Saya hanya masuk DAP, bukan tukar agama’
SHAH ALAM: Jamila Rahim meluahkan rasa kecewanya selepas dituduh sebagai pelacur dan telah menggadai agama oleh sesetengah pihak dalam beberapa artikel yang disiarkan di dalam beberapa portal media.
Jamila atau lebih dikenali sebagai Melati Rahim menegaskan pendiriannya bahawa beliau hanya ingin menyertai parti DAP dan tidak pernah sesekali menggadai agamanya.
“Saya hanya ingin masuk parti ini dan saya tidak pernah menukar agama saya.
“Saya masih Islam dan saya ingin tekankan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan mengenai dua artikel daripada portal media MYKMU yang berjudul ‘Melati lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP’ dan daripada Free Malaysia Today yang berjudul ‘DAP dan Politik Onani’.
Hari ini beliau bersama dua ahli DAP yang lain, Dyana Sofya dan Syefura Othman serta peguam DAP, Gobind Singh telah membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai dua artikel tersebut.
Melati juga berkata bahawa artikel yang melabel dirinya sebagai pelacur tersebut bukan sahaja memalukan dirinya malah memberi impak yang sama terhadap ahli keluarganya.
“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera,” jelasnya.
Sementara itu, ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud turut menyelar pihak yang menulis artikel tersebut kerana mempunyai niat untuk menjatuhkannya.
“Setiap kali ada penglibatan ahli DAP daripada perempuan, ada sahaja dakwaan yang tidak baik dilontarkan.
“Rara (Syefura Othman), Melati sudah kena dan ini semua jelas merupakan satu serangan berbentuk emosi. Bagaimana kita mahu lebih banyak wanita untuk terlibat dalam politik selepas ini?,” soalnya.
Tambahnya, DAP merupakan sebuah parti yang sah dan mereka berhak membuat pilihan untuk memasuki parti yang diingini. “Kita sepatutnya bersikap lebih matang,” katanya.
Sementara itu, salah seorang ahli DAP, Syefura Othman pula berkata artikel berkenaan telah menjatuhkan maruahnya sebagai perempuan.
“Mereka ini telah menjatuhkan maruah sebagai wanita secara terang-terangan. Bagaimana kita nak tarik lebih ramai wanita memasuki politik? Bila kita masuk sesebuah parti, kita dihina seperti ini. Saya harap tindakan dapat diambil.
“Martabat wanita tinggi dan kita tidak perlu dihina seperti itu,” ujarnya.
Artikel jahat hina ahli wanita, DAP lapor SKMM
SHAH ALAM, 3 OKT: DAP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap dua artikel berniat jahat yang menghina tiga ahli wanita Melayu parti itu, iaitu Dyana Sofya Mohd Daud, Syefura Othman dan Jamila Rahim.
Artikel pertama bertajuk ‘Melati, lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP’ ditulis oleh seseorang yang menggelarkan dirinya KuntaKunte Malaysia dan disiarkan laman milik Umno mykmu.net.
Seperti tajuknya, artikel itu menuduh Jamila yang menyertai DAP Selasa lalu ‘menjual diri dan agamanya’ demi kemewahan.
Artikel kedua pula bertajuk ‘DAP dan politik onani’ oleh pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) Edwin Michael yang disiarkan laman Free Malaysia Today semalam.
Dengan menggunakan bahasa lucah, artikel itu menuduh DAP ‘ketagih politik onani’ dengan ‘menjual’ Dyana, Syefura dan Jamila untuk menarik sokongan dan akan meminggirkan mereka selepas ‘mencapai ejakulasi’.
Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo yang mewakili mereka berkata, kedua-dua artikel tersebut adalah salah di bawah Seksyen 2 (33) Akta SKMM 1998.
“Kami membuat laporan ini kerana artikel tersebut memberi kesan besar kepada Dyana, Syefura dan Jamila.
“Kami sentiasa terbuka untuk berbincang dan.menerima kritikan, tetapi bukan dengan cara ini,” kata Gobind dalam sidang media selepas membuat laporan tengahari tadi.
Beliau juga berharap agar tindakan segera dapat diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.
“Laporan sudah dibuat, kenyataan (ketiga-tiga) sudah diambil. Kita harap akan terima maklumbalas pada minggu hadapan,” katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan, DAP akan menimbangkan untuk mengambil tindakan saman malu. -Roketkini
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Yg aku pelik negara kafir x der la plak politik melucah mcm negara ahli sunnah waljamaah lg islamic malaysia neh.punya la teruk.dah lebih 15 thn x jemu2 dok cerita politik lucah neh.dah jd wirid harian.kepala lucahnya sudah pasti mahadeth.
BalasPadamMkin mereka ni akan berdawah dlm dap.keindahan Islam.
BalasPadamsaman je la apa nak timbang timbang lagi ?
BalasPadamIni politik jahat. Depa makan tahi tapi depa tuduh orang lain makan tahi. Ingat akan kata TGNA, kalau dah duduk dalam tong tahi, lama-alam akan terkena palitan tahinya.
BalasPadamHangpa yang rasis tapi menuduh DAP rasis. Bila orang bukan Cina masuk DAP terutama Melayu, hangpa marah. Kenapa? Sebab hangpa nak orang percaya bahawa DAP itu parti Cina. Mendiang Karpal dan anak-anaknya .... semuanya keturunan Cina belaka. Serupa dengan Mamak yang ada dalam UMNO tu semuanya Melayu belaka.
Islam menganjurkan keadilan dan melarang perkauman. Yang dok memarakkan api perkauman bukannya datang dari orang bukan Islam tapi dari orang Islam sendiri. Hairan bin ajaib. Lagi Allah swt dan Nabi larang, itulah kita seronok nak buat. Tak akan hilang Melayu di dunia (begitu juga bangsa lain) kecuali kehendak Allah swt.
Jangan hina perempuan yang baik sebab takut kelak nanti hangpa yang diaibkan. Muka Tembok ... ada perasaan malu ??????
DAP ada perempuan berhijab
BalasPadamUMNO ada ??
Apakah salahnya wanita ini menjadi ahli DAP yang tidak langsung melanggar etika parti.Bodohkah mereka yang berkecimpung dalam bidang politik di Malaysia ini.
BalasPadam