Pungutan suara beri gambaran pergolakan di Malaysia Timur
Satu pungutan suara mengesahkan trend rakyat Malaysia Timur kini yang semakin bergolak, dengan kebanyakan penduduk bandar Sarawak bercakap secara terbuka mengenai meninggalkan idea meninggalkan Malaysia.
Tinjauan terhadap 100 orang di Malaysia Timur mendedahkan 72% daripada rakyat Sarawak berasa meninggalkan Persekutuan adalah pilihan terbaik, dengan hanya 14% di Sabah bersetuju.
Tinjauan itu juga mendedahkan 43% daripada mereka percaya cara terbaik untuk Sabah dan Sarawak menyelesaikan masalah mereka adalah dengan meninggalkan Malaysia.
Pemisahan dianggap pengkhianatan mengikut undang-undang Malaysia.
Undian itu mendedahkan perasaan curiga dan kekecewaan yang masih wujud di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setengah abad selepas Persekutuan ditubuhkan pada 16 September 1963.
Keputusan undian The Malaysian Insider ini sama dengan kaji selidik atas talian sebelum ini yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia Timur mahu Sabah dan Sarawak meninggalkan Persekutuan.
Seorang ahli akademik kanan yang berpangkalan di Sarawak melihat keputusan undian berkata terdapat perbezaan besar di antara responden Sarawak dan Sabah dalam analisis serta memahami masalah mereka.
"Penduduk Sabah mempunyai analisis lebih baik berkenaan masalah utama Sabah. Tetapi analisis Sarawak sebaliknya," kata Prof Madya Dr Andrew Aeria.
Pungutan suara dijalankan secara temu bual bersemuka dengan 50 orang penduduk dari Sabah dan Sarawak ke atas semua kumpulan umur. Responden ditemu bual di Kota Kinabalu, Penampang dan Papar, Sabah. Responden Sarawak adalah dari Kuching, Serian dan Sri Aman.
Sebanyak 71% penduduk Malaysia Timur mengatakan Putrajaya tidak melayan Sarawak dan Sabah dengan adil.
Bilangannya lebih tinggi di kalangan rakyat Sarawak berbanding Sabah.
Di kalangan penduduk Sarawak, 96% daripada mereka berkata masalah terbesar Sarawak adalah Putrajaya tidak melayan mereka dengan adil.
Jawapan ini dipilih daripada senarai yang termasuk kelembapan ekonomi tempatan, jenayah yang tinggi, pembangunan yang tidak cukup atau peluang pekerjaan.
Responden Sarawak mengadu Sarawak tidak mendapat bahagian saksama daripada dana pembangunan dari Putrajaya
Sedangkan Sarawak membekalkan Putrajaya dengan hasil minyak setiap tahun.
Ramai mengadu jalan yang teruk, bekalan air dirawat keruh dan elektrik terputus di kawasan pedalaman Sarawak.
Kebanyakan penduduk Sabah yang ditemubual atau 42% juga berpendapat kerajaan Persekutuan tidak melayan Sabah dengan adil. Sebahagian 32% berkata Putrajaya adil kepada Sabah.
Bagaimanapun, 57% daripada 100 orang yang ditinjau berkata mereka berpuas hati dengan prestasi kerajaan Sarawak atau Sabah.
Sebanyak 76% daripada rakyat Sarawak yang mengundi berpuas hati dengan kerajaan Sarawak. Manakala antara 50 rakyat Sabah, 38% berpuas hati dengan kerajaan mereka berbanding 32% yang tidak.
Majoriti rakyat Sabah ditinjau atau 52% mengatakan kebanjiran pendatang tanpa izin adalah masalah utama mereka. Ini diikuti ekonomi yang menurun pada 18%, tidak cukup pembangunan (10%), kadar jenayah yang tinggi (8%) dan pekerjaan tidak mencukupi (6%).
Aeria, seorang ahli ekonomi politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), memberi amaran terhadap pungutan suara sebagai mewakili apa yang rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya fikirkan.
Beliau berkata maklum balas daripada 50 penduduk Sarawak kemungkinan besar daripada mereka yang mempunyai akses kepada Internet.
Mereka mempunyai sikap politik yang dibentuk media sosial.
"Responden Sarawak menerima keseluruhan propaganda pembangkang dan kerajaan Persekutuan dipersalahkan bagi semua masalah Sarawak.
"Daripada mengadakan perbincangan mendalam tentang masalah Sarawak, mereka lebih gemar bersikap menyalahkan," kata Aeria.
Beliau berkata terdapat sentimen anti-kerajaan Persekutuan Semenanjung yang kuat dalam pilihan raya umum tahun lepas yang disebabkan Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) Sarawak.
BN Sarawak menemui penduduk dan menggesa orang ramai hanya mengundi "orang kita" atau parti Sarawak asli. Para pengundi menggesa menolak calon-calon dari parti berasaskan Semenanjung, seperti dalam PR.
Bersama-sama retorik PR terhadap BN Persekutuan, ia melahirkan perasaan anti-Persekutuan yang diarahkan kepada Putrajaya. Sentimen ini terlepas pandang penglibatan BN Sarawak dalam masalah Sarawak.
Maklum balas daripada 50 rakyat Sarawak seolah-olah menunjukkan bagaimana sentimen anti-Semenanjung ini membentuk wacana politik di Sarawak.
