16 Ogo 2014

Bubar Tak Bubar DUN Selangor, Tunggu 27hb Ogos

Sultan titah Khalid tunggu 27 Ogos ini

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung jawatan menteri besar sehingga baginda kembali ke tanah air pada 27 Ogos ini.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan medianya semalam berkata, titah tersebut dikeluarkan selepas beliau memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin berhubung perkembangan terkini politik di Selangor termasuk pendirian 30 Adun daripada PR.

"Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

"Seterusnya, DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda," katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mendakwa mempunyai sokongan 30 Adun Selangor dan menggesa Abdul Khalid meletakkan jawatan.

Sokongan tersebut diperolehi daripada 15 Adun DAP, 13 Adun PKR dan dua Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang).

Jumlah itu menjadikan PR kini mempunyai 30 kerusi daripada 56 kerusi dalam Dun Selangor.

Sehubungan itu, Abdul Khalid menasihatkan kepada pihak berkenaan supaya menulis surat terus kepada Sultan Selangor bagi mengelakkan baginda keliru dengan pelbagai dakwaan kepadanya.

"Saya menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa saya telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan," katanya lagi.


Wan Azizah boleh jadi Menteri Besar Selangor

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima kenyataan bersumpah 30 Adun menyokong beliau.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, ini kerana, undi tidak percaya tidak semestinya perlu dilakukan di dalam dewan.

“Jika benar Dr Wan Azizah ada 30 Adun yang menyokongnya, beliau boleh mempersembahkan sokongan majoriti kepada Sultan melalui akuan bersumpah. Dalam isu sokongan majoriti, tidak mungkin Sultan tidak benarkan Dr Wan Azizah menghadap.

“Sekiranya Sultan berkenan menghadap dan bersetuju menerima akuan bersumpah itu, baginda akan minta menteri besar letak jawatan dan memecat semua exco,” katanya, semalam.

Sekiranya situasi itu terjadi, beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada pilihan selain melepaskan jawatannya atau memohon kepada Sultan untuk membubarkan Dun.

“Namun, dalam keadaan sekarang, semuanya terpulang kepada budi bicara baginda untuk bubar atau tidak.

"Sama ada Abdul Khalid memohon bubar Dun sebelum atau selepas Dr Wan Azizah diperkenan menghadap, keputusan tetap terletak kepada baginda untuk setuju atau tidak.

“Jika baginda tidak berkenan bubar Dun selepas bersetuju dengan kenyataan bersumpah 30 Adun, maka Sultan boleh menerima cadangan PKR untuk melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu,” katanya.

Kelmarin, Dr Wan Azizah mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan baginda seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Beliau juga memohon untuk mendapatkan pandangan Sultan Selangor sekiranya ada keperluan Speaker Dun mengadakan persidangan untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar.

Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, masih terdapat kemungkinan untuk Pas menyokong PKR sekiranya parti itu menukar calon menteri besar yang lain.

“Sehingga hari ini, kita dapat melihat sokongan kuat Pas kepada Abdul Khalid kerana tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Wan Azizah. Malah, mereka juga memilih Abdul Khalid kerana bersih daripada sebarang salah laku.

“Oleh itu, PKR perlu memikirkan strategi dengan meletakkan calon lain. Hanya dengan cara itu, tidak mustahil sokongan Pas akan kembali kepada PKR,” katanya.
-SH










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



24 ulasan:

  1. Inilah hasilnya bila...PAS LEMBAB...

    BalasPadam
  2. Maka adalah salah pas jika Khalid tt jual selangor kpd crony Selepas dia tu "bebas".

    BalasPadam
  3. krisis mb sngor hampir ending dah. dengan kegagalan wan azizah mengadap sultan, dan permohonan kali kedua mungkin akan temui jln buntu. apakah maknanya ini semua? sudah pasti dun selangor tunggu masa je utk dibubar. persoalannya, adakah pr dah bersedia ? klau ikutkan perkembangan sekarang yg mana hubungan antara tiga parti pr yg retak, suatu kejutan boleh berlaku di mana pluang untk menang majoriti 2/3 agak sukar manakala peluang untuk bn menang agak cerah. klau awal dulu tiga parti ini desak khalid ltak jwt mgkin boleh dipersembahkn kpd sultan dan khalid secara otomatik akan jatuh. namun apa yg berlaku hanya dua parti saja yg stuju. itula sbb perkara ini(usul tukar mb) tak berjaya. puncanya lambat bertindak. siapakah yg lambat bertindak itu?

