Hadi: PAS terus bersama Pakatan, tolak Umno
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus istiqamah mengadakan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.
Pada masa yang sama, beliau mahu rakan parti dalam Pakatan supaya tidak mengkhianati kerjasama yang terbentuk.
Beliau membaca sepotong ayat al-Quran yang menjelaskan syarat iaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini.
"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Terus beistiqamah" pada Muktamar PAS di Batu Pahat.
Beliau turut mempertegaskan bahawa dakwaan bahawa PAS akan menyertai atau bergabung dengan Umno adalah "tohmahan" dan "api fitnah" yang dicetus oleh mereka yang mahu memecah dan merosakkan perjuangan Islam.
"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah," katanya.
Mengimbau pengalaman PAS dalam mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sejak tahun 50-an, Abdul Hadi mengingatkan bahawa tahaluf yang dilaksanakan mesti memperkuatkan parti dan bukan bertujuan melemah sehingga mencetuskan pergaduhan sesama anggota parti.
"Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri.
"Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemimpin dan anggota parti supaya perjuangan Islam untuk mencapai kemenangan mestilah di atas landasan syarak dan memperolehi pahala di sisi Allah bukan sekadar politik biasa sebagaimana yang difahami oleh Barat.
Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi berkata politik Islam membenarkan tahaluf antara mana - mana golongan yang tidak memusuhi Islam sekaligus membuktikan Islam bukanlah agama ekstrem seperti yang dijaja media barat.
"Sebagai sebuah gerakan yang berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah, maka setiap langkah tahaluf kita mestilah mempunyai sandaran dan terikat dengan syarat-syarat tahaluf yang berpaksi kepada kedua sumber tersebut, tanpa merugikan kepentingan Islam.
"PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat, membuka ruang dialog dan wacana demi kebaikan dan masa depan umat Islam," katanya. -mk
ULASAN GB
Semalam Timbalan Mursyidul Am, Dato Haron Din dengan tegas meminta supaya kerjasama di dalam Pakatan Rakyat dikaji semula. Ucapan beliau semalam memberikan persepsi yang beliau sudah mahu PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana "tahaluf siyasi" sudah dikhianati. Beliau dilaporkan berkata:
"Sekiranya syarat (tahaluf siyasi) dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).
"(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci," katanya.
Belum pun sempat "tahaluf siyasi" dikaji semula seperti permintaan Dato Haron Din, hari ini Presiden PAS menegaskan PAS akan terus istiqamah mengadakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.
Kedua, di sebalik kenyataan Presiden PAS yang ingin PAS bersama Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin PR yang lain dari DAP dan PKR tidak hadir seperti di muktamar-muktamar yang lepas.
Presiden PAS menempelak rakan parti dalam Pakatan supaya tidak mengkhianati kerjasama yang terbentuk. Nak bersama Pakatan tetapi sempat menempelak rakan.
Ketiga, Presiden PAS berkata: "Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya.
"Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, kucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," katanya dalam ucapan dasarnya.
Jika tahaluf siyasi itu bertujuan memperkuatkan parti maka sepatutnya suara partilah yang perlu diikuti bukan menggunakan kuasa veto Presiden sendiri untuk membenamkan suara AJK PAS Pusat kerana AJK PAS Pusat itu dipilih oleh parti melalui muktamar dan mereka mewakili suara ahli bawahan.
Keempat, presiden berkata lagi, menjalinkan kerjasama politik juga bukan bermakna PAS perlu menyerap ke dalam sistem parti lain dan meminggirkan matlamat perjuangan PAS.
Tiada siapa yang kata kita nak masuk PKR atau DAP. Ia hanya tohmahan golongan taksub pihak tertentu. Kita berada dan ingin terus berada di dalam Pakatan dan sepatutnya kita perlu bijaksana di dalam menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan di dalam Pakatan. Jika benar rakan-rakan Pakatan telah mengkhianati kita seperti yang didakwa Presiden, maka perlu apa bertegas lagi duduk dalam Pakatan?
Siapa yang sebenarnya mengkucar-kacirkan Pakatan dan siapa yang menyebabkan ahli-ahli PAS sanggup berlawanan sesama sendiri?
