3 Sep 2014

Husam Dedah Ada Pihak Rancang Bentuk Kerajaan Bebas-PAS-UMNO Di Selangor

Kerajaan PAS-Umno di Selangor pancingan Umno

SAYA ditanya tentang desas desus pembentukan Kerajaan PAS-Umno-Ex PKR di Selangor.

Saya katakan, bukan sahaja sukar tetapi mustahil.

Baik dari sudut bilangan, prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka pendek dan panjang serta dinamisma parti-parti yang terlibat.

Untuk Ex PKR diterima menjadi ahli PAS bagi mencukupkan bilangan untuk digabungkan dengan 12 Adun Umno menjadikan bilangannya 29 bagi membentuk kerajaan minoriti, perlu diputuskan oleh AJK PAS Pusat.

Saya tidak nampak keahlian mereka akan diluluskan oleh PAS Pusat. Banyak sebab asas kenapa saya berpandangan demikian tetapi rasanya tidak perlu dihuraikan di sini.

Pokoknya, keahlian mereka tidak akan diterima.

Untuk permohonan mereka diangkat ke dalam mesyuarat PAS Pusat, mereka mesti terlebih dahulu secara rasmi keluar dari parti mereka.

Saya tidak fikir, jika ada, mana-mana pemimpin PKR akan mengambil risiko sedemikian.

Kalau ada orang bertanya kenapa mustahil bagi PAS Pusat menerima keahlian bakal Ex PKR, jawabnya sama seperti disebut oleh Presiden PAS sendiri semasa merasmikan Nekad hari ini (2 September) - itulah PAS. PAS berbeza dari parti-parti lain.

Saya tahu ada usaha terancang dari setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS. Khususnya dari team TPM.

Team ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno.

Dalam Umno, jika Presiden menetapkan satu agenda tertentu, MKT akan bersetuju dan perhimpunan Agung Umno hanya akan menunggu untuk mengangguk.

PAS tidak sama.

Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi. Majlis Syura sekalipun tidak boleh mengatasi Muktamar.

Tidak mudah untuk Umno menguasai 2/3 kawasan-kawasan PAS seluruh negara untuk menguasai Muktamar. Hasrat utama team ini adalah mencapai dua pertiga di Parlimen dan seterusnya meluluskan tambahan kerusi Parlimen yang kononnya memperkuat kuasa politik Melayu.

Selangor adalah umpan terdekat mereka.

Pelbagai helah dicari untuk memisahkan ikatan PR. Jika PAS sudah berpisah, fikir mereka, mudahlah Umno masuk meminang.

Masalah utama strategi mereka adalah tidak cukup bilang.

Dulu PAS mempunyai lima belas Adun dan Umno ada 12. Jumlahnya 27. Campur TSKI, komplot ini hanya memerlukan tambahan satu orang Adun sahaja lagi.

Melengah-lengahkan penyelesaian di Selangor memungkinkan satu dua orang lagi dapat dipancing.

Namun, trend yang kuat wujud supaya dua Adun yang membuat kenyataan terbuka menolak TSKI dan mengambil keputusan memperkuat kerajaan PR di Selangor untuk dipecat.

Malah, secara tidak rasmi, mereka sudah tidak dibilang sebagai Adun PAS. Dengan itu, dari lima belas, bilangan Adun PAS susut menjadi tiga belas.

Gagalnya TSKI mengajak rakan Adun yang lain memerlukan calon alternatif.

Untuk mengekalkan TSKI, mustahil untuk mendapatkan Azmin. Ia ibarat mendapatkan khutub utara, terlepas khutub selatan.

Team Umno tadi cuba meneroka untuk mencicirkan TSKI dan memancing tokoh lain PKR.

Jika PAS hendak dilihat menerajui Selangor, Umno kena mengizinkan tokoh bakal EX PKR itu menyertai PAS.

Saya telah jelaskan tadi, ia akan buntu. Mereka tidak akan diterima sebagai ahli PAS. Jika mereka tidak diterima sebagai ahli PAS, pilihan mereka adalah samada berdiri sebagai Adun bebas atau menjadi ahli Umno.

Jika Ex PKR dibiar berdiri sebagai Adun bebas, sukar bagi PAS dan Umno untuk menjelaskan kepada orang ramai bagaimana mereka boleh mendokong Adun bebas sebagai MB sedangkan parti mereka mempunyai kerusi yang lebih banyak.

Jika mereka menjadi ahli Umno, terlepaslah peluang PAS mendapat post MB Selangor dan tiga belas Adun PAS Selangor terpaksa berketuakan Umno dalam sekelip mata.

