh, GB ni org PAS...
Nak kata berilmu napak sangat kebodohannya.....
Dlm hudaibiyah sebelum Fathul Makkah mcmmana GB...????
Semua sahabat dan yg berada dlm rombongan Nabi tersebut memboikot Nabi dek kerana perjanjian tersebut higga Nabi perintahkan korbankan kambing sorang pun tak peduli....
Bukankah Nabi SAW sudah kena dgn puak musyrikin Makkah sblum ni tp kenapa Nabi SAW masih mengikut telunjuk mereka lagi...??? Adakah ini sama dgn pendapat GB sudah dipatuk 2 kali..????
Disini sudah nampak betapa pemikiran kita tak sebanding pemikiran ulama ulama....
Masih nak hentam ulama lagi kah....??? by Anonymous
Hello boss....
Padam4 sahabat Nabi SAW yg dijanjikan syurga pun tak boleh disamakan dgn Nabi SAW.
Tp kalau bukan Al Quran, Hadis dan sirah Nabi petunjuk mana lagi yg dapat dijadikan panduan..????
Geng Pasma ramai dlm AJKPP kenapa tak bantai Presiden dlm mesyuarat pasal pil kuda, barua...????
Yg duk bantai kat luar je tu awat..???
Feng Pasma kata 2 adun tu hero, awat gi gantung 1 tahun..????
Mcm nik nazmi, dlm msyuarat JKKPP senyap, pah tu kondem presiden dlm forum, dlm fB pah tu mitak maaf, tarik balik ulasan... apa ni...???
Presiden yg fitnah atau Pasma n the geng yg fitnah..????
Dlm youtube berlambak video klip kenyataan TGHH pasai pil kuda.. ada dia sebut nama..??? Kenapa Bukit Besi perasan sangat..???
Sape makan cili dia yg kepedasan...
ulama pewaris Nabi saw?
BalasPadam1. hadi fitnah calon pkr sbg pengedar pil kuda. bukti tak ada.
2. hadi khianat bila letak calon di kerusi milik pkr.
3. hadi fitnha 2 adun sbg barua yg telah dibeli. bukti tak ada.
4. hadi fitnah pkr curi adun pas. bukti tak ada.
berdasarkan fakta diatas, adakah hadi mewarisi sikap buruk ini dari Nabi saw atau hadi bukan ulama? fikirlah...
org berserban berjanggut kalau menipu menfitnah menghina org lain tidak boleh jad ulama.
Salam Anon 5:40, dalil mudah.. ulama x maksum.. Rasullulah shj yg maksum, dh byk cth teladan ulama yg di pesong kan di hari akhir hayat mereka..
BalasPadamAnon 5.30, sekiranya berita yg tersebar luas adalah benar,setakat yg gue tahu,Rosulullah s.a.w. tidak menghina wanita muslimah dikhalayak ramai Dan ahli jema'ah dgn ungkapan2 buruk sprti barua Dan berokar. Wallohua'lam.
BalasPadamNabi saw kena baikot smp diperintah korban kan kambing pun seorg pun tak peduli
BalasPadamAda ke Nabi saw jatuhkan sesiapa hukuman gantung setahun ? Ada ke Nabi saw kata aku ni mcm presiden PAS kalian semua kena wala' kpd pemimpin mcm aku pd masa baginda saw di baikot ? Sdgkan pd masa tersbt tentu dah ada ayat ayat yg mengingatkan mereka utk taat dan wala' kpd Rasul dan Nabi
Agak nya apalah Hj Hadi buat kalau perintah dia kena baikot spt gantung setahun cuma dikenakan amaran ?
dulu anak yang tak pandai dan nakal di sekolah dihantar sekokah agama, sekarang jadi ulama pas?
BalasPadamulama pewaris nabi, bukan semua ulama pewaris nabi, ada juga ulama sesat lagi menyesatkan
BalasPadam