21 Sep 2014

Hj.Hadi Beri Bola Tanggung Kepada Media UMNO, Huru-harakan Pakatan


Ucapan penggulungan Hadi berita buruk buat Pakatan
ANALISIS BERITA OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Pemerhati dan pihak media pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-60 semalam dikejutkan dengan kemarahan yang ditunjukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya.

Kemarahan itu, seperti juga isi kandungan ucapannya, bukan petanda baik untuk PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tiga hari lepas, ucapan dasar Hadi penuh dengan keterbukaan dan belas ehsan terhadap semua, baik penyokong mahu pun pengkritik.

Sebaliknya, kenyataannya pada hari terakhir muktamar yang penuh dengan rungutan dan kemarahan itu ialah tentang bagaimana beliau akan memastikan PAS ikut rentaknya sendiri apabila berhadapan isu dasar dan tadbir urus, walaupun ia sebahagian daripada sebuah gabungan.

Beliau tidak cuba membentuk kesepakatan antara dua puak bersaing dalam PAS, iaitu golongan konservatif dan golongan progresif. Sebaliknya, Hadi mempertahankan puritanisme yang mempengaruhi cara puak konservatif dalam partinya beroperasi.

"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan. Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan.

"Ahli PAS mesti faham ada perbezaan. PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti," katanya dalam ucapan penggulungannya.

Walaupun beliau tidak menyatakannya secara khusus, Hadi sudah cukup membayangkan yang PAS akan menerima jawatan menteri besar Selangor sekiranya dipilih Sultan.

"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar. Walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar, walaupun tiada perjanjian bertulis, tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja.

"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri."

Hadi merujuk keputusan yang dibuatnya menghantar tiga nama ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor ke istana, salah seorangnya Adun PAS.

Keputusan itu disokong Majlis Syura Ulama yang besar kuasanya, tetapi tidak dipersetujui Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

AJK PAS Pusat memihak kepada rakan dalam Pakatan, iaitu PKR, dan mahu nama presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dihantar kepada Sultan bersama dengan timbalannya Mohamed Azmin Ali.

Hadi pernah menyebut sebelum ini yang PAS akan akur dengan apa saja keputusan Sultan Selangor.

"Ucapannya agak beremosi. Seolah-olah selama ini beliau memendam rasa di dalam dan akhirnya ia pecah keluar tiba-tiba," kata seorang AJK PAS Pusat selepas muktamar berakhir.

Menurut pemimpin PAS yang tidak mahu dinamakan itu, tidak seperti ucapan dasar Hadi, ucapan penggulungannya seperti melepaskan kemarahan kepada pengkritiknya dalam AJK Pusat.

"Beliau tidak langsung mengiktiraf sesiapa pun di antara kami, kecuali mungkin seorang," katanya.

Hadi secara jelas menyatakan dia berhak membuat keputusan sebelah pihak yang difikirkannya sendiri walaupun bertentangan dengan kemahuan AJK Pusat.

Beliau juga menekankan parti itu mesti dipandu ajaran Al-Quran dan Sunnah mengikut tafsiran Majlis Syura.

Ini bertentangan dengan pendirian AJK Pusat yang mengatakan hujah agama mesti diseimbangkan dengan fikiran yang logik dan rasional.

Bagaimanapun, sesetengah pemimpin PAS seperti Nasrudin Hassan dari golongan "ulama" mengalu-alukan ucapan Hadi.

"Tujuannya ialah untuk memperkuatkan kita dari dalam, supaya kita ada pendirian sendiri apabila berurusan dengan Pakatan.

"Ini akan bantu kita mempertahankan diri dari tuduhan yang PAS hanya menjadi pak turut kepada rakan parti dalam Pakatan."

Seorang lagi pemimpin kanan PAS berkata, nada ucapan presiden membawa maksud pertelingkahan akibat krisis menteri besar Selangor tidak selesai dalam masa terdekat.

