28 Okt 2014

[GAMBAR & VIDEO]: Laungan "Student Power" Sambut Anwar Ibrahim -updated


RRibuan pelajar dan orang ramai memasuki Universiti Malaya (UM) yang ditutup daripada dimasuki semua kenderaan setelah mereka berjaya memaksa laluan di sebelah pintu masuk Kuala Lumpur/Bangsar dibuka dan berarak ke kawasan kampus.

Mereka menuju lokasi di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara."

Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang mengatakan tetap akan datang ke universiti alma mater beliau dan menemui pelajar pada program itu walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu asalnya dijadualkan bermula jam 9 malam di Dataran Dewan Tunku Canselor dalam kawasan kampus.

Presiden PMUM Fahmi Zainol yang baru tiba memberitahu media UM tidak mahu memberi persetujuannya kepada program itu walaupun selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini.

Lintas langsung dari lokasi program:

10.28 malam – Anwar meninggalkan dataran. Semua yang hadir berjalan bersama beliau ke pintu pagar.

10.04 malam – Orang ramai bersorak apabila Anwar mula berucap.

9.51 malam – Keadaan gelap gelita sekitar Dataran Dewan Tunku Canselor di mana Anwar akan berucap. Tiada satu lampu jalan pun dipasang.

9.49 malam – Perserta program mencecah kira-kira 2,000 orang.

9.41 malam – Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah turut kelihatan di atas trak. Pelajar Fahmi Zainol juga bersama mereka. Orang ramai mula melaungkan "Hidup, hidup, mahasiswa! Hancur, hancur kezaliman!"

9.40 malam – Anwar tiba Dewan Tunku Canselor dengan menaiki sebuah trak pikap hitam yang dipandu perlahan, sambil melambai kepada orang ramai.

9.36 malam – Seorang pemimpin pelajar mengumumkan Anwar akan tiba tidak lama lagi. Keadaan kelihatan terkawal. Anggota polis masih tidak kelihatan.

9.31 malam – Pemimpin pelajar mula bercakap kepada hadirin dalam kawasan kampus. Mereka juga terus menyanyi dan melaungkan slogan. Bilangan yang hadir makin ramai apabila pelajar yang tinggal di asrama turut serta.

9.22 malam – Orang ramai diberitahu Anwar akan hadir dalam masa 5 minit.

9.20 malam – Pelajar berarak masuk melalui pintu masuk utama di Kuala Lumpur, melaungkan "Hidup Mahasiswa!", menuju Dataran Dewan Tunku Canselor.

9.18 malam – Pagar dibuka apabila orang ramai mula agresif dan berjaya memaksa ia dibuka.

9.08 malam – Pelajar mula mengambil giliran bercakap, menghangatkan keadaan sementara menunggu ketibaan Anwar. "Ini universiti rakyat," kata seorang daripada mereka.

9.01 malam – Seseorang mula mengkritik UM kerana mengeluarkan arahan terdahulu hari ini supaya kakitangannya meninggalkan kampus jam 4 petang kerana 'masalah bekalan elektrik.' "Bagaimana UM boleh dakwa ia universiti nombor satu di Malaysia? Bagaimana ia kata ia ikut Perlembagaan Persekutuan jika ia tak benarkan Anwar masuk?"

8.57 malam – Orang ramai mula menyanyikan lagu pelajar, termasuk berterima kasih kepada UM. Bilangan yang hadir mencecah 600 hingga 700 termasuk pemerhati. Tiada pegawai polis kelihatan.

8.49 malam – Pensyarah undang-undang UM Prof Madya Dr Azmi Sharom kelihatan berada bersama orang ramai yang hadir.

8.48 malam – Pengurusan UM membuka pagar di tepi bagi membenarkan pelajar dari dalam keluar.

8.39 malam – Wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Fazril Saleh berkata: "Apa yang kami lakukan bukan satu kesalahan. Tolong benarkan pelajar masuk berkumpul."

8.37 malam – Dua kumpulan kelihatan di kawasan kampus – satu berhampiran pagar dan satu lagi tidak jauh dari situ apabila pengawal keselamatan meluaskan sempadan antara pagar dengan penghadang ke 200m dari pagar.

8.36 malam – Kekecohan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur apabila pelajar cuba merempuh keluar.

8.32 malam – Orang ramai mencecah 500 di pintu masuk Kuala Lumpur, termasuk di dalam dan luar pagar. Pelajar mula melaungkan "Bangkit! Bangkit!"

8.30 malam – Johari cuba minta timbalan naib canselor membuka laluan tetapi nampaknya tidak berjaya. Aktivis pelajar Safwan Anang kelihatan berada di lokasi.

