NZ jawab Anifah, M'sia mahu tuduhan digugurkan
New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan kebenaran untuk diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.
Antara didedahkan, surat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada kementerian luar (MFAT) New Zealand yang menunjukkan permohonan supaya Muhammad Rizalman Ismail pulang ke negaranya datang daripada pihak negara ini.
Surat bertarikh 21 Mei, yang dilihat Malaysiakini, sebagai reaksi kepada MFAR bertarikh 10 Mei kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang meminta supaya kekebalan diplomatik Rizalkan dilucutkan.
Ia penting supaya tindakan polis dapat diambil terhadapnya di negara itu.
“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekenalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.
“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu. ~mk
Anifah: NZ tawar alternatif bawa pulang diplomat
Pihak berkuasa New Zealand yang menawarkan "alternatif" untuk membawa pulang seorang diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam kes serangan seksual sebelum 30 Mei, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.
Walaupun pemimpin New Zealand mahu diplomat tersebut, Mohammed Rizalman Ismail, dibicarakan di sana, Anifah berkata pihak berkuasa New Zealand yang membuat tawaran itu.
"Kami sedia untuk memberikan kekebalan diplomatik jika perlu," kata Anifah.
Beliau berkata diplomat itu sedang menjalani ujian psikiatri oleh Kementerian Pertahanan, di mana beliau bertugas.
Jika didapati bersalah, tindakan akan diambil terhadapnya oleh Mahkamah Tentera di Malaysia.
Anifah bagaimanapun tidak dapat memberi butiran jenis hukuman menanti Rizalman jika dia didapati bersalah.
Beliau juga tidak pasti sama ada Rizalman, yang dalam lingkungan usia 30-an dan sudah berkahwin, kini dalam tahanan atau bebas.
"Saya tidak pasti. Proses tersebut adalah dengan Kementerian Pertahanan," kata Anifah.
Lembaga siasatan ditubuhkan
Bercakap dalam satu sidang media petang ini, beliau berkata Kementerian Pertahanan telah menubuhkan lembaga siasatan untuk menyiasat perkara ini.
"Kami mengambil serius perkara ini kerana nama baik Malaysia yang dipertaruhkan," katanya.
Anifah berkata Rizalman telah dibawa balik pada 22 Mei, dengan diiringi seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan, kira-kira dua minggu selepas dia ditangkap atas tuduhan serangan seksual dengan niat untuk merogol pada 9 Mei.
Anifah berkata tawaran alternatif untuk membawa Rizalman pulang dibuat oleh pegawai dari polis New Zealand dan Timbalan Ketua Protokol Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan semasa bermesyuarat dengan pegawai Malaysia pada 12 Mei.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan menimbang menghantar Rizalman ke New Zealand jika ada permintaan dibuat.
"Jika mereka minta dan mereka percaya siasatan di sini tidak dilakukan dengan betul, saya akan pertimbangkannya. Tetapi saya tak fikir mereka ada masalah dengan sistem kehakiman Malaysia," katanya.
Anifah berkata Rizalman berkhidmat di Wellington sebagai kakitangan Kementerian Pertahanan sejak setahun yang lalu. ~mk
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Kalo dah umngok.temberang tu tetap pujaan hatinya....
BalasPadamboleh caya ka barua ni semua ? ABU !
BalasPadamIngatkan org melaysia shj dok kata menteri penipu.... org luar pun dah senada. Malu.
BalasPadamKalau tak menipu bkn umno...
BalasPadamApa punya crita ni!!!! Buat salah kat nz kena bicara kat malaysia,pelik pelik malaysia ni....
BalasPadamKalau main tubuh lembaga siasatan of course dia tidak bersalah. Mana orang bodoh di dunia suruh orang sendiri untuk siasat diri sendiri. Lu ingat rakyat NZ bodohkah akan terima bulat - bulat lu punya siasatan? BODOH.
BalasPadamInsiden cukup memalukan beb dan menampakkan lagi kebodohan pemimpin Malaysia di mata dunia.
Rakyat NZ cuba diperbodahkan sperti yg di buat kpd pnyokong umno d'msia. Sedarlah wahai pykong2 umno, mintalah hidayah dari Allah di bulan mulia ini. umno dijalan yg salah, percayalah.
BalasPadam