11 Ogo 2014

[VIDEO] Israel Terus Serang Gaza Sejurus Gencatan Berakhir


Israel menyerang tebing Gaza dengan peluru berpandu dan meriam buat pertama kalinya dalam masa tiga hari, lapor agensi berita Aljazeera.

Pada masa sama, pejuang Palestin melancarkan serangan demi serangan roket ke arah Israel.

Serangan tersebut berlaku beberapa jam selepas gencatan senjata selama tiga hari berakhir.

Satu serangan udara Israel dilaporkan membunuh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di bandar Gaza - kematian pertama selepas gencatan senjata selama 72 jam, lapor seorang kakitangan perubatan Palestin.

Pada masa sama sekurang-kurangnya enam orang lagi tercedera, lapor agensi berita yang sama.

Sementara itu, BBC pula melaporkan Israel mendakwa serangan ke atas tebing Gaza disambung semula selepas pihak Palestin melancarkan serangan roket terlebih dahulu.

Askar Israel dipetik menyifatkan serangan roket baharu itu sebagai "tidak boleh diterima, tidak boleh ditolak ansur, dan pendek akal".

Agensi Aljazeera melaporkan lebih 30 roket dilancarkan ke selatan Israel selepas gencatan berakhir.

Tiga daripada roket-roket itu berjaya dipintas oleh sistem pertahanan roket Iron Dome.

Tiga askar Israel dilapor tercedera, agensi tersebut memetik kenyataan tentera.












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



2 ulasan:

  1. Kita berdoa ramai - ramai semoga allah menimpa kecelakaan kpd yahudi laknatullah, sekutunya dan sesiapa shj yg membantu yahudi sama ada secara langsung mahupun sulit.

    BalasPadam
  2. Mereka buat gencatan nak rehat, mudahnya nak tipu macam Pas kena tipu UMNO

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.