Rasanya, pengundi mereka dan ahli PAS akan mengutuk mereka dan hiduplah mereka terlaknat sepanjang masa.

Dari sudut bilangan dan strukturnya sahaja pun, ia sudah mustahil.

Apa lagi, dari segi hukum dan amalan demokratik, tiga belas Adun PAS harus diberikan kebebasan, dalam situasi itu, sama ada untuk sama bersekongkol dalam persepakatan pintu belakang seperti itu atau membebaskan diri mereka.

Jika kebebasan diberi, rasanya bilangan tiga belas itu boleh susut tinggal separuh.


Kerajaan Bebas-PAS-Umno atau Kerajaan Umno-PAS tadi akan runtuh sekelip mata juga.

Kerana itu, saya ingin meyakinkan rakyat Selangor dan Malaysia amnya, tidak ada mana-mana pemimpin PAS akan terfikir perkara itu.

Ia sebahagain dari khayalan Umno dan itu pun team tertentu dalam Umno.

Team ini masih dalam rangka agenda dalaman mereka sesama Umno.

Itulah sebabnya team PM tidak berminat sepenuhnya dengan apa yang cuba diatur.

Mendapatkan PAS melalui pintu belakang Selangor bermakna akan berlaku garis pemisah politik Malaysia yang sangat menakutkan.

Umno mendapat tambahan sokongan pengundi Melayu dengan dukungan PAS melalui pencabulan moral politik itu. Tetapi kesannya adalah akan menjarakkan lagi sokongan pengundi bukan Melayu kepada BN.

Pengundi bukan Melayu terpaksa terus menyokong PR tanpa PAS. Malaysia terbelah dua.

PAS akan menjadi parti yang malang kerana Islam yang universal untuk melindungi semua kaum dan menjadi teraju utama politik Malaysia akan memencilkan dirinya kembali di dalam politik kemelayuan sempit untuk dekad-dekad yang panjang.

Serangan T Mahathir terhadap Najib ada asasnya. Selain skandal 1MDB yang telah terperangkap dalam hutang bukan untuk kepentingan negara sebanyak berbillion-billion ringgit, Najib gagal memulihkan kepercayaan majoriti rakyat Malaysia sampai hari ini.

Setakat yang saya ikuti perbincangan pelbagai kumpulan strategik Umno, masalah terbesar Umno kini bukan sangat parti-parti PR tetapi telah menjadi satu trend umum bahawa Umno ditolak oleh rakyat atas nama dan sifat mereka sebagai Umno. Rakyat yang menolak UMNO.

Najib gagal pada mata Tun M.

Jika Umno mahu diselamatkan, Najib kena diundurkan.

Dalam rangka itu juga lah sesetengah team dalam Umno melihat peluang dari keadaan di Selangor sekarang. Tinggal lagi, mereka gagal memahami PAS sepenuhnya dalam rangka gerakan strategi mereka.

Jika Tun M melepaskan semua pelurunya, Najib tiadk mungkin dapat bernafas panjang.

Apa pula pendirian pimpinan PAS?

Kerajaan Selangor adalah sebahagain dari kerajaan PAS juga. Exco-exco dari PAS mendapat gaji dan elaun dari Kerajaan Selangor. Hingga kini mereka masih berada dalam kerajaan.

Untuk bekerjasama dengan Umno, ia akan melanggar sekian banyak prinsip, kaedah, cara dan proses.

Secara mudah, ia telah dijelaskan melalui kenyataan akhbar SUP Presiden PAS bahawa usaha mewujudkan Kerajaan PAS-Umno-Azmin tidak wujud.

Kita bertolak dari jaminan Presiden PAS itu kerana orang Islam, seperti kata Nabi Muhammad s.a.w, tidak akan sama sekali berbohong.

Kini, semua parti dalam PR perlu duduk bersama menguruskan isu di Selangor. Lupakan Umno.

Ia perlu diurus.

Tanpa diurus, dua Adun PAS misalnya telah mengambil pendirian sendiri. Saya difahamkan, sepanjang masa itu Perhubungan PAS Selangor tidak pun bersidang.

Dalam pengalaman PAS Kelantan, lazimnya dalam situasi sebegini, semua Adun diuruskan.

Hari-hari yang tinggal, jika tidak diuruskan dengan baik, memungkin segala kemungkinan, termasuk pembubaran Dun Selangor.

