Bekas mufti Perlis tuntut Kuala Lumpur bersihkan pusat hiburan
Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan kerajaan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu negara.
Asri berkata, bagi menjaga imej negara Islam itu sendiri, ibu negara seharusnya aman dan selamat buat pengunjungnya.
"Kepada pihak yang ingin membersihkan bandaraya Kuala Lumpur daripada peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin elak Kuala Lumpur tercemar serta untuk menjaga nama baik ibu kota negara Islam ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Dr Maza.com.
Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menunjukkan dakwaan berpegang kepada Islam dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang melambangkan kemakmuran dan kesantunan.
"Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.
"Jadikanlah ia kota yang setiap orang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.
"Buktikanlah dakwaan ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambangkan kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan," katanya.
Tengku Adnan sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu kota berkenaan.
Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah dan pengemis di ibu negara.
Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.
"Mengenai golongan tidak berumah ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.
"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya.
Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.
Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.
Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.
"Kalau mereka hendak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat beli-belah Lot 10," katanya.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Ku nan Dan sewaktu dengannya adalah manusia yang mengundur kebelakang
BalasPadamTerbukti dah mengamalkan sistem kasta,Dan selepas ni kejahaliah,nauzubillah
Yang buat kerja Amal dilarang Dan dikenakan hukuman,yg buat kerja-kerja maksiat dibiarkan.Ini kebijaksanaan mentri UMNO.Tak terdaya nak tutup pusat-pusat maksiat sebab yg empunya towkeh-towkeh rakan seperjuangan.Ini cerita lama,take ada kesudahan.
BalasPadamMaksiat , rasuah dah memang darah daging UMNO....kalau mendatangkan keuntungan mereka akan sokong dan memandangkan gelandangan ini tidak mendatang sesen pun sebab tu lah ia nya nak di benteras...!
BalasPadamDi sini kita dapat melihat pandangan orang berilmu dan beriman dengan pandangan orang tidak berilmu dah tu bangang pulak ! Awang Jamil komen la sikit weh !
BalasPadamMalang nya nasib negara ku Malaysia....PM dah lah Kangkung.....Bini nya pulak bila org cakap psl bil air tinggi jawapan nya x pandai berenang......Menteri2 banyak yg 3B.... (bebal..bodoh..bahlul)....dan srng pulak ada menteri yg jahil....org nak buat amal nak di saman......nasib...nasib
BalasPadamInikah kualiti yang ada pada pemimpin UMNO? If lu nak beria - ia sangat bersihkan bandar KL daripada pengemis dan peminta sedekah tunaikan hak lu sebagai pemerintah dan laksanakan kebajikan kepada rakyat, bukan main cakap atau tulis dalam kertas perjanjian kosong sahaja.
BalasPadamLagi if lu nak bersihkan pengemis lu buat apa dr. asri suggest. Dengan ini confirm pengemis takkan ada kerana setengah pengemis terpaksa mengemis kerana kena pau duit oleh GRO. (UMNO ini tak jauh macam GRO pau duit macam Pisau Cukur)
Tapi i guarantee diaorang takkan buat punya dan inilah adalah for sure punya.