"Ia boleh berlanjutan hingga tahun depan dan mempengaruhi pemilihan parti kita," kata pemimpin itu yang juga tidak mahu dikenali.

Tetapi, pada jangka sederhananya, sekiranya Hadi berpegang teguh kepada keputusannya menerima menteri besar dari PAS, ia bakal memecahkan Pakatan.

"Jika menteri besar dari PAS, sudah tentu beliau akan menghadapi undi tidak percaya dari PKR dan DAP," kata seorang pemimpin DAP yang enggan mendedahkan identitinya.

Hal ini kerana ia bertentangan dengan kesefahaman yang dicapai Majlis Presiden Pakatan dalam memutuskan kerusi menteri besar Selangor adalah milik PKR.

Sekiranya menteri besar dari PAS itu menerima usul undi tidak percaya dalam sidang DUN pada November, ia mungkin menyebabkan pilihan raya negeri.

Dan PAS dijangka menerima kesan paling besar, sesuatu yang disedari kepimpinan parti.


Dalam ucapannya, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata daripada 15 kerusi DUN Selangor dimiliki PAS, 9 daripadanya dimenangi dengan majoriti kecil.

Husam memberi amaran pilihan raya negeri pada ketika ini bakal memusnahkan parti.

Lapan daripada kerusi PAS itu mempunyai populasi bukan Islam yang sangat besar. Tanpa sokongan DAP dan PKR, PAS bakal berhadapan dengan kehilangan undi yang besar.

"PAS mungkin tidak sedar bahawa rakyat yang meletakkan Pakatan di mana ia berada sekarang. Mereka percayakan PAS kerana sangka PAS dapat memberikan sesuatu yang lebih baik.

"Namun jika ia (pilihan raya negeri) berlaku, kepercayaan itu akan hilang," kata pemimpin DAP itu.
-TMI


KOMENTAR DI PORTAL BERKENAAN
Sila klik jika kurang jelas



ULASAN GB

Jika guru kencing, berdiri, murid akan kencing berlari. Bila Presiden boleh bermaki-maki, pengikut akan buat lebih lagi. Satu jari menunjuk orang BARUA, dia terlupa empat jari menunjukkan diri sendiri.

Dan nampaknya Hj.Hadi memberi bola tanggung kepada media UMNO & BN apabila semua media arus perdana menjadikan ucapannya dengan BROKER, BARUA sebagai tajuk utama akhbar hari ini. Tahniah Hj.Hadi dan para pengampu (barua?)nya !

Masa ucapan pembukaan bahasa cukup lunak, kata akan terus bersama Pakatan Rakyat. Tiba-tiba di masa ucapan penggulungan amek kau, BARUA pun dihamburkan. PKR sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Entah bagaimana ahli PAS bawahan nanti hendak bekerjasama di bawah payung PR apabila Presiden telah memporak-perandakan hubungan parti-parti PR dengan tempelakan-tempelakan sedemkian. Haji Hadi mungkin terlupa bahawa PAS juga berada di dalam kerangka sistem yang sekular yang menyebabkan PAS juga bersaing di dalam pilihanraya yang merupakan nadi kepada sekularisma itu sendiri.

Perhatikan di media sosial, rata-rata ahli PAS kecewa dengan ucapan Hj.Hadi berkenaan. Hanya segelintir yang menyokong. Belum pernah berlaku senario sebegini. Membuktikan kepimpinan Hj. Hadi ini telah ditolak ahli parti. Hukum kebenaran akan berjalan, Hj Hadi perlu mengundurkan diri.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





32 ulasan:

  1. Bukan bola tanggung, tapi satu rancangan yang telah berjalan lancar. Kpi dia dan menantu tercapai

    BalasPadam
  2. Dato Tuan Ibrahim adalah calon terbaik sebagai presiden Pas yang baru. Beliau mempunyai ketokohan mirip almarhum Ustaz Fadhil Noor. Seorang yang sederhana, pernah menjadi selebriti TV, pengalaman beliau dalam Abim, bakat pemimpin warisan selaku anak saudara TGNA dan ilmuan agama serta tokoh akademik ketika menjawat pensyarah kanan di UiTM meletakkan Dato Tuan Ibrahim sebagai calon terbaik untuk memimpin Pas di era yang mencabar ini. Pas boleh disatukan kembali oleh pemimpin seperti beliau.