Jika Dun Selangor dibubar, semua parti khususnya PAS mesti melihat unjuran politik yang bakal diterimanya. Saya tidak ingin menghuraikan unjuran itu di sini.

Dalam pendekatan politik Islam, tidak ada pelepasan perasaan, atau dalam bahasa lain, memuaskan nafsu geram dan marah, sehingga mengundang mudharat dan menolak maslahah.

Jika atas apa jua sebab syar’ie PAS tidak boleh mencadangakan calon MB dan mengambil langkah menyerahkan kepada budi bicara Tuanku Sultan sehingga PAS terkesan kehilangan Selangor, pada hemat saya, ia jauh lebih tidak syar’ie lagi.

Malah rekod kepimpinan PAS kerana gagal menguruskan isu ini dengan cara yang sebaik-baiknya, termasuk saya, akan kekal hitam untuk tempoh yang lama.

Bagi Saudara Azmin, sekalipun namanya saya sebutkan di sini untuk tujuan perbincangan, saya terkesan dengan kata-kata ringkas semasa pertemuan sebelum mesyuarat PR pada 17 Ogos lalu: ‘Saya nak pastikan Kerajaan Pakatan Rakyat kekal.’

Saya kagumi sikap dan pendirian beliau.

Sebenarnya bukan untuk kita, tetapi untuk perjuangan kita yang masih panjang di hari muka. -HD










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





15 ulasan:

  1. klu ahli ahli Pas x faham lgi agenda trsmbuyi umno utk brgbung ngan pas slgor x taulh nk dketogerikn puak pas yg myokng pyatuan ini dlm gelaqp.bwalh bfikr sejnk pglmn paht pas smasa dlm umno dlu, dn andai kta pas dn umno selgor bgabung mendpt mndt memerintah minta umno line up barisn kpimpnan ahlli ahli exco kanan srta jwtn dtawr adkh memihk dn menguntgkn pas.pada hemat sya pas hya akan mjdi puppet sja dlm gabugn ini. fikr fikrlh jgn dgr gurh dlgit air tmpyn dcurhkn.

    BalasPadam
  2. patutlah MB Kelantan sekarang singkir Husam, kerana Husam bijak dan berfikiran terbuka

    BalasPadam
  3. kalau tak berterus terang pun ramai yang tahu agenda Hadi dan UG, Singkir saja dalam muktamar

    BalasPadam
  4. Husam jangan engkay Cuba nak fitnah ulama pas mulia suci. Mereka memang contoh agama baik yang tidak buat tipu Tikam. Kita mesti sokong ulama pas supaya tiada masalah lain.

    BalasPadam
  5. Kita tengoklah nanti. SU Presideng kata tidak wujud rancangan untuk bekerjasama dengan UMNO-Azmin.

    Kalau Presideng cakap bohong kita boleh terajang dia beramai-ramai.

    BalasPadam
  6. Bukankah itu juga impian puak UG dalam Pas?

    BalasPadam
  7. Ulama itu manusia biasa. Ada nafsu dan buat dosa. Ulamak munafik paling bahaya tak boleh buat kawan. Presiden Pas letak jawatan atau jawatan Presiden dicabar. Pas akan terus cemerlang lg dihormati oleh semua bangsa.

    BalasPadam
  8. setuju dengan saranan anom 10:52AM,kalu masih tak nampak sejak dulu dah kena main dengan gerombolan karat biru ,lagi menyondol hidung yang tak mancung tuu ! bersihkan parti islam dari juak-juak pengkhianat abu lahap yang berjuang untuk kerajaan perpaduang ! ABU !

    BalasPadam
  9. tghh terpaksa pikir krjaan ug kerana kedegilan anwar nk lantik bininya jd mb. pas akan hilang byk kerusi next pru jika dswa jadi mb. rakyat sgor yg x suka dswa akan salahkan pas kerana bersekongkol memalukan negeri sgor menjadi negeri pertama bermbkan wanita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rivaldo

      Di cut n paste rebuttal seorang pengkomen dari blog MSO kepada komen tuan.

