16 Okt 2014

MAZA: Mengkritik Ulama Tidak Semestinya Mengkritik Agama Islam


Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata masa ini kebanyakan ahli politik menjadikan Islam sebagai senjata politik.

Menurut Dr Asri, sepatutnya Islam dijadikan panduan untuk memperbaiki politik dan bukannya dijadikan alat permainan untuk dijadikan sebagai hujah untuk berpolitik.

“Ini kerana saya lihat ada ahli politik daripada PAS dan Umno yang bergaduh dan selepas itu mengeluarkan dalil-dalil mereka.

“Saya tidak setuju nama Islam dieksploitasi dan digunakan untuk tujuan yang salah,” katanya ketika menyampaikan tazkirah di Parlimen.

Tambahnya, mengkritik ulama tidak semestinya mengkritik agama Islam.

“Kita perlu bezakan antara mengkritik ulama dan Islam.

“Tidak salah kritik ulama, dia pun manusia, yang kita tidak boleh kritik ialah apa yang Allah dan Rasul kata,” jelasnya.

Ujarnya, beliau menasihati kepada ahli politik supaya berhati-hati dalam menggunakan dalil ketika berpolitik. -FMT

ULASAN GB

Daripada pemerhatian GB, apa yang berlaku kita ialah ketaksuban telah mengambil tempat dan berselindung dengan istilah wala'. Sebelum ini GB sudah mengulas. Petikan:

Kemudian hari ini diluluskan juga usul dari Dewan Ulama menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura.

Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.


Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...


Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Jadi dimana justifikasi Presiden dan ahli Majlis Ulama tidak boleh dikritik. Maksumkah mereka?

Kemudian ada pula seorang pemimpimpin parti menyatakan bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus. Majlis Syura mempersetujuinya. Tak perlu rujuk AJK PAS Pusat. Dah jadi komunis. Guna sistem autokrasi. Tiada lagi demokrasi. Hujjah mereka menyatakan hanya ulamak yang tahu bab Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias yang merupakan tunggak tertinggi perlembagaan PAS. Jika demikian apa guna pilih AJK PAS PUsat setiap dua kali bermuktamar? Bukankah mereka itu dipilih menjadi "wakil" daripada orang bawahan?

Malah jika disemak Al-Quran amat jelas ada perintah Allah supaya bermesyuwarah, bukan menggunakan kuasa veto ketua.

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarah sesama merekadan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

"Bermesyuarah" ertinya apa? Guna kuasa veto presiden seorang sajakah yang bercakap dengan dinding?

Kemudian memaksa pula suruh wala. Jika tidak tindakan disiplin akan diambil. Huh!

Beginilah. Jika merasakan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi sesuai dan tahaluf siyasi sudah tidak dapat dilaksanakan seperti kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr. Haron Din, apa kata jika PAS berpisah saja dari Pakatan Rakyat? Kita lihat saja nanti kesannya kepada parti Islam SeMalaysia?

Dan jika pengkritik-pengkritik Presiden dan Majlis Syura Ulama nak dikenakan tindakan, apa kata jika pecat saja semua pemimpin dan ahli yang mengkritik supaya PAS hanya menjadi kumpulan UG (Ulama Group)?

InsyaAllah, bagi GB jika dipecat sekalipun, jiwa GB redha dan tenang, kerana kebenaran itu lebih berhak untuk diikuti.....

Selama menjadi blogger ini pun GB sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk parti. Setidak-tidaknya sejak zaman reformasi dan alhamudillah, PAS telah berjaya cemerlang hasil usaha sedikit ini dari para blogger yang menyebarkan maklumat dan berjuang dari alam langit (siber).

Tiada siapa ambil tahu perit dan susah payah kami selama ini.

Namun, walaupun parti tidak menghargai jasa kami, kamihanya mampu berdiam diri kerana kami yakin Allah itu sentiasa Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan Dia berjanji tidak akan sia-sia orang-orang yang berbuat kebaikan. Balasan adalah ditanganNya. Malah jika Dia tidak mengganjari kami pun kami terima kerana itulah keikhlasan kami sebagai hambaNya di dalam perjuangan menengakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Bukan mudah untuk mencapai maqam "keikhlasan" itu kalau tanpa pertolonganNya jua...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





12 ulasan:

  1. Adakah kuasa besar Msu dan president boleh kenakani orang luar parti terutama cina? Kalau cina buat kritik mereka kena akta apa-apa Tak?

    BalasPadam
  2. yg taksub kpd pemimpin ulamak atau imam adalah syiah saja. mereka anggap imam maksum dan menguasai alam ini dan tk blh dikritik.

    eh kalau tk silap bukan kah hj hadi ni sgt mesra dgn iran dan menyanjung Hezbollah?

    walaupun disaat dunia islam sudah kenal kekejaman syiah iran dan hezbosyaitan selepas krisis Syria, tp hj hadi tetap istiqomah dgn iran.