Ini dipetik dari pandangan seorang bukan Islam yang mungkin mewakili majoriti kaum bukan-Islam lain yang telah muak dengan pendirian PAS yang sentiasa berubah-ubah.
Apa pandangan dan usaha Tuan presiden untuk memperbaikinya?
Ada yang berpendapat ucapan Presiden hari ini adalah untuk mengelak dirinya dari menerima nasib Dato Asri yang ditolak ucapan dasarnya di Muktamar ke 28 di DBP pada tahun 1982 dulu.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
boleh caya ker cakap Hadi? berapa kali dia dah uturn uturn uturn....
BalasPadamBro.u fhm tak apa makna U turn kalo dah bnyk kali wat n ulang.
PadamMaknanya:U Turun.awak turun.
bila utusan meloya boleh dimuka depan pamer besaran pic harun din fikir sendiri la !banyak pemimpin parti islam lain cakap lain bikin daa ! ABU & gerombolan pro-'UG' tetap ditentang sampai mati !
BalasPadamsorry tghh..your words can't be trusted anymore
BalasPadamDia ucap begitu sebab nak selamatkan diri dan memastikan kuasa tak terjejas. Itu hanya cover je sedangkan tindakan menunjukkan sebaliknya. Bijak jugak. Tapi selalunya ianya takkan bertahan lama kerana bila diasak bertalu-talu, akhirnya dia akan mengaku juga. Persoalannya ialah adakah orang yang akan mengasaknya sehingga dia mengaku.
BalasPadamKalau dia terus macam ni, alamat kucar kacir lah parti dan PR sampai pilihanraya akan datang.
Kalau masih mahu bersama PR, mengapa masih menyokong MB yang berstatus BEBAS di Selangor? Bukankah itu CAKAP TAK SERUPA BIKIN namanya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamYg jadi panduan Pas saharusnya al-Quran dn Hadith saw,tapi pda sebahgian ahli2 semua panduan tersebut bolih dibatal atau modify olih kemahuan dn kata2 Hadi,bukan hadis.
BalasPadamFikirkn lah!
Tahaluf al fulus
BalasPadamDengar... boleh, percaya... jangan.
BalasPadamKluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn, Kluek klek kluek klek kluek klek.... U Turn,
Sekali dua kali bolehlah kau lolong serigala nak makan kambing... masuk tiga kali kambing dengan gembala kambing kita bagi jadi makanan serigala.
Menyalak pun tarak guna, Mana USUL TAK PERCAYA PADA PRESIDEN!!!!! JK PAS tolak Presiden!
BalasPadamhttp://wrlr.blogspot.com/2014/09/ucaptama-hadi-tiada-yang-baru-untuk.html
BalasPadamtahalus siyasi atau bahalul baghali?
BalasPadamhadi tahu majoriti ahli pas tak sokong dia, mula buat u-turn takut tersingkir?
BalasPadamHadi boleh ceramah sepentas dengan UMNO masa kempen Pengkalan Kubor? baru tahaaluf siyasi
BalasPadamEntahlah, macamana ada lagi nak percaya dgn kata-kata Hj Hadi ini. Sebelum ini aku tak pernah menyampah....tapi sekarang ini memang aku tak boleh nak caya langsung.Memang sampah dan cirit yg keluar dari mulut dia.Sedih aku kerana aku pernah menganjungnya dulu.Selama 3 tahun setiap pagi jumaat aku naik kapcai dari Dungun dgn seorang kawan untuk mendengar kuliah tafsirnya di Rusila....
BalasPadamMasallahnya dlm pas ru tu sendiri .Ada org umnooo.berlakun ahli pas.
BalasPadamSiapa mengkhianati siapa sebenarnya?
BalasPadamPAS dah mengkhianati PAKATAN semasa PRU13 lagi dengan meletakkan calonnya berlawanan dengan calon PAKATAN?
Kenapa TGHH masih suka berbelit-belit? Ini bukan TGHH yang aku kenali? Benarlah ingatan orang-orang dulu. Anak, Isteri, ... akan menjadi fitnah bagi diri kita kalau tidak diurus dengan betul.
Setiap yang berakhir dengan huruf "...IT" sangat menarik, sedap rasanya, seronok, ... sehingga boleh tercabut serban.