      MNA August 28, 8.24 AM

      Tuan MSO, saya setuju juga dengan pandangan tuan agar PKR dan Dap berkompromi dalam soal calon MB Selangor. Ia semakin berserabut bila Pas menyokong Khalid. Berrtambah serabut bila kenyataan Pas berubah-ubah. Kenapa DSWA dicalonkan, saya konsisten menyatakan bhw pandangan masa depan politik DSAI sangat jauh dan pastinya sudah dihidu oleh pemimpin-pemimpin BN. Pemimpin-pemimpin lain dalam PKR bukan tidak boleh, siapa pun boleh menjadi MB, tetapi ada mereka ini tahan dan tekal dengan pelbagai godaan khususnya daripada pemimpin-pemimpin BN dan UMNO. DSAI melihat itu dan percaya hanya isterinya yg tidak akan mengkhianati, tetapi malangnya Pas pun ada cita-cita tersendiri. Saya fikir kalau ketiga-tiga parti hanya bersetuju dengan satu nama, sultan tiada pilihan lain. Jangan tersilap pilih. Jangan ulangi kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Sabah. Bila sudah BN mengambil alih sesuatu kerajaan, semuanya akan berakhir kerana mereka merancang menggunakan pelbagai taktik keji untuk menang dan kekal berkuasa. Kemelut ini sebenarnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh pemimpin-pemimpin BN, dan paslah yang rasanya akan merealisasikan hasrat mereka. Bagi PKR dan DSAI yg sudah begitu masak dan lama dengan taktik BN, dia tidak akan membuat kesilapan lagi seperti mana pemilihan TSKI yang suka melakukan sesuatu itu secara bersendirian tanpa persetujuan parti dan pemimpin-pemimpin lain.
      Kalau PR hendak terus berkuasa maka seorang calon yg dicadangkan menjadi MB haruslah yang boleh dipercayai dan tidak mungkin akan mengkhianati parti dan rakyat.

      http://msomelayu.blogspot.com/2014/08/berhentilah-jadi-degil-dan-jenguk-ke.html?m=1#comment-form



      Padam
  10. hello rivaldos... dah nampak pas kalah kat selangor ker? mmg pas selangor akan kalah teruk dlm pilihanraya akandtg bukan sebab rakyat s'ngor tolak Wan Azizah tetapi menyampah dgn sifat pas selangor yg nakkan sgt dgn umno.

    in response to tghh terpaksa pikir krjaan ug kerana kedegilan anwar nk lantik bininya jd mb. pas akan hilang byk kerusi next pru jika dswa jadi mb. rakyat sgor yg x suka dswa akan salahkan pas kerana bersekongkol memalukan negeri sgor menjadi negeri pertama bermbkan wanita by rivaldos

    BalasPadam
  11. Husam memang pemimpin yg cerdek pandangan Polotik. Sebab tu kat Kelantan do cantas Husam. Cara gaya pandangan berbeza dgn puak2 yg ade kat Kelantan la ni. Masa saja tentukan Husam akan jdi pemimpin dalam Pas Kelantan yg bergaya Subhanallah

    BalasPadam
  12. Husam pemimpin Pas Kelantan yg ade gaya tersendiri. Bukan Ahli2 Pas yg gila kuasa nk jdi Menteri

    BalasPadam
  13. presiden pas wajib ditukar...

    ini sama berlaku di zaman datuk asri yg mana asri melawan arus politik yg dikhendaki oleh ahli dan rakyat...

    pemuda pas diwaktu itu lah yg bergerak dan merancang utk menjatuhkan presiden..

    ketua pemuda pas pusat ketika itu adalah tidak dan tidak bukan orangnya tuan guru nik aziz sendiri

    ahkirnya timbulah kepimpanan bersama ulamak...
    pas dilihat terus bersinar dan berkembang sehingga sekarang...

    tetapi perkembangan sekarang presiden ingin mengulangi sejarah asri dlm kpimpinan...

    tidak mengendah hasrat org parti bawahan dan rakyat...

    yg menjadi masalah sekarang pemuda pas begitu lembik untuk menegur...
    hanya keras bergaya dgn vellfire..

    perubahan pucuk tertinggi parti wajib ditukar..
    untuk kebaikan parti dan masa depan rakyat...

    INSYAALLAH......

    BalasPadam
  14. PAS yang dulu bukan sama dengan PAS yang sekarang. no hope sudah, keluar dan tubuhkan sahaja parti Islam yang baru dan ensure ahli baru nanti berfikiran moden sama ada dari golongan ulama mahupun profesional. No method zaman 80an sebab method 80an hanya sesuai untuk zaman itu shj if lu guna maka lu orang paling bodoh sekali apatah PAS still nak bergabungkan UMNO yang sememang confirm ramai ahli Freemason di dalamnya.

    TGHA, lu pernah cakap bahayanya gerakan freemason. Sekarang lu nak bergabung dengan parti yang paling banyak ahli freemason yg keahliannya dirahsiakan tak kira team PM ataupun TPM. lu fikirlah sendiri.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.