4 Sep 2014

[GEMPAR] Hadi Mahu Exco PAS Sebagai MB Selangor?


Hadi mahu exco PAS jadi MB Selangor, lapor akhbar

Krisis menteri besar (MB) Selangor bakal bergolak lagi selepas PAS dilaporkan menghantar nama tiga ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) mereka untuk jawatan tertinggi negeri itu.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star Online melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama kepada istana Selangor untuk dipertimbangkan sebagai MB Selangor.

Sumber memberitahu akhbar itu, Hadi sendiri menandatangani surat yang dihantar ke istana Selangor itu.

Menurut akhbar berkenaan, tiga nama yang dihantar Hadi untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut The Star Online, seorang pegawai kanan Hadi "tidak menafikan surat sedemikian dihantar" tetapi mengatakan biarlah pemimpin parti yang memberikan kenyataan.

"Ini adalah perkara sulit dan saya tidak boleh berbincang mengenainya," katanya seperti dilaporkan The Star Online.

Langkah PAS ini akan meretakkan lagi hubungan parti Islam itu dan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP, yang hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor.

Hadi dan Majlis Syura PAS sebelum ini secara terbuka menyokong Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor walaupun PKR dan DAP mahu menggantikan beliau.

Bagaimanapun, selepas PKR memecat Khalid, PAS pada 17 Ogos mengubah pendiriannya dan bersetuju menyokong Dr Wan Azizah, tetapi turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon pengganti Khalid. -TMI


Hadi wants Selangor MB post for PAS

PETALING JAYA: The Selangor Mentri Besar crisis has taken a new twist – PAS is believed to have submitted the names of its three executive councillors for the post.

The letter from PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was sent before the Sept 3 deadline given to submit “more than two names” for the post following Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim’s sacking from PKR, according to state sources.

They said that Hadi personally signed the party' letter to the palace, naming three of the party’s exco members in the state administration as candidates.

The three are Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Ahmad Yunus. The other PAS member in Khalid's exco is Dr Halimah Ali.

When The Star contacted a senior aide of Hadi for his comment, the aide did not deny such a letter was submitted, saying that it was up to the party’s leadership to make a statement on the matter.

From left: Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Ahmad Yunus

“These are confidential matters and as such, I cannot discuss them,” he said.

The letter will be seen as an affront to the consensus agreed by the other Pakatan Rakyat allies - PKR and DAP - which had agreed to submit only PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail’s name to the palace for consideration.

PAS has insisted that more that two names should be submitted in accordance with request of the palace.
-The Star


ULASAN GB

Jika benar berita di atas, keputusan Mesyuarat AJK PAS pun dah tak digunakan. Tiba-tiba PAS tuntut jawatan MB. berulang lagi sejarah hitam Kota Damansara. Siapa yang tandatangan watikah?

Katakanlah berjaya (rasanya mustahil) .... agak-agaknya berapa lama boleh bertahan sebagai MB?

KATAKAN TIDAK KEPADA KERAJAAN PERPADUAN!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





32 ulasan:

  1. Mmg betol tp su kata dah tarik balik....hai fenin..fenin tgk gelagat pas....ape dah jd

    BalasPadam
  2. Siapa yg tak nak pangkat kan..huhu

    BalasPadam
  3. Pas akn terhukum pada pilihanraya ke 14...

    BalasPadam
  4. Biarkan lah pkr memerintah.... kecuali kehendak tuanku nakkan PAS memerintah... Jgn bg keputusan ikut telunjuk sendiri... telunjuk pemimpin lain Mcmna... yg penting majoriti

    BalasPadam
  5. Tuan,

    Ini perkara besar. Kita jangan terlebih teruja takut2 tidak benar. Cukuplah sekadar pandang serius perkara ini dan tunggu maklumat sahih. Jika betul, berapa lama nak sorok, orang akan tahu juga. Jadi sabar skit dan jangan over react sangat hingga hilang tatasusila.

    Kalau betul nanti, aku pun akan tumpang sekaki untuk hentak pertualang2 ni.

    BalasPadam
  6. PAS MB Selangor..!!!!