    BalasPadam
  3. HADI DAN SEKALIAN BARUANYA AKAN DIHUMBAN KE DALAM NERAKA JAHANAM APABILA MENGKHIANATI "AMANAH" YANG DIBERIKAN RAKYAT KEPADA PR.

    BalasPadam
  4. BARUA BARUA BARUA dijadikan sebagai wirid baru, diajarkan oleh naib presiden ulama sedunia... huhu..

    BalasPadam
  5. akhirnya kekallah nanti perkataan BARUA untuk para penyokong Hadi sebab Hadi yg memulakannya...

    BalasPadam
  6. Haji Hadi patut letak jawatan SEKARANG juga. Sepatutnya Haji Hadi satukan 2 pasukan yg tidak sependapat. NI tak, Haji Hadi keruhkan lagi suasana dan berpihak ke satu pihak. Dah tu haji Hadi nak UG ngan UMNO. PECAT haji hadi kalu tak aku keluar PAS

    BalasPadam
  7. Presiden paling barua yg PAS pernah ada. maafler, tercakap jgk sebab presiden yg ajar ckp mcmtu...

    BalasPadam
  8. Siapa calon president.??????

    BalasPadam
  9. Saya masuk PAS sejak tahun 1989, diikuti isteri dan anak-anak saya. Buat masa ini saya dah tak berselera lag untuk mengikuti apa-apa perkembangan PAS, rasa macam dah meluat.

    BalasPadam
  10. GB

    La hang pi menyorok kat mana selama ni sampai tak tahu. MEMBERI BOLA TANGGUNG KEPADA MEDIA UMNO UNTUK MENGHENTAM PR adalah antara kemahiran TGHH yang paling hebat. Top 3.

    Kemahiran no2 dia akan kata apa saja untuk mengelak batang tengok dia kena sepit. Bila line sudah clear dia koner baring tanpa rasa bersalahpun. Kita lihat benda dah berkali2. Dalam mesyuarat JKPP 17 ogos, belum orang lain kata apa2 lagi dia dah cadang nama DSWAWI dan Azmin Ali sebagai calon MB. Keluar mesyuarat, bila dia dah terlepas dari kena balun, dia koner baring ( bukan tipu ekk...berbeza tu).

    Kita tengok sekali lagi semasa muktamar. Masa perasmian, cantik punya cakap. Perwakilan dah sejok hati. Batang tengok dia selamat lagi. Time penutup, tudiaaaa dia dajalkan kata dia sendiri!

    Inilah yang akan terus dilakukan TGHH. Dia s3benarnya dah hilang kelayakan untuk kekal sebagai Presiden PAS walaupun untuk sehari lagi!

    BalasPadam
  11. Anonymous said...
    Siapa calon president.??????
    ******************

    Ramai ada.

    Kalau dari kalangan ulama: Ustadz Ahmad Awang, Ustaz Tn Ibrahim Tn Man, Ust Abd Ghani Shamsuddin...

    kalau dari kalangan Professional: semua professional dalam AJK PAS Pusat layak.

    BalasPadam
  12. Hadi kata PKR sekular pragmatic,DAP sekular socialist,jadi Pas Hadi apa?
    Parti Islam apa.....engkar janji,guna ajaran islam ditafsir utk suaikn kepentingan diri,tidak hurmati tatasusila jiwa islam.....Pas Hadi sekular isin kn?
    Cakap tk serupa bikin,orang kata.
    Berbelit macam ular(ma) kena palu.

