22 Sep 2014

Ustaz Ridzwan: Saya Perwakilan Bukan Pemerhati!


Nota pemerhatian di muktamar PAS Ke 60 Oleh Ridzwan Abu Bakar

Pada 16 September, 2014, saya bertolak dari Alor Setar ke Kota Tinggi, Johor untuk mengikuti Muktamar Pemuda PAS dan seterusnya menyertai muktamar penuh PAS sebagai "Perwakilan" dari kawasan Kuala Kedah.

Bertolak ke Kota Tinggi dan Batu Pahat dengan membawa 3 persoalan dan 2 harapan besar.

Tiga persoalan itu ialah mengenai masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat, hala tuju dan garis panduan perjuangan PAS untuk jangka pendek bagi tempoh setahun mendatang, dan juga bagaimana kemelut dan krisis yang melanda PAS akan diuruskan pimpinan.

Manakala harapan pula ialah, semua kemelut yang berlaku akan ada jalan keluarnya dengan bimbingan dan pedoman dari ucapan dasar yang dikemukakan, serta saya juga mengharapkan motivasi diri untuk menggalas tugas jamaah akan meningkat apabila mendapat suntikan ilmu dan informasi dari pimpinan.

Selepas solat Maghrib, saya dan rakan-rakan menjadi pemerhati di Muktamar Pemuda PAS Malaysia.

Muktamar berlangsung penuh dramatik, ada pasukan sorak, provokasi melampau, ada adegan lari keluar dewan (pada sesi petang), cubaan menolak minit mesyuarat, diselangi dengan celahan provokatif dan kemuncaknya persoalan kecil seperti "kononnya" ada kawasan haram telah digempitakan.

Menariknya, muktamar ditangguhkan 10 minit, tetapi sesi penangguhan itu bertukar menjadi kuliah sejarah yang "dijulingkan", diselangi dengan laungan doa wehdah yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Tetap. Demikian hari pertama yang mewarnai muktamar .

Pada 17 September 2014, sebelum ketibaan perwakilan, saya dan rakan-rakan yang berstatus pemerhati telah terpacak di hadapan Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, untuk menghirup dan menikmati perbahasan dari adik-adik pemuda. Alhamdulillah, bakal penerus perjuangan PAS telah berbahas mengikut keupayaan mereka.

Saya simpulkan, isu-isu dalaman dan istilah haraki serta simpulan "laqab" haraki telah berkumandang dengan megahnya di dewan muktamar, beberapa insiden yang menimbulkan tanda tanya telah berlaku dalam muktamar tersebut.

Muktamar Pemuda bagi tahunan 2014 menutup tirai.

Pada 18 September, Muktamar PAS ke-60 dirasmikan dan ucapan dasar presiden bertajuk "Terus Beristiqamah" telah dikemukakan.

Selepas Zuhur, sesi perbahasan bermula, pelbagai idea dikemukakan. Ada pro dan kontra, ada sindiran, sesekali ada unsur hentakan dan kadang kala nada marah.

Semua perwakilan memberi tumpuan dan menilai hujah yang dikemukakan pembahas, kalau pun ada protes mungkin sesama perwakilan di tempat masing-masing dan kalau ada sokongan, diluahkan melalui laungan takbir, tepukan atau sorakan. Perbahasan berakhir dengan harmoni.

Pada 19 September, hari kedua muktamar diteruskan, perbahasan dimulakan oleh wakil Perlis disusuli beberapa perwakilan yang lain. Apabila sampai giliran wakil Wilayah Persekutuan, Dr Azhari Ariffin, beliau memulakan "perbahasan" dengan meminta para perwakilan menadah tangan berdoa memohon pertunjuk supaya konflik yang sedang dihadapi dapat diselesaikan.

Para perwakilan mengangkat tangan untuk berdoa. Dr Azhari pun memulakan perbahasan dengan gaya berdoa, ia berlanjutan sehingga memakan masa panjang dan melebihi masa diperuntukkan, lebih tragis apabila beliau menggunakan kesempatan itu menghentam pelbagai pihak dan jalur pemikiran yang ada dalam PAS, bahkan menggunakan ungkapan "nila berjenama Morib dan Hulu Kelang" dan menganggap mereka sebagai "pengkhianat".

Melihat "melampau"nya Dr Azhari dalam "perbahasan" gaya doanya dan juga telah memesongkan para perwakilan muktamar dengan mengunakan "doa", saya menuju ke rostrum dan menunggu sehingga beliau habis "berdoa" dengan diselangi "tawar menawar" masa dengan pengerusi tetap.

Saya ke rostrum untuk meminta Pengerusi Tetap Muktamar membuat "ketetapan" melarang pengunaan helah doa, kerana masa itu diperuntukkan untuk "berbahas", seharusnya beliau berbahas, amat berbahaya kalau "melampau" dalam perbahasan gaya doanya disertakan pula dengan sindiran dan hukuman dalam doa tersebut tidak dihalang. Ada peluang "berbahas", maka berbahaslah.


