31 Ogo 2014

Kumpulan Utusan Rugi Lebih RM11 Juta Untuk Suku Kedua 2014

Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM11.05 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM1.92 juta tahun yang lalu, demikian lapor The Star.

Laporan itu menyatakan bahawa pendapatan dari syarikat penerbitan yang dikuasai Umno itu lebih rendah pada RM74.4 juta daripada RM96.1 juta pada tahun lepas.

Kerugian bersih untuk setengah tahun bagi Utusan Melayu meningkat kepada RM30.9 juta daripada RM6.9 juta tahun lepas manakala perolehan jatuh dari RM172.1 juta pada tahun 2013 kepada RM139.9 juta tahun ini.

Syarikat itu menyatakan bahawa pendapatan bagi penerbitan, pengedaran dan segemn pengiklanan jatuh sebanyak 22.5 peratus daripada RM20.6 juta - yang membawa kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM23.6 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.6 juta pada tahun lepas .

Syarikat itu juga merupakan penerbit akhbar-akhbar berbahasa Melayu termasuklah Utusan Malaysia dan Kosmo, Mingguan Malaysia, Kosmo Ahad, sebuah mingguan bertulisan Jawi dan majalah Wanita, Mastika, Hijab Fesyen, Ibu dan Anak, Insta, Saji, Infiniti, Harmoni, Al -Islam dan URTV.

Ia memberitahu Bursa Malaysia bahawa ia menjangkakan separuh kedua tahun ini akan kekal mencabar memandangkan persaingan yang semakin meningkat bahagian pasaran hasil pengiklanan.

"Bagaimanapun, kami akan terus dengan strategi pembaikan kandungan akhbar dan menawarkan pakej kreatif untuk iklan. "Kami juga akan terus mengamalkan strategi menjimatkan kos berhemat dalam operasi perniagaan kami," kata Utusan Melayu dalam satu kenyataan.

Strategi termasuk pembekuan pengambilan kakitangan baru dan juga "pemantauan secara agresif" terhadap kos pentadbiran, pengeluaran dan kakitangan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



23 ulasan:

  1. Tak apa, duit cukai cina banyak lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rugi Dr segi jualan tapi untung Dr segi bantuan kerajaan..yg penting pandai jilat

      Padam
  2. Alhamdulillah Utusan meloya rugi.. KAH KAH KAH KAH

    BalasPadam
  3. Utusan malaysia? hehehe menatang apa tu?

    BalasPadam
  4. buat rugi kertas jer cetak utusang ni

    BalasPadam
  5. Strategi apa pun tak berguna selagi kau tak berhenti memfitnah & menyampai kebenaran. Padan muka kau.

    BalasPadam
  6. Nanti khazanah suntik la 6 billion jugak.. lps tu buang 6000 pekerja.. jual bangunan baru tu..

    BalasPadam
  7. Rakyat tidak suka membaca akhbar bersikap batu api.

    BalasPadam
  8. Ramai yg dah sedar & celik selama ini dihidangkan dgn berita fitna. Sebelum gst 2014 Rumah mampu milik, selepas gst 2015 Rumah mampu tengok.

    BalasPadam
  9. Dah byk bukti, mana2 organisasi atau syarikat kerajaan yg diketuai oleh org2 Umno mesti akan statik, rugi akhir sekali gulung tikar.

    Malaysia kalo nak maju, pastikan org2 Umno dihalang dpd mendekati mana2 perniagaan GLC terutama Petronas. Selamat dunia akhirat.

    BalasPadam
  10. tercapai juga niat rkyat dan doa supaya UM rugi dn bngkrp. Itulah doa pmbaca-pembaca yg bencikan akhbar ini krna memaparkn berita propaganda yg negative kpd rkyt dn menidkkan prkra yg benar blku dpn mata rkyat.sama-samalh tgu suntikn dna dri mana pulk kli ni. Merdeka3.

    BalasPadam
  11. Pernah terbaca masa lampau, Utusan Meloya telah menjual asetnya termasuk kilangnya untuk terus beroperasi dan sekarang menyewa untuk beroperasi diatas tapak yang dulu dimilikinya sendiri. Stinganlah tu!

    BalasPadam
  12. Tu belum kira duit saman yg dia kena bayar....
    Tak apalah, duit umno kan bilion2

    BalasPadam
  13. Tu lah dia Usetan Malaysia

    in response to Utusan malaysia? hehehe menatang apa tu?, by Anonymous.

    BalasPadam
  14. Sokong sangat2

    in response to Dah byk bukti, mana2 organisasi atau syarikat kerajaan yg diketuai oleh org2 Umno mesti akan statik, rugi akhir sekali gulung tikar. Malaysia kalo nak maju, pastikan org2 Umno dihalang dpd mendekati mana2 perniagaan GLC terutama Petronas. Selamat dunia akhirat. , by Anonymous.

    BalasPadam
  15. Sokong sangat2

    in response to Dah byk bukti, mana2 organisasi atau syarikat kerajaan yg diketuai oleh org2 Umno mesti akan statik, rugi akhir sekali gulung tikar. Malaysia kalo nak maju, pastikan org2 Umno dihalang dpd mendekati mana2 perniagaan GLC terutama Petronas. Selamat dunia akhirat. , by Anonymous.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa orang2 yang kena zalim dan difitnah berpanjangan.

    Lepas ini hidup kebuluranlah cari kerja baru bagi watak-watak batu api/ pemfitnah serial spt Awang Selamat, Dato Zaini, Zulkiflee Bakar.

    Inilah watak-watak yang disanjung UMNO kerana peranan mengawal persepsi orang Melayu mencintai UMNO dan membunuh karektor PR.

    Watak2 inilah yang menjilat ludah anti-PAS hari ni kerana puak UG dalam PAS cuba bermain politik berdolak-dalik setiakawan dan kesepakatan PR dalam krisis MB Selangor.


    BalasPadam
  17. hang pa x mau baca x payah bising ramai lg dok beli dan baca. Aku tengok sehari dua ni seorang org kuat PAS dah hari2 beli Utusan. Harakah dah x dak lg dah kat rumah dia ... aku pun rasa pelik kat dia ..tp aku bersyukur sbb dia seorang yg terbuka minda dia ...

    BalasPadam
  18. ada manusia baca utusan lagi ke ?
    susah juga yea nak membodoh kan sesuatu bangsa,,,,

    BalasPadam
  19. jangan tutup Utusan nanti pemimpin UG Pas tak boleh masuk Utusan, hilanglah glamer.

    BalasPadam
  20. buat kerja fitnah..
    memang rezeki tak berkat

    BalasPadam
  21. Syukur Alhamdulillah,Rugi juga kau ya..Macam MAS jugak walaupun ditadbir oleh uuumnooo mangkuk hayun.Jap lagi untunglah balik bila Bajet 2015 diluluskan oleh uumnoo kangkung.lebih Baik Tak ada drpd ada.Ada buat sakit hati je.Langsung bungkus adalah lebih baik.Utusan Mulut Setan,Hanya Kaum Setan Yg Dikenali je sanggup baca.

    BalasPadam
  22. Alahai utusan meloyakan ni patut le duit elaun pelajar praktikal pun dah tak mampu nk bayar. Puii

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.