Timbalan presiden PKR Azmin Ali SAH dilantik sebagai menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Azmin sudah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak istana, kata sumber yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR itu.
Sumber tersebut memberitahu, surat rasmi itu diterima lebih kurang pukul 5 petang tadi memaklumkan Azmin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada pukul 10 pagi.
"Warkah lantikan sudah terima pukul 5 tadi. Pergi angkat sumpah esok 10 pagi. Jam 7 pagi raptai," kata sumber.
Surat perlantikan itu disahkan sendiri oleh Mohamad Munir ketika dihubungi wakil media di ibu pejabat PKR di sini.
Menurut surat itu lagi, majlis angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi Selasa.
"Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih," katanya.
Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu itu menjawab spekulasi yang tersebar mengenai beliau akan mengangkat sumpah untuk jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Selangor serta 'ditemuduga' secara berasingan pada minggu lalu.
Selain beliau, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.
Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10 pagi esok.
Sidang media dijangka diadakan oleh Azmin sebagai MB baru sejurus selepas majlis angkat sumpah.
Beliau juga dijangka akan menemui beberapa pemimpin parti dan pemimpin tempatan esok.
"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjalani hari terakhir beliau hari ini (Isnin)," demikian malaysiakini dipetik.
Satu lagi sumber PKR memberitahu Azmin hari ini mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan taklimat dan mendapatkan "restu" akhir dari beliau dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergegas ke ibu pejabat parti itu selepas memutuskan perlu diadakan mesyuarat tergempar berhubung perkembangan terkini berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.
Mesyuarat Biro Politik parti itu diadakan selepas satu mesyuarat 'biasa' yang dihadiri beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar.
Perkara itu dimaklumkan Azmin yang terpaksa berpatah balik selepas kira-kira 40 minit meninggalkan bangunan itu.
Katanya, ia merupakan mesyuarat biro politik yang akan dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, mesyuarat yang dijangka bermula pukul 5 petang itu akan turut disertai Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita akan adakan mesyuarat tergempar pukul 5 petang yang akan dipengerusikan oleh presiden... ketua umum (akan hadir)... mengenai perkembangan terkini...," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat PKR di sini, Isnin.
Ditanya adakah perkembangan terkini melibatkan isu menteri besar di Selangor, Azmin berkata: "Ya, ya, ya."
Bagaimanapun beliau menambah: "Saya tidak tahu... ini mesyuarat khas tergempar pukul 5."
Antara yang dilihat memasuki ibu pejabat PKR ialah Naib Presiden, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI
Alhamdulillah.. selesai satu hal. Tak perlu PAS bersusah nak pikir nak terima atau tidak. Harapnya selepas ini semua ahli PAS boleh buang sifat curiga mencurigai.. Jangan label melabel dan timbulkan fitnah. Marilah kita saling bantu membantu dalam satu saf kepimpinan yang kukuh.
BalasPadamSesungguhnya ini semua adalah perancangan Allah. Menguji kekuatan jiwa dan keutuhan jemaah kita.
Ingatlah, Allah maha memerhati dan mendengar setiap perbuatan dan perancangan kita.
jangan melatah lagi.terimalah lantikan sultan ni.Kalau tidak kemelut akan berpanjangan dan tidak mustahil sultan akan bubarkan dun.Rakyat sdh muak dgn kemelut ini.jgn diulangi lagi.Jernihkan keadaan Demi Rakyat.Dgn terlantiknya Azmin sebagi Mb akan membuatkan Umno terkedu menjelang Pru 14.Tadbirlah dgn cemerlang jika mahu PutraJaya diTawan.
BalasPadamkalau dr awal terima keputusan pas calonkan wawi dan azmin senang cerita,kan?
BalasPadamkan dah kena barua !!! degil lagi....
Alhamdulillah. Memang Sultan bijak. Tetaoi Azmin perlu rancang stratefu jitu tepis hasutan barua UMNO yg berselimdung sebalik nama NGO upahan BN. Org yg gelar diri sebagay nutsyid Tibai dan Zul Kuloum akan terus mengancsm, kerana mau upah sebagai anjing salak UMNO. Ini belumm lagi Penyimpan Mohor Enam Kotak dan mutsidul Am MUNIANDY.
BalasPadamTapi pas selangor nak minta juga timbalan mb.
BalasPadamGreeding president barua!
Apa pun yg terjadi, Allah telah memperlihatkan kpd kita siapa sebenarnya hadi awang, harun din, din ayam, tantawi dan beberapa lagi akan siapa sebenarnya mereka.
BalasPadamTahniah YB Azmin Ali
BalasPadamDiharap YB akan kekalkan level professionalisme yang sama seperti Tan Sri Khalid. Kepentingan Rakyat Selangor seharusnya diutamakan melebihi kepentingan parti.
Selamat berkhidmat.
