19 Ogo 2014

Lagi Kes Kereta Kebal Terbalik, 2 Maut


Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.

Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.

Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.


BERITA SEBELUM INI



2 maut, 2 parah kereta perisai terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan


Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar hari ini.

Sarjan Bayong Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu, yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit. Kesemua mangsa dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama," katanya ketika dihubungi di Ipoh.

Ismail berkata kereta perisai itu dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.

"Apabila kita lihat kesemua mangsa dikeluarkan, kita segera membuat kawalan dan memastikan tumpahan minyak yang berlaku tidak mencetuskan kejadian lebih buruk.

"Apabila mangsa dibawa ke hospital, kita terus lakukan pembersihan kawasan kejadian," katanya.

Beliau juga berkata kereta perisai itu sedang berkonvoi dari Sungai Petani, Kedah ke Gemas, Negeri Sembilan bersama-sama kenderaan lain pasukan tentera.

"Kereta perisai yang terlibat dalam kemalangan itu diuruskan pihak tentera sendiri," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-Bernama, 3 Julai, 2014
.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



15 ulasan:

  1. bagaiman boleh berlaku,Kalau kenderaan awam sudah biasa kita dengar,Ini pelik bin ajaib Kereta Kebal pulak nak masuk rekod.tamat tempoh agaknya.Alfatihah ..

    BalasPadam
  2. Al fatihah buat simati.. apa yg saya x fhm macamana kereta kebal langar pembahagi jln lalu terbalik.. sepatutnya pembahagi jln yg sepatutnya terbalik...

    BalasPadam
  3. 'apa yg saya x fhm macamana kereta kebal langar pembahagi jln lalu terbalik.. sepatutnya pembahagi jln yg sepatutnya terbalik...'

    geli hati saya baca komen ni...

    BalasPadam
  4. innalillahi wainna ilaihi raji'un.

    Berapa speed limit kereta kebal ni, 60 km/j???

    kemungkinan besar gear mulfunction.

    BalasPadam
  5. Leaps ni Lebih baik pakai cancil ataupun viva ..sbb x pernah dengar pun kereta tu terbalik...

    BalasPadam
  6. Makin byk bencana & bala dtg menteri2 buat pekak buta je.. Tok sah kata nak letak jawatan lg kemaruk kuasa mcm Malaysia ni mak bapak tok nenek diorg!

    BalasPadam
  7. hujan x der Angin x der ttiba ribut...Ini yg pelik...

    Alfatihah ...

    BalasPadam
  8. tak kebal lah kete tu

    BalasPadam
  9. Dulu helikopter Nuri.ashik terhempas.....skrng kereta kebal pulak terbalik.....menteri pertahanan malaysia boleh

    BalasPadam
  10. Kereta kebal terbaik zionis pun hancur dengan B.A-Q, Manakala di sini terbalik musnah dengan korban jiwa tanpa perang, mungkin kena semak kos dan spesifikasi...

    BalasPadam
  11. muka2 yb/menteri2 umno/bn dah tebal dan tampal dgn duit2 hartabenda yg dikumpulkan dgn kuasa dlm tangannya...kaya raya terlampau lebih ..kisah2 bencana umpama ini x beri kesan padanya...PADAN muka pengundi2 pilihkan umno/bn..kongsilah ketebalan muka kamu yg x terasa malu pun.

    BalasPadam
  12. Bkn ke keta perisai ni sykt m'sia yg buat??...deftect ke def con namanya..anak sykt drb hicom klu x silap.

    BalasPadam
  13. Lepas satu satu nasib baik x dua sama2 Kita mohon petunjuk dari Allah cmna no buat Msia ni agar selamat 1 Malaysia

    BalasPadam
  14. Di negara iraq swaktu prg dgn amerika banyak kereta kebal mainan di buat oleh negara itu utk mengabui pihak lawan tapi bila jumpa batang kayu ia terbalik..mungkin teknologinya malaysia gunapakai.

    BalasPadam
  15. menterinya asyik sibuk dgn mengampu sepupunya konon lbh hebat dari Obama dan Putin....

    saya rasa kereta kebal ni jenis lauya ... kementerian pertahanan dari dulu memang skandal byk beli brg x bermutu tapi bayarmahal... terutama zaman Zahid Hamidijadi menteri pertahanan..

    lihat sj kes scorpene...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.