    BalasPadam
  3. Gb, masalah orang melayu no1...ada lah taat membabi buta (wala/taksub) pada ketua mereka walau pun jelas2 salah,batil dan tidak benar...dulu dlm umno saja, sekarang pas pun sama.betulle apa yg saw cakap kalau baik HATI, baik le seluruh nya kalau rosak HATI rosak le seluruh nya...makna nya majoriti orang melayu mempunyai HATI yang rosak kerana mereka berada dlm umno & pas. So, hanya sedikit saja orang melayu yang mempunyai HATI yang baik..yang ikhlas yang mendapat petunjukNYA. Melayu assobiyah suka taat pada manusia tapi tidak pada Allah

    BalasPadam
  4. MSU adalah tembuk dinding yg tebal yg sepatutnya tak mampu di runtuhkan oleh musuh Maka itu musuh tidak meruntuhkan dinding tembuk tersbt sebaliknya musuh telah berjaya menyelinap masuk dan lubang dinding yg di korek ditutup dgn sebaik baiknya

    Tindakan MSU di pertikai dan lebih kpd arah memihak kpd indv tanpa mengambil kira pandangan yg lain malahan apa yg tlh di putuskan MSU berusaha menyelamatkan Hj Hadi dgn menganggap MSU kebal tetapi ahli mula mempersoalkan beberapa indv yg di ragui kelayakan nya

    Apabila MSU teragak agak memutuskan samada tahaluf siyasi dpt di laksana atau tidak keraguan kita semakin kuat terhdp MSU dan dlm masa yg sama keyakinan kita semakin kuat yg MSU telah dipengaruhi oleh mereka yg menyokong UG


    Mereka lambat memberi keputusan dlm isu MB Sgor dan skg mereka juga lambat memutuskan utk teruskan tahaluf siyasi seolah olah mereka mempunyai muslihat

    BalasPadam
  5. MSU ada hati bermain sebagai pemain utama siasah tapi bodoh sombong, buta hati dan begitu naif sekali dalam sepak terajang siasah.

    Hasilnya kerana kenaifan ini, MSU telah diresapi oleh trojan-trojan yang ditanam dengan misi pecah-belah PAS dan PR.

    Malangnya, kenaifan ini telah memdominasi pemikiran siasah semasa Presideng dan Mursyidul Am akhir-akhir ini menjadikann keadaan bertambah celaru dan kronik hingga terkelauar ayat barua!

    Rumusannya, PAS sekarang dalam moda siasah autopilot menyahkan diri sendiri ('self destruction'). Tahniah MSU.

    BalasPadam
  6. PASMA yalah jawapan nya! Masa untuk berubah. Jangan tunggu UG menghancurkan peluang PR dalam PRU14..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 8:12

      Saya setuju dengan pendapat sdra.

      Sebenarnya PasMa adalah satu kekuatan kepada PAS sebenarnya jika kita fikir lebih dalam terutama dalam keadaan sekarang.

      Apa yang perlu difahami oleh pemimpin PAS sekarang, PAS sedang kehilangan sebahagian besar penyokong-penyokong PAS ( bukan ahli PAS) yang terdiri dari pelbagai kelompok yang bukan berp3ndidikan ugama termasuk golongan bukan melayu. Mereka menyokong PAS kerana melihat penyertaan PAS didalam PR memberi harapan baru untuk mengambilbalik negara ini dari BN.

      Disebabkan sokongan golongan ini PAS telah meraih sokongan dan kejayaan yang luar biasa dalam sejarahnya di pantai barat semenanjung, dari Johor hingga ke Perlis. Dengan sokongan yang padu ini PAS telah muncul m3njadi saingan yang real kepada dominasi UMNO dikawasan majoriti melayu di Semenanjung ( kat Sabah dan Sarawak belum lagi).

      Sekarang PAS sedang berhadapan dengan kehilangan sokongan yang real dari kelompok ini akibat angkara beberapa kerat pemimpin PAS yang berkiblatkan UG.

      Disinilah p3ntingnya PasMa didalam keadaan sekarang. PasMa boleh menjadi wadah untuk p3nyokong-penyokong ini dan majoriti ahli PAS yang masih mahu berada didalam PR bernaung. Pemimpin PasMa perlu faham perkara ini- betapa PasMa perlu menjadi tempat mereka bernaung sekarang.PAS sebenarnya tidak boleh kehilangan sokongan dari golongan ini.

      Kekecohan yang ditimbulkan ol3h puak UG ini akan berakhir. Hakikatnya mereka tidak mempunyai sokongan majoriti untuk menguasai PAS dan meneruskan ag3nda mereka untuk berdakap dengan UMNO.

      Jadi PasMa perlu lebih aktif untuk memastikan sokongan penyokong2 ini dan ahli majoriti PAS yang menolak UG terus utuh. Saya juga melihat PasMa juga mempunyai masa depan yang baik apabila kemelut s3karang berakhir. PasMa bol3h menjadi medan penyokong dan ahli PAS ini bergerak didalam PAS melalui aktiviti2 lain yang bersesuaian d3ngan mereka. Yang pasti mereka tidak akan menyertai aktiviti PAS yang dianjurkan oleh Geng Ustaz. Nah,PasMa wadah untuk mereka untuk terus menyokong PAS.

      Padam
    2. Tuan greenboc tak ulas pulak dr maza tibai pemimpin octoberfest hahahaha...

      Rakyat hakim negara apa critaaaaa????rakyat x layan kaaaa flashmob...hakim negara sedang menghakimi kamu wahai pemimpin bongkak...

      Padam
  7. kritik ulama perkara furu' tidak membatalkan syhadah

    BalasPadam
  8. Pasma perlu diperkuatkan, Pas betul tapi presiden dan ulama UG dah putar alam

    BalasPadam
  9. Ada baiknya dr. MAZA tubuhkan shj parti Islam baru dan bawa cara pemikiran Islam dan berdakwah mengikut keadaan semasa sekarang. Mungkin dia boleh bawa pembaharuan seperti mana Imam Hassan Al Banna boleh buat, lu Dr. MAZA pun boleh lakukan. Dr. MAZA, dah tibanya lu masuk arena politik i suggest. Wallahualam

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.