Saya "Perwakilan", bukan "Pemerhati".

ULASAN GB

Pertamanya GB mahu ucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada Ustaz Ridzwan Abu Bakar di atas tindakannya memberhentikan doa laknat oleh Dr Azhar bin Yaakub @ Ariffin. Ustaz Ridzwan bertatus "pemerhati" di Muktamar Pemuda tetapi "Perwakilan" di Muktamar PAS.

Laporan sebelum ini:

Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

"Saya minta pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini akhlak dalam jamaah Islam?

"Dan kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar dalam Islam.

"Kenapa kita perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut.

Tindakan Ustaz Ridwan tersebut dipuji kerana bertindak dengan ilmunya dan insiden tersebut juga memaparkan wajah sebenar golongan pro-ulama (sebelum ini dikenali UG) yang amat melampaui batas. Bermula dengan kumpulan 50 pemuda bervest hitam di Mutamar Pemuda keluar dewan semasa Timbalan presiden berucap dan cubaan menolak minit mesyuarat bagi menggulingkan Ketua pemuda.

Insiden merampas mikrofon oleh Unit Amal agak keterlaluan. GB selama ini amat mengkagumi mereka, tetapi apabila Unit Amal meluru ke rostrum mematikan mikrofon sewaktu Ustaz Ridzwan berucap sesuatu yang telah menyebabkan kredibiliti Unit Amal tercalar. Persoalannya: Pengerusi tetap tak bagi arahan pun untuk Unit Amal bertindak. Semasa pengerusi tetap menegur empat kali perwakilan Wilayah itu berdoa panjang tidak pula Unit amal mencabut Microfon tersebut. Apakah Unit Amal pada ketika itu sudah menjadi broker dan barua (meminjam istilah Tuan Presiden) golongan tertentu di dalam parti? Dimana keadilan?

Sebelum ini GB telah mengulas:

Camkanlah, dari dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang melampau batas.

Semasa muktamar tahun lalu, di dalam pemilihan Ketua Pemuda, golongan pro-ulama ini pernah meletakkan gambar anjing kepada calon yang tidak disukai oleh mereka malah menggelar Mat Sabu sebagai "Bapa Anjing".

Meletakkan namanya sebagai "Ulama Pemimpin Kami". Betulkah ulama mengajar mereka berkelakuan demikian?

Walaupun Setiausaha Agung PAS berjanji untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melampau batas itu, tetapi sehingga sekarang ianya senyap begitu saja.

Kemudian di dalam muktamar tahun ini, mereka bertindak meninggalkan dewan semasa Timbalan Presiden berucap.

Malah jika kita kita melihat dan meneliti tulisan-tulisan dan komentar-komentar golongan pro-ulama ini di dalam media sosial, mereka menggunakan kata nista dan memaki serta mencaci golongan yang bertentangan dengan mereka. Mereka memberikan gelaran-gelaran buruk kepada lawan mereka seperti "Anwarinas" (gelaran yang dipopularkan oleh Zulkifli Nordin yang telah dipecat dari PAS, ditujukan kepada golongan progresif di dalam PAS) dan pelbagai gelaran buruk yang lain.

Ironinya mereka ini mengaku mereka pendokong pro-ulama dan kumpulan yang menyokong "Presiden & MSU" tanpa memperdulikan akhlak buruk dan perbuatan dosa mereka melakukan demikian.

Dan hari ini kumpulan yang sama membaca doa mengutuk pula ke atas kumpulan yang tidak mereka sukai walaupun sesama ahli jemaah.

Mereka ketandusan hujjah, lalu memilih jalan singkat untuk melepaskan geram dengan mencaci maki yang pada mereka halal belaka. Kita ingin mengingatkan mereka bahawa Allah tidak suka kepada mereka yang melampaui batas. Terdapat 41 kali disebutkan di dalam Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Doa laknat yang mereka bacakan itu akan kembali kepada mereka sendiri.

Golongan pro-Ulama ini bebas lepas di dalam PAS, apatah lagi apabila mendapat sokongan moral dari Tn presiden sendiri apabila beliau turut menggunakan isitilah "broker" dan "barua" kepada dua ADUN yang dituduhnya tanpa bukti konon telah "dibeli" oleh PKR. Kemudian kumoulan pro-ulama ini memutarbelitkan kononnya istilah "beli" itu tidak merujuk kepada wang ringgit, tetapi dipujuk, dipengaruhi dan sebagainya. Walau apapun maksudnya, hakikatnyaa, dua ADUN PAS itu telah dituduh tanpa bukti dan diaibkan dan boleh diambil tindakan di mahkamah.

