PM tipu rakyat Kelantan, Jawatankuasa Khas Petroleum gimik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa sebagai 'penipu' dan hanya cuba mengaburi mata rakyat Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Khas Tuntutan Bayaran Tunai Petroliam bagi negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada 4 Ogos, 2012.
Ini kerana, walaupun berjanji keputusan pertama dalam tempoh enam bulan setelah persidangan pertama, sehingga kini tidak ada sebarang hasil jawatankuasa ini, kata Pertubuhan R Kelantan yang memperjuangkan bayaran royalti petroleum untuk negeri itu.
Presiden R Nazri Deraman dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, setelah dua tahun pembentukan jawatankuasa ini, tidak ada sebarang hasil yang diumumkan.
Katanya, empat hari selepas pengumumaan Najib iaitu pada 8 Ogos, 2012, Pertubuhan R Kelantan menyerahkan memorandum bantahan dan menolak Jawatankuasa Khas ini, kepada Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nazri berkata, Jawatankuasa Khas tersebut tidak mempunyai asas perundangan dan ditubuhkan semata-mata bertujuan mengaburi mata rakyat Kelantan yang ketika itu begitu teruja dengan perjuangan menuntut royalti.
"Jawatankuasa tersebut juga hanyalah janji politik licik perdana menteri untuk berdepan PRU13.
"Setelah PRU13 berlalu begitu lama, nasib rakyat Kelantan masih lagi tidak berubah dalam soal royalti ini walaupun Jawatankuasa Khas tersebut dibentuk," kata Nazri.
Sehubungan itu, katanya, R mendesak kerajaan negeri Kelantan menarik diri daripada Jawatankuasa Khas itu.
Selain berjuang di mahkamah, kempen besar-besaran dibuat oleh rakyat Kelantan untuk menuntut royalti petroleum diberikan kepada negeri itu kerana terbukti telaga minyak yang digali berada di luar pantai Kelantan.
Pada 6 Julai, 2014 R menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendapatkan maklumat dan hasil pembentukan jawatankuasa tersebut.
Di dalam surat tersebut mereka menyatakan, sekiranya masih lagi tidak mendapat apa-apa maklum balas dalam tempoh yang munasabah, mereka akan berkunjung beramai-ramai sekali lagi ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
"Kami juga akan mengutuskan surat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sultan Muhammad ke-V bagi menyuarakan hasrat dan pandangan ini," katanya. -TMI
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
tipuan sang penipu ? JANGAN DI PATUK ULAR DARI SATU LUBANG 2 KALI DAN JANGAN LUPA MOHON PERTOLONGAN ALLAH. SEMOGA BERJAYA.
BalasPadamIngatlah berapa ramai sudah rakyat kelantan yg meninggal dunia tanpa sempat menikmati hasil royalti gas kelantan...pemimpin penipu adalah pemimpin munafik...Rasulullah berpesan supaya berhati2 dengan orang munafik dan janganlah dijadikan pemimpin seorang yg munafik...WaAllahuklam...
BalasPadamPendokong-pendokong UG diKelantan wajar sadar diri.
BalasPadamKumpulan UG bersuara lagi setelah perintah Kedah dan Terengganu 1 penggal, tolak Azizah jadi MB Selangor
BalasPadamHanya umat melayu mr.bean dari Kelantan sahaja akan percaya cakap Najib bulat - bulat. We all bukan umat melayu mr.bean so we takkan makan lu punya janji dicapati beb dan trick lu sudah kami tahu lama dah.
BalasPadam