    BalasPadam
  13. Anon 2.44, aku pun rasa yg sama

    BalasPadam
  14. Sudah sampai masenye haji hadi mengundurkan diri...
    Satu ucapan penggulungan dari seorang presiden PARTI ISLAM yang sungguh memalukan!!!

    BalasPadam
  15. Bhai GB...

    Nampaknya Hadi Awang akan dikenang sebagai satu-satunya Presiden PAS yang failed ...

    Kesian kat dier dan broker ayamnya.... Hehehehe

    BalasPadam
  16. Kalau barua boleh berpolitik maka lebih popular drpd panda cina.

    Lagi hebat president dapat kecam mereka adalah barua. It take a barua to know another barua.

    Terima kasih president barua aka broker menantu esos.

    BalasPadam
  17. hadi, esok suruh din ayam mintak saham lagi 500k ye...kalau straight forward kapirkan pkr & penyokong boleh la mintak saham 2 juta...takat barua ngan broker tu saham 500k je layak la...

    hadi, neraka jahanam tu lu punya ka? gua tengok lu dah macam ayah pin pon ada...

    BalasPadam
  18. Banyak anak Muda tidak tahu apa tu "barua", Sekarang adanya president mulia, tengok muka dia dengar cerama dia maka dah tahu apa tu "barua"

    Very educational

    BalasPadam
  19. Keyakinan untuk system 2 Parti impian rakyat Malaysia akan lebur jika kepimpinan PAS terus begini....

    BalasPadam
  20. Bro GB,memang tak lepas ikuti perkembangan hangat kemelut MB ni,kira yg last ni ultimate bila timbalan ulama sedonia keluar cakap barua dan broker.kupasan Saudara terbaik dan pembuka mata ahli PAS totok yang idolised hamba Allah pak mertua bos agama kumpulan peransang ...kaut la abis abis reta rakyat marhaen negeri kami,satu sen kami x halal...tayang la ostaz keta bmw tu,undi akak utuk PAS tak reda pun!syabas GB expose lg biar kita tau true color ulamak 2 tamak reta donia dalam PAS ni...

    BalasPadam
  21. Baru dapat timbalan ulamak sedonia cakap BARUA.
    Kalau dah naik taraf ulamak sedonia nanti ada yg kena HARAMJADAH.

    BalasPadam
  22. jarum umno berjaya...pru 14 boikot...

    BalasPadam
  23. Tak tahu nak komen apa.yang pasti menyampahnya aku tengok muka Hj.hadi.mustafa Ali.nasaruddin Tantawi.Dr.Khairudin.Nik Abdoh,Nik Amar dan ramai lagilah ulamak jumud.Tak tahu mnegapa tiba2 je menyampah.aku ni ahli pas seumur hidup.aku tunggu sekiranya golongan profesonal keluar aku adn keluarga akan keluar Pas.

    BalasPadam
  24. Jika menegakkan kebenaran digelar barua. Jika berpegang pada janji dituduh pengkhianat. Jika sifat setiakawan dituduh munafik. Kami redha. Kerana kami mencari keredhaan Allah dan rasulNya. Bukan pada seorang presiden yang menuduh orang sesuka hati tanpa bukti. Biarlah. Akhirat jualah tempat kita. Dunia hanya pinjaman. Ya Allah, jauhkanlah kami dari fitnah dunia dan fitnah di alam kubur. Aamiin. Adakah saudara-saudara telah lupa bagaimana Abu Jandal r.a. telah dikembalikan kepada kafir Makkah kerana Rasulullah S.A.W. menghormati perjanjian hudaibiyyah. Betapa berpegang pada janji amat dititik beratkan dlm Islam walaupun pada orang kafir.

    -RSM-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam kes ini kafir bukan Alasan untuk tipu janji tipu undi. . Dalam DAP Ada melayu beragama islam. Di PKR lebih 70% melayu Islam.