Kita, orang Islam, diminta muhasabah diri setiap hari sebelum "kiamat" kecil (tidur). Prinsip orang Islam ialah Hari ini lebih baik dari kelmarin. Amalan baik semakin hari semakin meningkat. Jangan biarkan diri kita hidup dengan fitnah sama ada fitnah itu dicipta musuh atau terjelma dari tindak tanduk kita sendiri.
Fitnah yang masih bermain di sesetengah orang PAS iaitu Melayu tu Islam dan Islam tu Melayu. Bagi depa, mempertahankan Melayu tu sama seperti mempertahankan Islam sedangkan Islam melarang sifat perkauman. Fitnah kan. Satu saja lagi yang belum terfikir oleh ultra Melayu iaitu mendirikan TANAH PERKUBURAN MELAYU.
Susahlah nak terima....tapi apa yang diutarakan dlm ucapan itu sebenarnya adalah tindakan2 yg telah Presiden PAS sendiri lakukan. Meminta rakan lain tidak khianat, tetapi Presiden PAS lah yang khianat dlm isu selangor...khianat trhadap kputusan majlis presiden PR...dan khianat lg apabila mahu mengangkat KI sbg MB walau telah ditendang PKR. Selamat ber'sesumpah' ibarat menepuk air di tempayan terpercik ke muka sendiri. Renung2lah ucapan Presiden wahai ahli2 PAS kerana itulah wajah PAS yg dibawa oleh Presiden...tidak perlu utk ingatkn PKR dan DAP kerana kini PAS yang nampak sgt berserabut dgn tahalufnya...
BalasPadamBukan susah utk divisualise kehadapan apb sudah berkali2 masuk lobang BIAWAK yg penoh BANGKAI khianat AUTA belit U-turn n FITNAH!?
BalasPadam=biar sitolol bahallol trus walaq
=biar sama2 sibahallol puji memuji sbg ulamak fakeh lg suci
=biar sesama ulamak tolol masing2 syok PERASAN diri sndiri tu BAHALOL
Klu tahap KUCING KURAP hingusan pon dah dpt ESOS 500,000
-cukup hanya baca doa arab
-buat KHIANAT kat D'sara
mcm mane pulak dgn exco2 dan PJ Pas selangor??? Oh! itu RAHSIA..
klu diBUKAK mamposss!!!
Inilah antara sbbnya TAK mau Wan Azizah jd MB, sama mcm TAK mau tukar Azizan Rzak wktu jd MB Kedah!?
Kerana..
Ddlm lobang BIAWAK itu..
itu lobang BIAWAK..
lobang BIAWAK..
bnyk BANGKAI!
BANGKAI!!
juta2!
Klu dah ularrrrMAK bermain & memakan BANGKAI...lebih baik trus jd BIAWAK drp pusing2 BELIT2 AUTA akhirnya masuk lobang BIAWAK jugak!!
mengapa maseh lg mau AUTA belit2.. TAK cukup ka AUTA fitnah pil Kuda?
TAK cukup ka belit U-Turn pusing mcm ular mcm kelin?
Apa guna diBIBIR cakap PR @ pakatan-RAKYAT ttpi..ddlm HATI ada..
ada TAMAN..TAMAN..TAMAN BIAWAK
TAMAN bangkai BIAWAK
bersantai dgn BANGKAI hasil kongsi dgn SETAN2 yg dikenali..
mati idup balik TAK ku percaya lg dgn spesis ini!
Dgn izin ALLAH kita dpt tengok muka spesis "islam" jenis ni kat hari Mahsyar diakhirat nanti..insyALLAH..
Puak UG dah test power masa Muktmar Dewan Ulama ooooooooooi depa steady, sebab tu 'kita perlu kaji semula tahaluf...........'
BalasPadamMuktamar Dewan Pemuda... test punya test 50/700 je keluar dewan. Apa ke jadah tak sampai 10% nak memperjuangkan UG... sekarang ucapan pun dah berubah.
Maka hari ini ucapannya ialah "KITA AKAN TERUS BERPAKATAN, KATAKAN TIDAK PADA UMNO".... tapi tengoklah dua tiga hari lagi..... UUUUUUUUUUUUUUUUU Turn.