    BalasPadam
  4. Sebolihnya jangan bubar dun jika buat pilihanraya baru pr akan jatuh bn dpt perentah selangor semula. Tapi lembikbila nak buat keputusan.

    BalasPadam
  5. Bukan setakat MB Selangor, tapi juga Minta Najib letak jawatan bagi pejabat PM kepada ULAMA PAS mulia. Mereka sentiasa betul dalam segala keputusan, tidak perlu cabar keputusan mereka kerena sentiasa betul. M

    Juga emang pantas buat statement (tak perlu meeting) jika terdapat masalah di rumah orang lain.

    Baglar pentabidran neraga kepada ULAMA PAS mulia, mereka tentu boleh uruskan segala masalah rakyat, sama ada di rumah, tepi jalan atau hutan.

    Terima Kasih kepada ULAMA PAS mulia suci.

    BalasPadam
  6. You know what? Expected that the meeting of CC of pas on 18 Aug will be ended with "tiada keputusan sebulat, maka keputusan Syura dan President terpakai iaitu sokong Khalid".

    Now people know why President rush give statement, and syura rush to do meeting even before CC.

    BalasPadam
  7. Kalau bubar .tp pr kalah ' ini di sebab kan anuar lah punya angkara ' kerajaan sebelom ini aman damai ' dia lah perosak segala nya nak masok kan bini konon kenapa tak bubuh orang lain berlambak lg ya layak.habis tu bla pas tk sokong .marah2 orang semua.bukan kah itu gila kuasa nama nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khalid dah main blkg...telur dah kena picit sama umngok...betullah anwar kena tukar...bahaya utk pr...dia lantik azizah sbb dlm pkr bnyk kem yg x setuju lantik azmin, rafizi atau saifudin...pkr akan berkecamuk...so yg tbaik bagilah presiden jd mb...lagi satu belum lg tbukti azizah tak ok...kecuali yg dah tahu mb pas tganu satu penggal dulu tu...

      Padam
  8. Episode yg berlaku diSelangor ni boleh jadikan batu ujian sama ada PR boleh dan layak kePutrajaya atau tidak.Lihat kelakuan manusia yg ditonjolkan jadi PM,lihat keadaan parti-parti yg akan memenuhi kabinet,lihat cara mereka bekerja,buat keputusan dan nilai pulak apa mereka mampu buat jika ada krisis dlm negara.

    BalasPadam
  9. Jika dun bubar pihak yg paling rugi adalah pr dan rakyat selangor...
    melihat kemelut yg x bkesudahan ini, aku rasa tidak dpt tidak anwar kena dptkan satu nama baru calon mb selangor yg dipersetujui oleh Pkr, Dap dan Pas bagi menggantikan Wan Azizah. Ingatlah kemaslahatan yg paling besar adalah membiarkan Umno kembali menguasai selangor. Sabar jealah saudara Anwar...aku yakin Anwar seorg pemimpin yg berjiwa besar...sabarlah wahai hati...

    BalasPadam
  10. Kalau tinggal solat boleh dapat pengampunan dari ulama majlis syura yang maksum?

    BalasPadam
  11. Bila krisis terengganu dan sekarang krisis selangor pun pas tak mahu ambil kesrmpatan, warak sungguh vellfire

    BalasPadam
  12. Dah sampai tahap ni aku rasa kita yg sayangkan pr perlu cari penyelesaian terbaik agar kerajaan pr terus kekal di Selangor dan jgn biarkan umno ambik kesempatan utk ambilalih semula selangor...buruk2 pr dpt jugak rakyat merasa air percuma, hebat2 umno dptlah jugak rakyat tengok mahligai khir toyo yg tersergam indah...

    BalasPadam
  13. Cabaran kepada sistem demokrasi raja berpelembagaan.....

