11 Sep 2014

Peguam PAS Akui Majlis Syura Ulama Langgar Perlembagaan parti

Lajnah Undang-undang PAS bersetuju serta menyokong pendirian anggotanya bahawa Majlis Syura Ulama telah melanggar perlembagaan parti apabila melibatkan entiti itu dalam krisis pelantikan Menteri Besar Selangor.

Ketuanya Asmuni Awi berkata penegasan Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Pusat itu adalah tepat selain berasaskan kepada fakta dan perlembagaan parti.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut namun mengakui turut menyertai perbincangan yang diadakan.

"Saya cuma nak kata saya setuju keseluruhannya di situ sebab saya pun turut dalam perbincangan dan saya tak nak ulas lebih daripada itu.

"Lepas ini apa-apa pun kenyataan akan dikeluarkan oleh LUHAM secara rasmi.

"Yalah, LUHAM akan keluarkan kenyataan secara rasmi selepas daripada ini," katanya kepada Antarapos.

Semalam Setiausaha LUHAM PAS Pusat Abang Ahmad Kardee Abang Masagus menegaskan Majlis Syura Ulama telah melanggar perlembagaan parti itu apabila badan itu membuat keputusan dalam krisis yang berlaku di Selangor.

“Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS, kekuasaan parti adalah dipegang oleh Muktamar PAS.

“Memandangkan Muktamar PAS, sebagai kuasa tertinggi, telah memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka Majlis Syura Ulama mahupun PAS mesti bertindak selari dengan ketetapan Muktamar PAS tersebut," katanya.

Menurut beliau, PAS sebelum ini bersetuju mengadakan tahaluf atau kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan kerjasama tersebut telah disahkan oleh Muktamar PAS dan sehingga kini tidak pernah dibatalkan.

“Isu pokok yang berbangkit dalam isu Menteri Besar Selangor ini adalah Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon menteri besar (yang kemudiannya disokong oleh Majlis Syura Ulama).

“Sedangkan, presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor memandangkan ia adalah milik PKR," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Asmuni lagi, kenyataan dikeluarkan Abang Kerdee cukup jelas dengan berlandaskan peruntukan perlembagaan PAS.

"Yalah, benda itu dah disebut dalam itu sebab itu saya kata saya tak nak ulas lanjut sebab tak nak ada kenyataan bercanggah.

"Tapi apa yang disebut di situ clear, perkara itu diperbincangkan dan saya pun turut di dalam perbincangan tersebut keseluruhannya," katanya.

Ahmad Kardee turut mempertikaikan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR apabila menghantar nama daripada PAS, sedangkan Abdul Hadi sebelum ini menyatakan PAS tidak akan menuntut jawatan itu kerana ia milik PKR.

“LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?

“Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri?


“Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh Majlis Syura Ulama,” katanya lagi. -wargamarhaen









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





14 ulasan:

  1. Sudah jelas lagi bersuluh. Ketamakan ini berpunca dari adu domba anak-menantu membawa kepada kerosakan rakyat selain kroni yang sama waktu dengannya. Peringatan AlQuran jelas, isteri, harta, anak, menantu kepada anak semua itu boleh menjadi fitnah dalaman sekiranya tidak dikawal. Kasihanilah rakyat yang menderita dengan segala kepayahan disebabkan tangan yang berkuasa.

    BalasPadam
  2. Ulama2 dlm pas sume maksum,kedudukan ulama ada lah di atas perlembagaan n undang2..setiap teguran akn di balas ngn cacian n nista ..tp hujah x de

    BalasPadam
  3. contoh & teladan yang teramat baik bagi islam & bukan islam ! lingkop ! ABU !

    BalasPadam
  4. Apa langkah seterusnya bagi menangani mereka yang melanggar perlembagaan PAS ini?

    BalasPadam
  5. so apa tindakan nya? takkan nak diam je...spttnya perlu diambil tindakan x kira dia siapa pun, klu org bwh langgar perlembagaaan direct je ambil, ni presiden langgar menyokong lg ada....

    BalasPadam
  6. Islam jenis bagaimana yg mahu dipamir pd non muslim

    BalasPadam
  7. sgt jelas... terbaik dr asmuni awi n luham.

    BalasPadam
  8. Mesyuarat datang. Jangan tak datang dan hantar wakil sahaja.

    Lepas dah ada keputusan, tak setuju. itu yg jd punca celaru.

    Jika tak setuju atau setuju, bincang dan putuskan dlm mesyuarat.

    Inilah jika Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pakai guna wakil sja. Dah syura, ada pula pendirian lain.

    Celaru. rakyat jadi keliru.

    BalasPadam
  9. Agaknya apa akan jadi pada masa Perang Badar dulu, sekiranya; Rasulullah (selaku ketua umum muslimin pada waktu itu) setelah permesyuarahan dengan sahabat2 membuat keputusan sendiri yang lari dari keputusan untuk membuat perparitan di sekeliling kota Madinah? Instead katanya kita mesti serang kota Mekah dulu! "Semua kena ikut kalau nak wala" ???!! Ini cuma sinonim saja tapi perlu kita ambil iktibar, sedangkan nabi kita patuh pada hasil mesyuarah dan tidak mengikut nafsunya membuat keputusan.

    BalasPadam
  10. Kenapa yea pasal berita sultan selangor murka pada parti PKR&DAP kelab gerenti tak masukkan artikelnya dlm blog.. nie blok ketidakadilan namanya. Lg 1 PKR nk roud tour jelajah 56 Adun. Rasanya tak perlu sebab rakyat negeri Selangor dah boleh nilai.. Kalau tubuhkan parti baru confirm boleh menang pilihanraya akan dtg., rakyat tak pilih BN or PR.. Dua2 2x5=sama kalikong..

    BalasPadam
  11. Ada yg pelik dan ajaib berita hari ni.LUHAM Ganu tak setuju pulak dengan keputusan LUHAM Pusat.Pelik orang Ganu ni.Sebenarnya PAS Ganu nilah yg membawa penyakit yg tak sudah-sudah kpd.Party PAS sampaikan peguam-peguamnya tak dapat sekata dengan orang Pusat.Begitu teruknya penyakit wala diGanu.

    BalasPadam
  12. ganti Presiden Pas dalam muktamar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni LA perangai mush Islam
      Tau pas ramai ahli Dan Dan nak duduk kepemimpinan
      Pas untuk orang yang memperjuangkan
      Selagi ada kelahiran anak soleh akan bertambah ahli pas
      Untuk takde tel or carilah pengikut sendiri
      Pasma jadi parti politik habits cerita
      Barula teruji kejantanan kam
      U
      Nanti ada syarat nak bertanding jawatan dikehendaki hafal surah Quran
      Kamu NACA fatihah pun Takbetbetull ada hati nak mminpin pas
      Yang jelas kamu adalah tukang sabotaj agama Islam
      Walau kamu menempek dalam pas
      Tapi kamu dah dikenalpasti
      Kerana aura kafir terbayang diwajah kamu

      Padam
  13. Presiden Pas juga Presiden UG?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.