15 Ogo 2014

[PENDEDAHAN] ADUN Morib Dedahkan Kenapa Beliau Tidak Sokong Khalid Ibrahim


Kenyataan Paling Berani Dari ADUN PAS kawasan Morib, Tuan Haji Hasnul Baharuddin

Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus amik sikap sambil lewa.

Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab. Saya yang menyokong pakatan rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin.

Macam mana exco yg bersekongkol dengan mb bebas dan memecat semua exco pakatan rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan di pecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon bekas2 ahli majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.

Exco2 pakatan rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis syura ulamak tahu tak maklumat ini?


EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan tski sampai setengah mati?

Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan pas dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.


Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita menghancurkan PR.

Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya.

-Hasnul b Baharuddin ADUN Morib

ULASAN GB

Pendedahan di atas memeranjatkan. Mungkin ada pihak tidak setuju kita melondehkan keaiban orang lain. TETAPI DI DALAM BAB SOLAT APATAH LAGI UNTUK SEORANG PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM TIDAK BOLEH DIKOMPROMI.

Ini kerana Imam Ahmad menyatakan, jarak antara seorang lelaki dengan kekufuran adalah meninggalkan solat. Di dalam riwayat At-Tabrani pula “Siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia kafir nyata.” Tidak seperti ibadah lain, Allah memfardukan ibadah solat secara langsung kepada Rasulullah dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Meninggalkan solat pula menjadikan hati manusia jauh untuk melakukan amal kebaikan malah buruk akhlaknya.

Malah amalan yang mula-mula sekali dihitung pada hari pembalasan kelak ialah solat. Jika sempurna solatnya maka baiklah seluruh amalannya. Begitulah disebaliknya.

Demikianlah, hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Ia tidak boleh ditutup. Ia tetap terserlah juga akhirnya.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



26 ulasan:

  1. Tahniah YB atas keberanian mendedahkan perkara dan keadaan sebenar! PAS seolah2 ada agenda lain dlm perkara serius seperti ini

    BalasPadam
  2. Harap syura atau ulamat boleh jawab. Jgn dia jwb mb uzur sudah...

    BalasPadam
  3. Klau suku sakat dh Keje ngan boss susah nk bust keputusan kerana Allah kena buat keputusan dunia. Mcm2 ade ulamak DLM dunia ni. Elok ngajar ngaji Quran je la lgi banyak pahala DRI jdi WRakyat kalau x de keputusan unuk Allah. Aku takut siksaan Kubur Tu Baru aku no Org biasa je

    BalasPadam
  4. Dah tau dah tarikh 17/8 akan ditunda. Itulah keje gerombolan munafiq. Tunggu apa lagi...

    BalasPadam
  5. Kalau LA berita ni benar . pas akan hancur .kalau lambat membuat keputusan.aku sebagai ahli pas memang keciwa

    BalasPadam
  6. slagi ust hadi n geng trnganu dok control PAS macam ni laa jadinya..depa ni macam ta iklas dgn PR dn banyak tindak tanduk mereka ni menyusahkan PR...tpi sebab ramai pengikut dan macai yg taksub,jahil politik dan wala ta tentu pasai dgn pemimpin yg jelas suka membuat onar atau blunder kata mat salleh jika na quote bersepah lahh 1 ana bole tulis sini kes ust hadi menuduh@fitnah calun pkr juai pil kuda sampai laa ust hadi ta berani sebut dah kes ni aleh2 dia yg kene saman dengan calun pkr tuu niu apa crte dlm PAS

    BalasPadam
  7. Saya doakan YB sentiasa dilindungi Allah taala. Amin

    Fread

    BalasPadam
  8. munkin taraf makam MSU& Presedin terlalu tinggi..orang biasa2 mcm kita tak faham hikmah disebalik tindakan mereka..

    BalasPadam
  9. yb Pas begini yg saya hormatkan...pegangan terbaik yg boleh kita terus fahamkan..sedangkan ulama2 umpama tu selalu buatkan alasan2 wpun nampak bangang sgt..termasuk mp temerloh yg silap diundikan...langsung x boleh diharapkan...hanya rugi..Husam belom berjaya diputrajaya...

    BalasPadam
  10. Kepada parti PAS, jangan ingat PAS dah kuat selepas pru 13, kalau sekarang pr di khianati, kita jumpa kalau d panjangkan umur pada pru 14 nanti,

    BalasPadam
  11. Berani Kerana Benar DAN Adakah Takut Kerana Benar juga.Siapa yg bersalah lantik TSKI & siapa yg menyokong TSKI.Jamaah PAS & Ahli Jamaah PAS seharusnya lebih berani utk menyatakan yg HAQ & Bathil.17 hb Tarikh keramat utk PR atau PAS.Hilang kepercayaan dari Sekutu adalah lebih parah dari hilang kepercayaan dari seorang Individu.