      Padam
  25. aku nak tukar dari ABU = asal bukan umno kpd ABH = asal bukan hadi

    BalasPadam
  26. ABU = Asal Bukan Umno
    ABU = Asal Bukan Ulamak

    BalasPadam
  27. Presiden ni tak sedar ke dia tengah rosakkan keyakinan pengundi pada pas, dan malangnya ini menjejaskan pakatan rakyat. Yang paling rugi rakyat sebab tiada lagi yang dapat menggugat umno bn. Kalau terus macam ni umno bn boleh kekal berkuasa dengan selesa untuk satu masa yang lama lagi..

    Teringat aku masa penamaan calon pru lepas, ada sorang mak cik ni senyap2 je bukak gelang dia dan letak dalam bekas derma dana pru yang dikutip pas hari tu. Dia perasan kot aku dok tengok, dia mai kat aku dia cakap dia harap pr dapat la ubah negara ni untuk masa depan anak cucu dia..'barang ko-pelan (makin) mahal, serba serbi naik la ni.. masalah macam2.. tak tahu la zaman anak cucu mak cik esok macammana.." lebih kurang cam tu la dia cakap.

    Bila tengok pas skrg, geram pulak aku rasa.. kan bagus kalau mak cik tu simpan je gelang dia. Bukan diorang kat atas tu pikir pun orang susah macam kita ni mak cik.. diorang dok rumah selesa, kereta besar, takde masalah duit, kita nak beli ikan kembong sekilo pun pikir dua tiga kali.. kalau sakit demam diorang boleh dapat rawatan terbaik sampai ke luar negara.. kita ni harap boleh beli air jampi je la.. diorang pegi mekah dua tiga kali sesenang je.. kita ni bertahun kena berjimat..

    Mungkin mak cik tu tak kecewa sebab dia redha, dia ikhlas.. tapi yang aku bengang sangat sebab orang yang bercakap bab dosa pahala syurga neraka tu la yang khianat, yang musnahkan harapan rakyat macam mak cik tu.. Buat tindakan yang melemahkan pihak sendiri dengan sendirinya menguatkan lawan.. bila kalah senang je cakap Allah tangguhkan kemenangan kita.. padahal salah sendiri.. macam tak komited nak tumbangkan musuh. Dan yang paling menyedihkan, usaha menarik masyarakat ke arah islam jadi lebih susah.. bukan setakat orang bukan islam, orang islam sendiri pun rasa jelik nak dekat dengan pas sekarang ni..

    Bila selesai acara masa penamaan calon hari tu,aku tengok mak cik tu beredar naik kapcai dengan laki dia.. tak lama lepas tu hujan turun. Macam mana perasaan mak cik tu sekarang ni ye.. Aku doakan mak cik sejahtera dunia akhirat.

    BalasPadam
  28. pas sepatutnya lebih jiwa besar dan semangat toleransi yg tinggi. tidak beriman (sempurna,)kamu sehingga kamu berkasih sayang. apa hal ni dah boo memboo,conteng menconteng pulau memulau, fitnah, doa laknat,hambur kata kesat. jgn cite ckp dolak dalik, khianat setiakawan dan perjanjian.mana ulama pas utk tegur hal ini. aku kini berlepas diri dr pas selagi pemimpinnya x berubah.

    BalasPadam
  29. wahai baghal2 sekelian, komen lah dgn beradab dn berhemah krn itu yg diajar oleh nabi SAW dan bukan menulis mengikut etika zionist yahudi!

    BalasPadam
  30. Rindu Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Ustaz Hassan Shukri. PAS dulu tak macam ni...

    BalasPadam
  31. kalaulah arwah ust fadhil noor dan ust hassan shukri ada tak jadi lagu ni.set ganu memang turun temurun tak boleh pakai sebab tu pas ganu tak menang menang perasang jah lebih.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.