    TAKBIR..!!!

    TAKBIR..!!!

    TAKBIR..!!!

    TAKBIR..!!!

    Erk, macam ada orang yang tak suka je.. Pelik..

    BalasPadam
  7. anon 3:15

    aku ahli pas. aku suka PAS sbg MB Selangor. Tetapi aku tak suka jawatan itu diperolegi dengan tikam rakan-rakaan lain di dalam pr. Aku tidak suka jawatan itu diperolehi dgn khianat dan dengan cara yang tidak demokratik.

    BalasPadam
  8. kepada az ha 3:01pm, ko sape nak hukum, ? ko bukan presiden pun! TGHH lebih mengetahui dari ko, sebenarnya masa depan PAS 2014 cuma Allah yg tahu,kalau ko tak suka ,ko belh dari PAS dan join DAP utk usahakan PAS di hukum, meh kite tengok betapa besarnya kuasa ko nak huklum PAS. Podaaaah cit. syirkun.

    BalasPadam
  9. TERIMALAH HAKIKAT ADA KUMPULAN DALAM PAS TIDAK LAGI MAHU BERSAMA PR. MEREKA MENERIMA PAKAI PERINTAH SULTAN SAHAJA. SULTAN SURUH SETIAP PARTI HANTAR LEBIH DARI 2 NAMA. MEREKA DAH LAKUKAN.

    SEKIRANYA SULTAN MELANTIK MB AKAN DATANG DARI PAS. MAKA PKR N DAP KENA SETUJU. KALAU TIDAK SETUJU MEREKA AKAN BUAT ONAR LAGI HINGGALAH PR/DAP MENENDANG MEREKA KELUAR.

    SELEPAS ITU TAMATLAH RIWAYAT PR. SEKIAN.

    Inilah akibat Kajang move yang tidak menjaga hubungan perasaan sesama rakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdra terlupa bahawa TGHH,pemimpin dan ahli PAS masih terikat dengan keputusan muktamar Ipoh 2008. Tak s3mudah itu TGHH dan UG yang minoriti untuk membawa keluar PAS dari Pakatan dengan adanya keputusan muktamar itu.

      K3putusan itu mesti dipatuhi oleh TGHH dan ahli PAS. Jika tidak mereka boleh dituduh tidak wala kepada keputusan parti. Hanya muktamar khas boleh membatalkan keputusan muktamar.

      Hanya satu cara sahaja TGHH dan UG boleh buat.ia itu buat onar seperti ini dengan harapan PAS akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat. Tetapi langkah ini mempunyai 2 risiko.

      Risiko adalah penentang setengah pemimpin dan ahli PAS yang mahu mempertahankan keputusan Muktamar Ipoh 2008. Kumpulan ini adalah kumpulan majoriti didalam PAS. Puak UG hanya segelintir pemimpin-pemimpin PAS yang kebanyakannya dari Ganu. Sebenarnya mereka telah menguasai p3lbagai jawatan utama didalam organ PAS seperti MSU, Dewan Ulamak. Itu yang kita nampak mereka kuat dan m3nonjol.

      Risiko kedua, Pakatan Rakyat tidak memecat PAS tetapi mengantung PAS tak bertali. Jawatan Exco tak diberi. Jawatan GLC tidak diberi. Sejauh mana PAS hendak membuat onar apabila dikenakan tindakan begini tanpa memburukkan lagi pandangan rakyat kepada PAS. Apatah lagi menunjukkan akhlak-akhlak buruk yang dilarang oleh Islam.

      TGHH dan puak UG jangan perasan depa je bijak, orang lain semua gila 3/4. Yang pasti orang l3bih ramai dari puak depa.

      Padam
  10. anon 3.15 macai umno...apapun berapa banyak nama yg diberi kalu takada sokongan majoriti dlm PR maknanya bubar je DUN lepas ni kita tengok sapa yg kena

    BalasPadam
  11. sokongan majoriti sahaja tak memadai, kes memilih MB yang berlaku di Terengganu, Perlis suatu ketika dahulu tak pernah pemimpin2 PR ambil iktibar. Yang sultan nak pilih adalah MB yang boleh bekerja bersama-sama Baginda, bukannya MB yang senang di 'remote control'kan oleh orang lain.