    BalasPadam
  14. alahai DYMM, kenapa nak bagi ruang kpd umno ntuk membeli adun... transfer akaun dari istanbul ke london baru 3hari... knp lama sgt

    BalasPadam
  15. Banyak sangat andaian negatif. Kutukan berantai dan bertali arus. Maki hamun & hina menghina yg nyata adalah provokasi perang saraf musuh supaya nampak PR diambang kemusnahan. Penyokong PR pun terikut2 bertelagah sesama sendiri. Menari ikut rentak paluan gendang musuh.
    Kawan2 percayalah PR tetap utuh. Krisis MB Selangor akan selesai dgn situasi menang menang. BN dgn 12 krusi + TSKI tak boleh buat apa2. Bubar dewan? Tuanku arif laksana. Rakyat Selangor mohon bertenang.

    BalasPadam
  16. Kemungkinan prn diadakan di selangor? Tapi ini akan mematangkan pr khususnya pkr dan dap. Pas pula akan hanyut dengan permainan syaitan iblis bunian dan juga jin yang mereka amalkan...suka bertangguh melambat lambatkan dendam khianat kepada kawan dan suka bermuka muka. Bagaimanapun Pr akan tetap membentuk kerajaan di selangor selepas prn nanti tetapi syaratnya pkr mestiah mencalonkan seseorang yang berintergriti tinggi di kawasan pas. Anggaplah pas bukan lagi kawan yang boleh dijadikan kawan semeja.

    BalasPadam
  17. Kenapa nak bubar dun.nampak sangat sebelah Sana.kalau dibubar

    BalasPadam
  18. Yang rugi Parti yang buat kerja tipu Tikam rakan. Cina dah pikir kalau selangor Kalah terima jer, Lebih baik berkawan dengan penikam

    in response to Jika dun bubar pihak yg paling rugi adalah pr dan rakyat selangor... melihat kemelut yg x bkesudahan ini, aku rasa tidak dpt tidak anwar kena dptkan satu nama baru calon mb selangor yg dipersetujui oleh Pkr, Dap dan Pas bagi menggantikan Wan Azizah. Ingatlah kemaslahatan yg paling besar adalah membiarkan Umno kembali menguasai selangor. Sabar jealah saudara Anwar...aku yakin Anwar seorg pemimpin yg berjiwa besar...sabarlah wahai hati..., by Anonymous

    BalasPadam
  19. Yang rugi Parti yang buat kerja tipu Tikam rakan. Cina dah pikir kalau selangor Kalah terima jer, Lebih baik berkawan dengan penikam

    in response to Jika dun bubar pihak yg paling rugi adalah pr dan rakyat selangor... melihat kemelut yg x bkesudahan ini, aku rasa tidak dpt tidak anwar kena dptkan satu nama baru calon mb selangor yg dipersetujui oleh Pkr, Dap dan Pas bagi menggantikan Wan Azizah. Ingatlah kemaslahatan yg paling besar adalah membiarkan Umno kembali menguasai selangor. Sabar jealah saudara Anwar...aku yakin Anwar seorg pemimpin yg berjiwa besar...sabarlah wahai hati..., by Anonymous

    BalasPadam
  20. Yang rugi Parti yang buat kerja tipu Tikam rakan. Cina dah pikir kalau selangor Kalah terima jer, Lebih baik berkawan dengan penikam

    in response to Jika dun bubar pihak yg paling rugi adalah pr dan rakyat selangor... melihat kemelut yg x bkesudahan ini, aku rasa tidak dpt tidak anwar kena dptkan satu nama baru calon mb selangor yg dipersetujui oleh Pkr, Dap dan Pas bagi menggantikan Wan Azizah. Ingatlah kemaslahatan yg paling besar adalah membiarkan Umno kembali menguasai selangor. Sabar jealah saudara Anwar...aku yakin Anwar seorg pemimpin yg berjiwa besar...sabarlah wahai hati..., by Anonymous

    BalasPadam
  21. Percaya tak, kalau ikut precedent kes di perak tempohari, wan azizah sudah boleh angkat sumpah sebagai mb...tapi apakan daya...

    BalasPadam
  22. Kenapa perlu bubar DUN, MB dicadangkan ada majoriti, kenapa masa Perak tak bubar, ada udang ......

    BalasPadam
  23. UMNO SUKA BUBAR, SEBAB MEREKA TIADA MAJORITI, BUBAR JUGA PARLIMEN SEBAB TIADA MAJORITI 2/3

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.