4 Wakil Rakyat PAS Akan Letak Jawatan Jika Bergabung Dengan Umno
Analisis senario PAS menjalin kerjasama politik dengan Umno oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan (PPP) PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang bocor baru-baru ini tidak mendapat sambutan daripada ahli kumpulan whatsapp AJK PAS Pusat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata terdapat sekurang-kurangnya empat ahli kumpulan itu yang menyatakan pemimpin PAS perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing berikutan kemenangan yang diperoleh dalam pilihan raya adalah melalui sokongan parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Ini kerana kita menang atas sokongan rakyat terhadap PR, bukan PAS semata-mata. Maka, kekal dalam jawatan itu tanpa kita berada dalam PR adalah dianggap tindakan tidak bermoral dan berbaur pengkhianatan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.
Beliau berkata, fakta itu perlu diketahui rakyat bagi membuktikan PAS tidak pernah berhasrat mengkhianati amanah yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Katanya, kumpulan whatsapp itu dikendalikan seorang kakitangan ibu pejabat PAS bagi memudahkan menyalurkan pelbagai maklumat seperti tarikh, masa dan agenda mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
“Kumpulan whatsapp ini bukan rasmi. Malah, Presiden, Setiausaha Agung dan beberapa pemimpin tertinggi PAS juga tidak menyertai whatsapp ini. Sebarang keputusan diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri pemimpin tertinggi parti bukan di whatsapp ini,” katanya.
Khalid berkata, analisis senario yang dibocorkan itu juga adalah serangan ke atas PAS dan bukannya kepada Dr Zuhdi sendiri.
Beliau berkata, jika serangan itu ditujukan kepada Dr Zuhdi, maka analisis senario itu hanya berlegar di kalangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja dan tidak disebarkan kepada umum.
“Kalau Zuhdi sasarannya, sudah pasti ‘printscreen’ berkenaan akan hanya berlegar di kalangan pemimpin PAS sahaja kerana jawatannya sebagai Pengarah Operasi PPP bukan dipilih rakyat tetapi dilantik pemimpin.
“Oleh itu, jika ada yang ingin menjatuhkan Dr Zuhdi daripada jawatan itu, tidak perlu disebarkan ‘printscreen’ berkenaan ke luar, memadai disebarkan di dalam parti sahaja.
“Seharusnya, lebih banyak usaha dilakukan untuk membela nama baik PAS berbanding membela Dr Zuhdi bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap parti ini,” katanya.
ULASAN GB
Alhamdulillah.
Demikianlah sepatutnya. Wakil-wakil rakyat PAS yang menang di dalam PRU13 yang lepas adalah kerana rakyat mengundi mereka di atas dasar Pakatan Rakyat, bukan PAS per se.
Adsa wakil-wakil rakyat (Parlimen dan DUN) yang lupa daratan. Tidak jujur dan khianat dengan amanah rakyat. Bertahaluf siyasi di dalam PR tetapi menolak kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PR. Siapa ajar begitu? Itu tandanya t6idak jujur. Itu tandanya khianat. Itu tandanya tidak ikhlas apabila berada di dalam PR.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap menghukum mereka yang tidak jujur dan khianat tak kira berapa tinggi pun darjat "ulamak" seseorang MP/ADUN berkenaan. Setinggi-tinggi darjat ulamaknya, dia bukan Tuhan, dia bukan nabi.
Mereka mahu PAS mendominasi PR sedangkan keputusan PRU13 yang lalu PAS belum lagi mampu berbuat demikian. Mereka tidak mahu menerima kepimpinan orang lain di dalam PR. Mereka tidak menghormati kepimpinan orang lain selain PAS. Bagaimana mereka hendak menerima kesetiaan dan kejujuran dari orang lain jika mereka tidak belajar untuk berlaku setia dan ju8jur apabila dipimpin oleh orang lain?
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sepertimana di dalam isu MB Selangor. GB sudah lama menjangkakan Tan Sri Khalid akan tumbang. Ia bermula dari isu kenaikan gaji MB, Speaker, Exco dan ADUN Selangor yang mana semasa itu kita melihat betapa degil, sombong dan angkuhnya dia tidak mahu mendengar nasihat orang lain.
GB dah ulas lama dulu. Petikan:
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI

Negeri yang kaya seperti Selangor mempunyai haknya sendiri untuk menaikkan gaji para ADUNnya. Dengan rizab mencecah hampir RM3 billion, sepastinya Selangor tidak ada masalah untuk kenaikan gaji berkenaan.
Namun, rezab yang tinggi itu sepatutnya dapat dinikmati oleh "rakyat Selangor" juga secara keseluruhannya.
Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor mempertahankan kenaikan gaji berkenaan dengan alasan supaya wakil rakyat Sleangor tidak perlu membuat "kerja luar" untuk melaksanakan tugas-tugas memreka.