    BalasPadam
  12. Harakah sahkan pas anto nama 2 pkr 1 pas. Tp pelik knpa kata pas x nak jd mb kndian letak nama pas. Fenin2..

    BalasPadam
  13. Pas macam rebut bini orang saja, rumah tangga orang bergolak pemimpin UG ambil kesempatan, adakah begini akhlak ulama Pas?

    BalasPadam
  14. nampaknya Ulama dah jadi ulam bagi UMNO..

    BalasPadam
  15. ahli Pas tumpang malu cara Pemimpin UG rebut jawatan di Selangor

    BalasPadam
  16. dulu masa krisis UMNO Terengganu Pas beri laluan, Krisis PKR Selangor Pas ambil kesempatan, Tahniah inilah gaya Ulama

    BalasPadam
  17. Dear PAS leadership,
    In all sincerity, please keep to your agreement with pkr and dap.
    You had KEDAH ,You blew it!
    Pkr and dap let pas have MB perak,that too was blown.
    Now, Selangor you want it too ,just to blow it off too.
    I voted PAS but i regret my vote have been wasted.
    Be a team player and agree to only one name being nominated.There must be a very good reason for nominating only one name. Selangor has a constitutional sultan and he takes the advice of the MB and in the absence of a valid MB, the PR team.
    Please solve this matter urgently.
    IF health is lost, something is lost,
    If wealth is lost, something is lost,
    But, If character and trust is lost, EVERYTHING IS LOST.

    BalasPadam
  18. aduh ....pas... napela kau suka sangat timbulkan masalah.. dulu kata tak calonkan udun sendiri, skrang lain pulak. memang kau suka buat onar la dlm pakatan. baguh....baguh.... kau sengaja mahu di tendang keluar pakatan. kau igat kau lebih kuat ke klau keluar pakatan ha???????.... perangai ko macam sial????... aku yg dah 25 thun menya jung dan menyokong kau drp kerja panjat pokok, tiang lampu gantung poster kini amat kecewe dgn kau.... baguslah, nyah la ko drp pakatan!!!!!.....suatu masa nanti bukan saja org bukan melayu, malah org melayu sendiri akan ludah pada lambang bulan ko.

    BalasPadam
  19. Hilang Terengganu kemudian hilang Kedah lepas ini mahu Selangor hilang pula. Memang sah Task Force 2010 sudah menguasai PAS. Memang hebat lah Tentera Malaysia. 3 kerajaan boleh tumbang tanpa menghunus senjata.

    BalasPadam
  20. Adakah orang PAS tak faham tentang perjanjian bersama antara PAS - PKR - DAP hingga terbentuknya PR. Perjanjian persetujuan bersama melantik ketua umum PR. Persetujuan bersama tentang pengagihan negeri.

    Rasanya orang PAS PR semua bijak2, yang bodoh dan haramjadah sudah tentu puak umno yang melalut disini.

    BalasPadam
  21. Mcm ni lah baru betui mcai umno buat komen..

    in response to PAS MB Selangor..!!!! TAKBIR..!!! TAKBIR..!!! TAKBIR..!!! TAKBIR..!!! Erk, macam ada orang yang tak suka je.. Pelik.., by Anonymous.