"Jika anda marah dengan kerajaan Persekutuan BN kenapa anda masih mengundi untuk kerajaan BN negeri? BN Sarawak masih sebahagian daripada BN Persekutuan. Ia merupakan satu analisis masalah Sarawak," kata Aeria. -TMI
ULASAN GB
Di dalam PRU13 yang lalu, BN menang dengan cuma 133 kerusi. Itu termasuk 48 kerusi di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung sahaja tanpa Sabah dan Sarawak, BN cuma menang 85 kerusi. Bererti lebih rendah dari Pakatan Rakyat yang memperolehi 89 kerusi.
Tanpa Sabah dan Sarawak BN telah pun menjadi pembangkang dan telah keluar dari Putrajaya.
Demikianlah Hukum Kebenaran dan Keadilan berjalan. Tipulah dengan macamana sekalipun, peralatkanlah SPR dengan cara apa pun, apabila "kebenaran dan keadilan" muncul, segala penipuan itu akan berbalik kepada mereka sendiri sepertimana janji Allah swt:
“Walhal rencana jahat itu tidak akan menimpa melainkan ke atas orang yang merancangnya.”
(Fatir: 43)
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Hmm ya lah tu. Mcm sjung jugak .. dekat2 pru nnt dpt sikit imbuhan .. yg tu jugk kekal.
BalasPadamdapat br1m hilang semua tak puashati
BalasPadamsaya lahir tahun 1961, iaitu tiga tahun sebelum penubuhan malaysia pada tahun 1963. sebagai penduduk sabah, saya selalu membandingkan pencapaian sabah dengan brunei. bagaimanapun saya mendapati brunei yang merdeka 20 tahun kemudian kini jauh lebih membangun berbanding sabah yang merdeka lebih dulu. kini saya selalu tertanya-tanya, adakah tindakan sabah menyertai malaysia sebagai suatu kesilapan?
BalasPadamOrg Sabah Sarawak sgt berani menentang penjajah tpi ngape skrg d tipu di zalimi d petbodoh bodohkan berkali kali diam saja
PadamAnom august 1 4:19, tuan adalh sebahagian dr kami. Tiada beza antara kamu, sarawakian dr kami di sjung. Cuma laut china selatan yg memisahkn kita tetapi kamu tetap sebahagian dr kami, malaysia. Kita semua hamba Allah yg dijadikan nya.
BalasPadamSy fhm sgt penduduk Sabah Sawarak ni...sampai masa undi BN jugak....
BalasPadamDulu kini selamanya hampah...tungul kayu pun undi...
Padamsenerio politik di malaysia timur x bolh diukr tntg kajian. wlupn kajian menunjkkn BN merudum tpi bla pilihnraya hpir tiba akn blkusbliknya.Ramuan nk bg org disana sokong Pump ngan wang ringgit je.olh itu klu nk tumbgkn BN dsana kena bawa wang satu kontena baru bolh wat andian, jika x masuk angin klr asap.
BalasPadamwahai sarawakian dan sabahan..sy dr pahang, dah lama ambikkan kamu adalah rakyat Malaysia seumpama kami. ketidakpuashati kamu adalah seperti kami disemenanjung juga...sebenarnya kerana kerosakan negara kita adalah puncanya umno/bn masih kerajaan. sejak 90an..dimulakan oleh mahadir menyebabkan keadaan Malaysia semakin teruk kerana rasuah, fitnah, ketamakan hartabenda oleh umno/bn menyebabkan rakyat marhaen diderakan dan kehidupan semakin susah..sedangkan keluarga umno/bn dan kroni2nya jadi kaya raya melampau2 termasuk ketua2 sareawak dan sabah juga..hidup mcm raja besar..sedang kan kita susahnya. Pada saya utk mengubahkan semuanya adalah kita PERLU SANGAT tumbangkan umno/bn kpd pemerintah BARU yg boleh diharapkan utk negara dan rakyat..
BalasPadamUmno sudah faham sangat org2 sabahan ni, sebab tu umno tak gentar.
BalasPadamyang mengaku faham tentang sabah dan sarawak tu sebenarnya nampak tak berapa faham! bukankah penduduk sabah pernah menolak BN pada PRU negeri 1985 - jauh sebelum BN ditolak di semenanjung? tapi apa yg mahathir buat selepas itu? berlakulah kebanjiran pendatang Indon dan Filipina yang memiliki kad pengenalan biru! mereka inilah yang menjadi pengundi yang memenangkan semula BN! jangan sangka semua penduduk asal sabah penyokong tegar BN! pemimpin umno bukannya bodoh sangat demi mengekalkan kuasa mereka!
BalasPadamsemasa saya belajar di itm sh alam tahun 1987 ramai kawan2 sesama pelajar dari smjung mengungkap "well come to malaysia". Apabila anak saya belajar di uitm sama 2007 dia juga sering mendangar ungkapan sama ... apakah mereka tidak tahu sejarah malaysia?...atau sabah saja tergila2 kan malaysia. keluarga mereka masih menerima anggap bhwa org sabah khususnya yg tinggal di kawasan pedalaman disangka tinggal di atas pokok besar. mungkinkah mereka di smnjung keberatan menerima kami disabah sbgai rakan mereka dalam malaysia...lebih baik bersetuju untuk keluar dari perikatan tersebut.
BalasPadamMaka akan bertambah lagi OPS kasih PTI IC untuk menjamin kemenang UMNO di PRU akan datang. Tak lama lagi Filipina bolehlah ambil sabah apabila orang diaorang ramai di Sabah dan time tu satu - satu umat Islam akan dibunuh tentera filipina macam diaorang buat kat umat Islam di Mindanao.
BalasPadamSaid No UMNO, selamatkan umat Islam di Sabah dengan jangan biar PTI dari filipina bertambah lagi di Sabah.