Alhamdulillah doaku pada tahun 2000 semasa aku menjawat jawatan Ketua Jabatan sebuah Agensi kerajaan diSelangor selalu melihat YB Tn.Azmin yg baik hati sempat berbual dengannya didepan Dewan Undangan Negeri ....dalam hati aku berdoa suatu hari nanti pasti YB Tn.Azmin menjadi MB...masa itu pegawai2 kerajaan sangat takut mendekati ADUN Pembangkang......DSAI idolaku in shaa Allah sampai keakhir hayatku....takbir
BalasPadamBuat proses baru perlantikkan exco . exco lama dipencenkan dan memberi laluan kepada exco baru yang mempunyai iltizam baru dan berbeza (REBRANDING). Bersihkan dari isu-isu lama , pertingkatkan kebajikkan untuk rakyat , kurangkan gaji exco . Susun-semula PKR di Selangor , biar mantap bersama DAP yang banyak berkorban menyokong Pakatan Rakyat . Berkhidmat lah untuk rakyat dan jadikan Selangor contoh terbaik dari PKR dan DAP . Jangan jadikan Selangor seperti syarikat , macam yang lepas .Kesian PAS berputih mata dan gigi .... he he he ..
BalasPadamPkr kena akorlah pekenan sultan.jangan buat hal lagi ( pkr ).jaga Selangor baik 2
BalasPadammalu besar PAS... kali kedua hantar nama-nama yg pelik-pelik.. sultan pun pening.
BalasPadamPok hang barua..
BalasPadamin response to kalau dr awal terima keputusan pas calonkan wawi dan azmin senang cerita,kan? kan dah kena barua !!! degil lagi...., by Amano.
Ya syukor, pasni jgn lupa berentikan semua adun yg ada sblm ni dan gantikan yg baru. Harap dpt lantik 2 adun yg dituduh sebagai DIBELI tu jadi exco. Tambah lagi 2 exco pas yg mesra pakatan rakyat skit. Yg kuat membodek dan suka bermuka2 (baca geng UG) tu campak je keluar. Buat busok nama PAS je...
BalasPadamAzmin adalah orang yang sangat teliti dalam kerjanya.
BalasPadamLantik YB Hasnul dan YB Saari jadi exco berdasarkan daya juang mereka
BalasPadamSaya berpendapat setakat hri ini Azmin adalah Anwar, tak lebih tak kurang. Bersediakah dia lari telunjuk bossnya? Saya simpati dgn Anwar kerana pencalonan isterinya sebagai MB tidak diperkenan oleh DYM Sultan Selangor. Langkah Kajang yg dicipta oleh PKR, bukannya PAS, tidak membuahkan hasil yg diidamkan. Itulah yg dikatakan silap langkah buruk padahnya. Org lain yg menebas org lain yg dpt laluan.
BalasPadamTuan
BalasPadamSegalanya dah selesai. Semua pihak PKR & DAP kena terima hakikat ini dan meneruskan baki mandat yang ada.
PAS Selangor rasanya dapat keputusan ini. Yang kita bimbang PAS puak TGHH dan geng UG nya takut masih tak puashati. Dibuatnya helah TGHH menuntut jawatan TMB Selangor untuk PAS, akan haru biru lagi le. Harap2 dia pun redha dengan keputusan baginda Sultan Selangor.
Sudah lumrah alam pd zaman ini, siapa bijak jadi 'enau dlm .....' dan 'menangguk di air keroh' merekalah yg dapat pangkat, jawatan, kemewahan dan serba-serbi.
BalasPadamOrg nak komen kamu pun nak komen, Tapi kamu tak tahu berpolitik. Politik adalah strategi. Azmin juga adalah proksi Anwar dan Wan Azizah. Anwar sengaja tidak meletakkan nama Azmin kerana dia tahu PAS akan mencalonkan Azmin kerana PAS tidak akan terima calon wanita. PKR tidak meletakkan nama Azmin untuk tidak menimbulkan sebarang tentangan awal terhadap beliau. So perancangan itu berjaya.
BalasPadamin response to Saya berpendapat setakat hri ini Azmin adalah Anwar, tak lebih tak kurang. Bersediakah dia lari telunjuk bossnya? Saya simpati dgn Anwar kerana pencalonan isterinya sebagai MB tidak diperkenan oleh DYM Sultan Selangor. Langkah Kajang yg dicipta oleh PKR, bukannya PAS, tidak membuahkan hasil yg diidamkan. Itulah yg dikatakan silap langkah buruk padahnya. Org lain yg menebas org lain yg dpt laluan. by Anonymous
Jangan terlampau confiden. Mungkin esok boleh U-turn.
BalasPadamnama je azmin.. tp jd bayang2 si nuar tu jugak. bosan lah selagi ada si nuar tu dalam politik malaysia.. x habis2 cerita pasal dia. dia tu sapa??? awat hebat sgt kah?.. sedar lah sikit..
BalasPadamAlhamdulillah. telah tertulis sejak azali lagi jawatan ini. Tahniah YB Azmin. Teruskan perjuangan
BalasPadam