    BalasPadam
  12. nmpknya lepas ni kena lawan lim guan eng sbb dia x solat

    BalasPadam
  13. Ala biasa la... Pegawai-pegawai kerajaan dah tahu dah... Sudah jadi budaya di negara ini, kalau bermesyuarat sampai mengabaikan solat!

    BalasPadam
  14. golongan ulama ug ni memang tak reti basa. kes masuk tahap kritikal masih lagi buat macam lembu kenyang. tak reti nak baca strategi politik umno. dr dulu lagi puak ug ni memang keja diaa mahu menyusahkan & hancurkan pakatan. nasib baikla ada golgn pro pakatan seperti husam , salahuddin dll yg mampu menarik sokongan rakyat berbilang bangsa. kalau harapkan ulama yg hanya tahu berceramah pas dah lama lingkup. golongan ug ni ibunya di terengganu sekarang beranak pinak di kelate dan di pahang , terutama di kuantan.

    BalasPadam
  15. tahniah yb hasnul. anak muda sentiasa di belakang kamu

    BalasPadam
  16. Pendapat gua le ni nampak masih ada lg makhluk Allah yg bertuhankan hadi dan parti politik pas.Sabda Hadi WAJIB ditaati oleh makhluk2 yg taksub melampau kpdnya.Bertaubatlah makhluk2 dlm parti duniawi pas krn hadi itu bukanlah nabi atau rasul yg maksum dn dipandu oleh wahyu illahi.Dosa fitnah hadi dihadapan khalayak umum menuduh dn jatuhkan maruah manusia yg tidak bersalah SENGAJA DIBUTAKAN oleh pentaksub2nya dlm pas.....sudah sudah lah taksub membuta tuli kpd ulama jahat Hadi bin Awang.Wallahualam...

    BalasPadam
  17. Allahuakbar!! Tahniah YB..saya org terengganu..faqeh benar ttg cara kerja geng2 ganu kite ni. Syabas sekali lg YB

    BalasPadam
  18. di dalam Islam, org yg x menjaga solat dikategorikan sebagai fasiq.

    malah di mahkamah sekular pun, seseorang Islam jika didapati tidak menjalankan ajaran agamanya dia anggap bukan sebagai penganut Islam yg baik, persaksian dan hujjahnya boleh ditolak oleh hakim.

    BalasPadam
  19. Pengkomen ini memang sah bangan. LGE tu Islamkah?

    Anonymous said...
    nmpknya lepas ni kena lawan lim guan eng sbb dia x solat

    BalasPadam
  20. Isu ini amat2 memperlihatkan dan membuktikan kelembapan PAS. Biar punah PR...PAS tetap utuh....kalau begitulah anggapannya...pasti sukarlah PAS untuk menaruk sokongan pelbagai rakyat Malaysia selepas ini.

    Tahniah YB yang berani bersuara.

    BalasPadam
  21. Maklumat terbaru hot...
    Kak dah diganti ngan dr idris dun ijok.
    Anwar dah setuju....

    BalasPadam
  22. Mmohon tidak persalahkan PAS. Tolong pecat sahaja haji hadi awang, mastermind dalam urusan jahanamkan jemaah. Jika krisis selangor berakhir... hadi masih berleluasa... nauzubillah

    BalasPadam
  23. Tahniah YB. atas keberanian. Jika kenyataan ini benar Ambiklah Neek Amaaaar, Pak Kob dan Tn. guru Presidoen sampai berapi-api mempertahankan org yg melengah-lengah dan meninggalkan solat. Puak ni ibarat spt org perempuan mudah tunduk dengan puji-pujian.

    BalasPadam
  24. Sape kata lim guan eng x solat. Dia tu solat mengikut ugama dia tau.

    in response to nmpknya lepas ni kena lawan lim guan eng sbb dia x solat, by Anonymous.

    BalasPadam
  25. Tan Sri Khalid banyak musafir kot.. buat semayang jamak banyak2.. husnul zhon la katakan..

    BalasPadam
  26. Yb tak payah buka pekung orang nanti pekung didada sendiri terbuka..jangan berlagak suci..jiran-jiran Yb kenal siapa Yb sebenarnya..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.