ELOK PUAK-PUAK 50 TU TUBUH 'PARTI U-TURN SEMALAYSIA'.
Bila Tuhan turunkan kesakitan kepada kita, bermaksud adalah tujuan dan matlamat mengapa kita yg dipilihnya. Ingatkah anda bilamana Hadi terlantar sakit di Turki? Tidakkah terkejut kita apabila Najib mengumumkan bahwa Putrajaya akan meminta jasa baik kerajaan Turki utk memberi pertolongan kepada Hadi di sana. Ingatkah tuan2 apakah yg pernah dipesan oleh almarhum Fadzil Noor dulu? Apabila musuh.... (sila sambung sendiri). Mohon Muktamar sila muktamatkan perjalanan politik Hadi dan rakan UG nya dgn kadar segera. PAS FOR ALL NOT FOR HADI N CO!!!
BalasPadamSiapa yg khianat? Kalau masih mahu bersama PR kenapa tak sokong DSWA sbg MB?
BalasPadamminta maaf. susah untuk aku percaya.... w/pun yg bercakap itu berserban.
BalasPadamGeng UG semua kecut telur bila bertemu dgn ahli2, suara tak ada langsung . mana pi suara lantang geng ug ni masa krisis bukan main hebatnya terutama Vellfire tu .
BalasPadamKenyataan telah di buat oleh TGHH. Majulah kehadapan. Sebagai mukmin, berlapang dada dan terimalah.
BalasPadamTidak elok di panjang-panjangkan dgn pelbagai sangkaan kerana yg seronok ialah syaitan.
Banyak lagi kerja2 yg perlu dilakukan dlm memartabatkan Islam di Malaysia.
Di ketika pertelingkahan di S'gor ini, berapa ramai bayi luar nikah di di buang. Apakah kita mempunyai jawapan.
Di ketika pertelingkahan di S'gor ini, berapa ramai rakan-rakan bukan Islam yang meninggal tanpa syahadah.
Apakah kita mempunyai jawapan.
kpd Anon 6:19PM
BalasPadamanon 6:19PM..
NIAT kamu molek sgguh
kamu elok sgt pi jumpa Hadi Awang suruh dia TOBAT NASHUHA jgn sesekali
-tipu auta pusing2
-fitnah
-khianat
-lepaskan lah jawatan tu org MUNTAH
pesan kat hadi suruh dia ucap SYAHADAH yg tak dok lagi tipu AUTA pusing2 u-turn BELIT khianat dan FITNAH..bulih ko?
Kod anon 6.19pm.....menyelesaikan masalah yg dibangkitkan anda itu pun PAS tak buat apa pun....hudud dah senyap sebab dah serah kpd Umno. Tak perlulah nk back up...media Umno dah jual geng 50 pemuda dan ucapan dr. Harun din siang malam sebagai modal. Tak perlu malu bila silap langkah tapi malulah bila lidah bercabang kata bertingkah.
BalasPadamUcapan Presiden PAS cuma kata-kata. Kita perlu memantau sejauh mana Presiden PAS mengotakan kata-katanya.
BalasPadamSelepas keputusan MB diketahui, DAP dan PKR agaknya akan bermesyuarat untuk membuat keputusan samada PAS perlu disepak keluar dari PR atau tidak. Kalau disepak keluar, mingkin PASMa diminta ambil ganti tempat PAS dalam PR. Selepas itu strategi baru untuk PR 14 disusun semula bersama dengan PASMa bukan bersama PAS lagi.
BalasPadamUcapan penuh kepalsuan dari hj hadi.siapa yang khianat?
BalasPadamPresident yg telah menzalimi amanah
BalasPadamRakyat ( majorities )
Setiap ayat yg keluar Dari mulut Rakyat adalah doa,
Pikir lah sendiri apa yg Rakyat katakan masa ini,
Segeralah bertaubat sebelum
Terlambat.
Lepaskan lah Kalu tak mampu pikul,
Kepentingan dunia tak menjamin
Ketenangan dunia dan akhirat.
Cukup le pimpin keluarga,
TGHH menghentam Pakatan Rakyat dalam ucapan, mengenai UMNO senyap saja?????
BalasPadamsiapa musuh Presiden? PAKATAN RAKYAT atau UMNO?
BalasPadam