"Kerja luar" yang dimaksudkan berkemungkinan kerja-kerja yang boleh dikategorikan sebagi "komisyen" dan "korupsi" termasuklah membotakkan bukit untuk memunggah tanah, mengorek sungai untuk dikaut pasirnya dan yang seumpamanya.
Dengan alasan untuk menjalankan tugas YB memerlukan banyak belanja terutama untuk melayani permintaaan rakyat, bagi pandangan GB, daripada menaikkan gaji dengan "terlalu tinggi dan mendadak" kepada YB-YB, mengapakah kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid tidak memikirkan untuk menaikkan "peruntukan untuk YB"?
Ada beza di antara kedua-duanya. Dengan kenaikan peruntukan YB di satu-satu DUN, rakyat setempat dapat menikmati hasil negeri Selangor tetapi dengan hanya menaikkan gaji YB, rakyat belum tentu dapat merasainya kerana ia adalah "hak milik peribadi" YB berkenaan.
Jika peruntukan untuk YB dinaikkan berapa banyak sekalipun, ia akan disambut dengan meriah oleh sekalian rakyat Selangor. Korupsi boleh berlaku? Ya, tetapi peruntukan sentiasa boleh diaudit untuk mempastikan ia tidak disalahgunakan.
Bukan GB menentang kenaikan gaji itu, tetapi kenaikan itu biarlah berpada-pada. Separuh dari kenaikan tersebut sepatutnya disalurkan kepada rakyat di dalam bentuk peruntukan YB.
Seperkara lagi, Selangor tidak perlulah mendabik dada kerana menjadi negeri terkaya dan rezab terbanyak dengan meningkatkan gaji begitu tinggi, kerana langkah tersebut amat menyusahkan Pakatan Rakyat di tempat lain untuk mempertahankannya. Di saat kita menentang pembaziran dan belanja besar kerajaan UMNO BN di peringkat pusat dan negeri, tiba-tiba Selangor pula tidak dapat menjadi contoh yang baik di dalam apa yang kita sebutkan "belanja berhemah".
Jawapan Tan Sri Khalid: "Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," terhadap saranan YB Azmin Ali supaya ditangguhkan dahulu kenaikan gaji itu agak dikesalkan. Nadanya kedengaran angkuh dan sombong.
Beringatlah, berapa banyak kerajaan yang kaya-raya akhirnya tumbang dan musnah kerana keangkuhan dan kesombongannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan!
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI
Rakyat di luar yg tak terikat dgn parti dah lama nampak dah cuma kami tak ada pilihan.
BalasPadamHarap maklum. Setiap DUN diperuntukan 600k. Kenapa adun tak guna utk program kws masing2? Kalau bagi duitterus ke adun, dikhuatiri akan salahguna utk kepentingan sendiri sprt amalan BN.
BalasPadamanon 10:37 AM menulis
BalasPadamHarap maklum. Setiap DUN diperuntukan 600k. Kenapa adun tak guna utk program kws masing2? Kalau bagi duitterus ke adun, dikhuatiri akan salahguna utk kepentingan sendiri sprt amalan BN.
Saya lebih bersetuju dgn pendapat GB. Naikkan peruntukan DUN.. kalau dulu RM600K, naikkan kpd RM1 juta. Apa salahnya? Bukankah itu untuk rakyat Selangor juga. Begitu juga peruntukan untuk parlimen di Selangor, mengapa tiada? Bukankah ahli parlimen juga berkerja untuk rakyat Selangor?
Ini tidak... dinaikkan gaji MB, speaker, exco dan ADUN2 sehingga ada yang mencecah 400%. MB gila saja berbuat demikian untuk populariti dan pertahankan kedudukannya di dalam dewan.
mana2 ulama/pemimpin pas yg nak sangat bekerjasama dgn umno disarankan tinggalkan pr dan terus masuk umno saja. ksn lebih telus. biarkan pr dgn perjuangannya menentang umno/bn
BalasPadamKhalid ni kan Trojan Horse Umno
BalasPadamtanpa keikhlasan & ketelusan dalam perjuangan agama Allah maka akan lingkop la ,ABU !
BalasPadamPuak UG dlm PAS memang tak henti-henti cari jalan untuk tidur sebantal dengan UMNO.Ramai dikalangan puak ni terdiri dari "ulamak muda" yg syok sendiri tidak mengambil kira kehendak grass-root.Inilah masaalahnya dlm PAS.Mereka kira massssuuuk aje,dan ada yg baru sepenggal jadi wakil rakyat sudah berlagak macam "tau semua".
BalasPadamParti yg brgabung dgn PAS mesti tak dapat kekal. Sama juga dengan Tun Mahathir dengan timbalan2 beliau. Lepas ni kekal lah PAS bersendirian atau bergabung dengan Umno sama dukung rasuah di negara ini.
BalasPadamKhalid patut diganti macam TGHH dalam Pas
BalasPadamnon 12:38
BalasPadamAnda bawa dan percaya dari UMNO plak dah?