GB yakin Allah akan selamatkan parti ini dari golongan yang melampau batas itu walaupun yang melampau batas itu adalah Presiden sendiri yang kini ulamak terkekemuka dunia. Allah tidak memandang kedudukan itu, kerana yang mulia di sisi Allah ialah "muttaqin" walau dia tukang sapu sampah di jalanan. Muttaqin bukan pakaian di zahir yang digelarkan ulama atau ustaz tetapi muttaqin itu pakaian batin (hati) yang menjadi asas pertimbangan di yaumul masyar nanti seperti dijelaskan oleh hadith nabi saw:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim).









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





14 ulasan:

  1. bukankah doa menghancurkan ini adalah mainan bibir penganut pas? dulu doa KO BN smpi 1 stadium aminkan.. skrg doa tu dah mkn tuan..

    BalasPadam
  2. Respect ust ridwan, anda berhak diletakkan dlm pimpinan pemuda, bleh usul jd KP...ats kebenarian anda dlm menasihat golongan ulama wlaupun saya amat menghormati ust azhar yg sentiasa follow ttg kuliah beliau dr thn 98 lg..mna golongan yg lebih matang dlm muktamar, terdiam seribu bhsa, hnya mnjdi pak angguk.., amat memalukan !!!!!

    BalasPadam
  3. ulasan terbaik dari GB

    BalasPadam
  4. Tahniah anak jantan yang berani!!!! bukan pengecut sekejap lain kemudian lain???

    BalasPadam
  5. begini ke watak parti yang di katakan islam tu. islam pada namajer la. aku ramai jugak kawan kawan ahli pas ni apa yang aku nampak watak watak yang di tontonkan tak pun macam islam pun. cepat cepatlah keluar dari pr gabung dengan umno senang pr nak jalankan tugasnya.

    BalasPadam
  6. Nasib baik ada ustaz mcm ni. Tindakan beliau ini sekurang2nya membawa harapan aku kpd Pas. Kalau tak, mau aku keluar dr Pas

    BalasPadam
  7. Jom jadi pendakwah...cukuplah jadi pemikir sahaja

    BalasPadam
  8. PAS=PARTI AUTA SEMUA
    PAS=PARTI ANGKUT SEMUA
    PAS=PARTI AYUNG SEMUA
    PAS=PARTI AKU SAHAJA
    PAS=PARTI ASAM SALAK
    PAS=PARTI ACAH SAJA
    PAS=PARTI ANGGUK SAHAJA

    BalasPadam
  9. Geng uztaz ni jika berkuasa tak ubah spt perangai umno. Mereka tak akan beri peluang org lain memberi pandangan kerana tak berani berhujah. Dah nampak sifat mereka ni. Sebelum ni kita amat tak berpuas hati krn umno memonopoli media massa(utusan,bh,tv3 dsb). Suara mereka saja yg boleh dengar, org lain tak boleh! Malang sekali geng uztaz pun berperangai mcm tu

    BalasPadam
  10. dulu aku selalu juga ikut kuliah zohor ustaz wp tu. Bahasa melayu dia terlalu canggih sampai kita pun naik geli geleman. selalu kenen supaya org perasan yg dia tu DR..bukan ustaz saja..betulah dlm islam setinggi mana ilmu dia pun, kalau masih dok ada sifat riak, ujub dan merendahkan orang lain..maka jadilah mcm uztaz wp tu...

    entah entah dia frust kut sebab pas bagi lembah pantai kat pr...kalau pas punya dah tentu dia nak tanding..jadi yb katakan..

    jadi jika ada mana mana yb pas yg lain..next pru bagilah peluang kat mamat tu bertanding..supaya gelora dihati dpt dibuang...

    alshai ustaz ku....

    BalasPadam
  11. Yg gue gerun apabila sifat buruk disabitkan pada Islam, na'uzubillah.

    BalasPadam
  12. Ada hikmah disebalik kemelut perlantikan MB Selangor. Sekurang-kurangnya terzahir golongan2 UG yg terdpt dlm PAS. Juga terzahir sifat dan akhlak Ustaz2 yg sebenarnya dlm PAS. (Bkn semua)

    BalasPadam
  13. Mamat Azhari ini melalui management company dia cari makan dengan UMNO melalui kursus2 motivasi bercirikan Islamik. Dari website syarikat dia, banyak projek dia dapat dengan Kementerian Pendidikan.

    Business model dia lebih kurang Hassan Ali cari makan dengan UMNO berselindung belakang PAS dulu. Gaya doa pun sama, berbelit2.


    Inilah bentuk perang saraf yang menikam dari dalam.

    BalasPadam
  14. Barua yg rampas mic atas arahan siapa? Ini menunjukkan puak yuji dlm kepanasan desperado! 50/700 tak sampai 10%. Tunggu pemilihan tahun depan. Parti PAS bukan mak bapak dia punya. Adakah Islam untuk sesuatu kaum saja? PAS 4 ALL.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.