28 Jul 2014

Luahan Hati Seorang Juruterbang MAS

Hati saya sedikit gentar juga setelah dua insiden melibatkan pesawat MAS MH370 dan MH17 berlaku pada tahun ini. Tapi saya cekalkan hati untuk kendalikan pesawat walaupun kemalangan udara semakin banyak terjadi.

Saya perlu sentiasa berfikir, saya bukan bawa nyawa saya sahaja, malah ada ratusan nyawa yang mahukan keselamatan tanpa ada apa-apa yang berlaku.

Setiap kali sebelum memulakan perjalanan, saya suka melihat wajah-wajah penumpang saya. Mereka sebenarnya nadi kekuatan saya.

Dengan dua insiden yang berlaku, tambahan melibatkan kawan-kawan sekerja, siapa tidak gerun, tidak gentar, takut dan macam-macam lagi.

Tapi, memandang wajah penumpang, saya tahu mereka bersandar harapan pada saya. Saya tidak boleh terlalu emosi. Itu bukan etika kami sebagai juruterbang.

Saya dilatih untuk melawan rasa takut. Saya perlu berani. Kalau saya mahu selamat, mereka (penumpang) juga mahukan perkara sama.

Doa dan zikir sudah menjadi amalan saya sejak dulu lagi. Itulah amanah ayah.

Kalau nak buat sesuatu, mulakan dengan kalimah ALLAH SWT.


Memang kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku, tetapi dalam setiap penerbangan saya akan lakukan yang terbaik.

Ketika dalam penerbangan, saya akan sentiasa cuba bertenang selain berhati-hati dalam membuat keputusan sekiranya keadaan memerlukan.

Saya sendiri pernah menempuh detik mencemaskan terutama ketika menghadapi cuaca buruk dan cuba menghadapi keadaan itu sebaik mungkin.

Apa yang saya fikirkan pada ketika itu adalah nasib penumpang pesawat yang saya kendalikan dan saya cuba mengendalikan pesawat tersebut dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan sesuatu perkara buruk terjadi.

Mujur latihan yang telah diberikan selain pengalaman pernah mengendalikan cuaca buruk ketika dalam penerbangan satu ketika dahulu.

Keadaan awan sememangnya satu keadaan yang tidak dapat diduga, kadang-kadang ada petir dan sebagainya, jadi sebagai seorang juruterbang, perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Saya tidak mahu apa yang berlaku menjadi noktah pada kerjaya saya. Saya masih yakin dengan syarikat MAS, sejarahnya membuktikan MAS bukan calang-calang syarikat penerbangan.

Bertuahnya saya dapat berkhidmat di sini. Saya akan setia bersama MAS dan berharap masyarakat akan terus kekal dan percaya pada kami. -katakcomel









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




4 ulasan:

  1. Perbaikilah dimana yg masih tidak sempurna...bermesyuarahlah dgn para ulamak dengarlah tegoran mereka....kita semua mencari keredhaan Allah SWT dalam apa jua urusan....iita bukan mencari keredhaan dan kesukaan manusia in shaa Allah perkhidmatan MAS akan cemerlang semula pada masa akan datang....berubahlah pengurusan MAS...

    BalasPadam
  2. I trust MAS and I have deep faith in the ability of its pilots. What I dont trust is the Boeing fleets that MAS owned..wink wink

    BalasPadam
  3. I dont trust the one who manage MAS

    BalasPadam
  4. MAS Forever.. Full stop..
    Good job to all MAS Aircrew and Ground Crew

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.