8.27 malam – Orang ramai mencecah 400 orang.

8.24 malam – Pelajar mula menjerit "Buka! Buka!" di hadapan pagar. Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul tiba. Beliau juga alumni UM.

8.22 malam – Sedikit kekecohan di hadapan pagar apabila pelajar dari dalam cuba keluar.

8.20 malam – Fahmi cuba berunding meminta mereka dibenarkan memasuki kampus. Timbalan naib canselor (pendidikan) juga hadir. Hujan makin lebat. Payung mula dibuka di sana sini.

8:15 malam – Pelajar dari asrama dalam UM dihalang keluar kampus. Mereka berkumpul di hadapan pagar yang dihalang pegawai keselamatan.

8:12 malam – Hujan mula lebat. Orang ramai mula mencari perlindungan. Kakitangan PKR masih cuba memasang sistem pembesar suara. Pikap PKR diparkir betul-betul di hadapan pagar utama UM di Kuala Lumpur.

8:04 malam – Pelajar dari UKM, UiTM dan UM antara yang hadir depan pagar utama. Khalilah Ismail, 22, berkata dia berada di situ bagi mendengar sendiri apa yang akan dikatakan Anwar, tidak hanya membaca mengenainya daripada sumber lain.

8:04 malam – Hujan rintik mula turun. Seorang lelaki kelihatan memasang sistem pembesar suara di atas trak pikap.

8:02 malam – Kira-kira 200 orang mula bergerak ke pintu pagar utama di Kuala Lumpur mengekori sebuah trak pikap PKR. Mereka berkumpul berhampiran trak itu, ingin tahu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalamnya.

7:57 malam – Lima pelajar dari HELP University mula sampai. "Ini negara kami dan kami mahu tahu apa yang berlaku."


Siswa, penyokong Anwar berhimpun di pintu pagar UM

Ribuan mahasiswa dan penyokong PKR merempuh pintu pagar Universiti Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan dirantai oleh pihak keselamatan sambil melaungkan "buka, buka" dan kemudiannya memasuki kawasan kampus.

Kemudian, mereka berhentikan berarak ke Dewan Tunku Canselor kira-kira 200 meter dari pintu pagar bagi menunggu ketibaan Anwar.

Sementara itu, kira-kira jam 9.40 malam Anwar bersama keluarganya sampai dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan mereka mula berarak ke Dewan Tunku Canselor.

Menyampaikan ucapan atas pacuan empat roda itu di depan dewan itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Fahmi Zainol mencerita sejarah perjuangan mahasiswa UM untuk rakyat.

Beliau juga bersedia berdepan tindakan displin daripada pentadbiran universiti selepas ini.

"Saya tahu pihak UM marah dengan saya. Saya sedia menerima hukuman termasuk dibuang universiti," katanya.

Kemudian, Anwar pula memulakan ucapannya dengan mempersoal pentadbiran kampus mahu menghalang beliau berucap di kampus itu

"Saya dihina dan dikeji 16 tahun. Apa salah saya datang bercakap di sini?" katanya sambil mengucap terima kasih dan tahniah kepada Fahmi dan pelajar UM.

Dalam ucapannya juga Anwar yang juga ketua pembangkang berharap pertuduhan berhubung kes liwat dilucutkan

"Saya wajib dibebaskan dengan menggunakan undang2 human right yang ada. Sheikh Al-Qardawi utus kenyataan kepada Anwar supaya lucutkan pertuduhan ke atas saya.

"Saya masih menaruh harapan hakim lucutkan pertuduhan kepada saya," katanya sambil memuji Fahmi Zainol kerana memilih untuk melawan.


Sebelum itu, keadaan hujan rintik-rintik mereka berkumpul di situ memandangkan pihak keselamatan kampus menutup pintu masuk ke kampus perdana untuk sebarang lalu lintas.

Ada juga di kalangan mereka membuka payung masing-masing.

Pentadbiran kampus itu tidak membenarkan pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya itu kerana tiada permohonan dibuat.

Antara pemimpin yang dilihat hadir MP Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sean bersama beberapa penyokong PKR menaiki sebuah kereta dan memasang sistem audio.

Turut kelihatan ADUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling, ADUN Rawang Gan Pei Nie, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shahrin, aktivis siswa Safwan Anang dan pensyarah Dr Azmi Sharom sebagai pemantau.

Mahasiswa dan penyokong Anwar turut melaungkan "student power" dan "hidup rakyat" sambil meminta pihak keselamatan membuka pintu pagar.

Ini kerana kelihatan sekumpulan pelajar dilarang meninggalkan kawasan kampus menyebabkan siswa yang di luar pintu pagar melaungkan:

"Lepaskan mereka, mereka juga mahu bersama dengan kami," kata mereka.