    BalasPadam
  22. LIDAH ULAR SUDAH JELAS KELIHATAN.
    Mungkinkah PAS akan jadi MB Selangor? Selepas ni akan ada sekali undian tak percaya akan diadakan sebab PAS tidak mempunyai majoriti di dalam Dewan (itu pun termasuk sokongan dari UMNO).
    Aku berharap Tuanku Sultan bertindak dengan bijaksana dan bukan bijaksini. Jangan biarkan puak gila kuasa mencemari duli. Jangan lupa tindakan Sultan Selangor akan menjadi sejarah sama ada mungkin disukai atau dilaknati nanti. Keadilan penting dalam tuntutan Islam memandangkan Tuanku adalah KEPALA AGAMA. Dahlah Ulama PAS bertaraf dunia mencemari integritinya yang mana nampak lebih kepada munafikun. Cakap tak serupa bikin.
    Untuk makluman ahli PAS, aku telah mengikuti kuliah TGHH setiap pagi Jumaat iaitu semasa menuntut di sana. Kini, kepercayaan aku pada TGHH makin hakis dengan tindakan TGHH mutakhir ni. Title "ULAMA" dah mampu dipakai oleh TGHH. Aku tak salahkan TGHH sebab yang memberi title tu kat dia ialah kita sendiri. Boleh manusia bertaraf ulama mengkhianat amanat dan perjanjian walaupun dengan orang bukan Islam, apatah lagi sesama Islam.

    BalasPadam
  23. i. Mula pertahan TSKI yang terang-terang melanggar arahan partinya atas dasar TSKI amanah dan tidak dibuktikan kesalahannya...sedangkan ahli2 sendiri disuruh wala' membuta tuli.

    ii. Kemudian sokong DSWA, tarik balik dan sokong semula dengan sertakan calon ke-2 (Azmin....Apa kejadah ni?

    iii. Terima kesepakatan MPR calonkan DSWA...

    iv. Sekarang calon lain pula...tolak DSWA.

    Sekarang orang sudah ketawakan PAS...Apakah mesyuarat JK Pusat tidak berfungsi keputusannya? Hanya Presiden yang berkuasa sepenuhnya, buat keputusan ikut suka dia? Selamat jalan PAS....Selamat menjadi MB Selangor jika itu yang diidamkan dalam diam, tapi malu nak bermesyuarah....

    Selamat bersedia untuk kembali menjdai pembangkang dengan satu atau dua kerusi di DUN dan parlimen....Eloklah juga masa itu tidaklah masing2 berebut lagi...habuan makin kecil...

    BalasPadam
  24. mungkinkah inilah tanda kehancuran sebuah parti?.......ada puak yg akan ketawa dan ada puak yg menyesal tak sudah.

    BalasPadam
  25. Anon 3.24pm.
    TGHA terbukti jenis pemimpin yg flip-flop.Dia TIDAK TAU semua sebab dia manusia biasa bukan nabi.Flip-flop maknanya dolak-dalek - kejap cakap begin ,kejap tukar fikiran.Ada faham.Apa punya pemimpin jenis ini? Kalau dia "hebat" sebagai mana anda sangka,krisis Selangor dah lama selesai.Bukakah mata,telinga dan minda sikit,jangan wala membabi buta.

    BalasPadam
  26. Anon 9.46pm,
    Sekiranya PAS tidak menukar Presidennya kemungkinan besar PAS akan punah,tidak lagi dihormati rakan-rakan dlm PR dan yg paling penting pengundi bukan Melayu akan hilang kepercayaan kpd PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulama pas mulia tidak perlu pun undi cina.

      Padam
  27. Hj hadi ni satu malaysia dah kutuk dia.. masih tak sedar sedar.. masih lagi nak berlagak macam tuan guru.. buat malu aje..

    BalasPadam
  28. GB... sebutlah nama Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang atau Datok Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi. Jangan biadap. Dia tu ulamak kebangsaan dan antara bangsa. Awak tak kenal ulamak ke

    BalasPadam
  29. Bila kaduk naik junjung, ianya ingat sudah jadi sireh.
    PRU 14 akan dihumban ke tong taiklah nanti. Rugi selama ini mendokong parti yang munafiq.

    BalasPadam
  30. Pas dah lupa asal usul dapat bangkit. Dari berpuluh tahun tanpa kemenangan hinggalah ada reformasi 98. Pas tumpang gelombang reformasi. Bila dh kuat. Haji adi gila kuasa dengan ahli ahli ug beliau nasarudin haron din mula tunjuk belang sebenar. Tak dinafikan ramai ahli pas yang betul betul ingin gelombang reformasi. Tapi segelintir je buat taik. Dan itu adalah presiden. Lawan presiden macam lawan islam. Pas dah hilang arah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.