Pelajar yang awalnya dilarang keluar bagaimanapun dilepaskan selepas perbincangan diadakan.
-mk
















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





15 ulasan:

  1. kenapa buat perkara mungkar yang tak disukai UG

    BalasPadam
  2. TAHNIAH!!!!!ANAK MUDA MASA DEPAN

    BalasPadam
  3. TAHNIAH PADA SEMUA YG HADIR.....kerana Mu DSAI.

    BalasPadam
  4. potong bekalan 4 ptg & paksa staf blk awal,pelik bin ajaib....ini hanya kerja2 yahudi laknatullah!!!

    BalasPadam
  5. Semoga DSAI sekeluarga tabah dgn segala ujian Allah menentang sang Penguasa yg zalim dan angkuh.

    Mereka boleh merancang tapi perancangan Allah lebih hebat.

    BalasPadam
  6. Naikknya DSAI akan memalapkan peluang TGHH untuk menjadi PM Malaysia. Pelajar-pelajar kini sudah tidak menghormati Majlis Syura Ulama kerana menyokong perjuangan PasMa dan bersimpati dengan DSAI. Pelajar-pelajar sudah tidak wala' kepada Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya pelajar2 cerdik dah tak menghormati kaki ampu pemerintah. Itu yg sebenarnya.

      Padam
    2. Anon 12:20

      Cantikkkkk.....adu domba sorang cai UMNO.

      Takyah sebok pasai orang. Betulkan UMNO tu yang semakin malap. UMNO takkan kembali hebat jika Anwar kena penjara kerana penyakit UMNO penyakit dalaman, xde kena mengena dengan orang luar.

      Aku mmg xpaham mentaliti cai-cai UMNO ni...dia ingat dengan merosak dan mengadu domba pembangkang UMNO akan pulih dan kembali hebat. Cerita UMNO ni senang je sebab penyakit UMNO ni sama dengan PAS.M asaalah kepimpinan. Tukar dan turunkan pemimpin yang ada dan gantikan dengan lebih berwibawa dan berwawasan. Tapi ada ke UMNO pemimpin seperti itu? Masaalahnya juga sama dengan PAS...

      Padam
  7. tegakkan kebenaran.. bangga dgn keberanian yg ditonjolkan mahasiswa. mereka golongan terpelajar, bukan bahlul mcm menteri umno..

    BalasPadam
  8. Ini petanda zaman pemerintah UMNO akn berakhir yg kini diperintah oleh suku sakat keluarga diaorang. Kalau Indonesia sekarang boleh diperintah oleh presiden yg berasal dari keluarga miskin, malaysia mestilah diperintah oleh rakyat yg berasal dari keluarga miskin barulah diaorg faham susah payah rakyat malaysia macam mana

    BalasPadam
  9. Pelajar2 lepasan al azhar dan sekolah pondok wala' dgn geng ostad, MSU dan tuang presideng.

    Pelajar2 UM wala' dgn geng Erdogan n DSAI.

    Apa nak jadi pun aku tak tahu.

    Lantak korang lah.....

    Umporno cilakak yg suka....

    BalasPadam
  10. malaysia tidak akan mudah mencari pemimpin rakyat seteguh anwar. faktor ini amat disedari umno dan geng yahudinya.

    kerana itu anwar mesti dihapuskan walaupun terpaksa menerima bala Allah yg pasti tidak akan membiarkan kezaliman bermaharajalela.

    semuga DSAI dipeliharaNya dan semuga penzalim dihukum jua akhirnya, cepat atau lambat, ia adalah PASTI!

    BalasPadam
  11. Kat GB ni tak ada yang komen mcm ni
    "Ini lah pelajar melayu asyik dengan politik sedangkan anak cina sibuk belajar"

    Kata-kata tersebut hilang lenyap kerana yang berdemo di Hong Kong ia lah anak anak melayu yang tidak cermerlang dalam pelajara kerana sibuk dengan politik

    BalasPadam
  12. Tahniah anak muda

    Kamu adalah masa depan Malaysia

    BalasPadam
  13. senyap pulak Tak ada yang cakap macam ni " pelajar melayu ketinggalan dan ramai yang gagal dari kaum cina kerana pelajar melayu asyik berpolitik "

    ini kerana demo membantah kerajaan di Hong Kong juga di sertai oleh pelajar melayu

    anwar sudah berumur memenjara kan anwar dengan tidak memenjarakan anwar tetap sama bagi PR Sebaliknya UMNO yang nenghidupkan semangat rakyat dan reformasi

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.