Kuala Lumpur - Berselindung di sebalik istilah perkataan Melayu, sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini dikesan menawarkan bufet Ramadan tanpa mempunyai pengiktirafan sijil halal.
Hasil serbuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mendapati premis itu turut menjual arak.
Difahamkan, restoran yang menyediakan bufet Ramadan pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak) itu aktif menjual arak pada waktu malam.
Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman berkata, restoran berkenaan didapati gagal mempamerkan sijil halal dan tidak mendapat kebenaran daripada Jakim untuk mengadakan promosi bufet Ramadan.
“Kita telah rampas kain rentang yang memaparkan iklan bufet Ramadan dan sekotak minuman keras sebagai bahan bukti. Buat masa ini, operasi restoran berjalan seperti biasa tetapi tidak dibenarkan mengadakan promosi bufet Ramadan sehingga siasatan lengkap dijalankan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, restoran tersebut akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 selain pemantauan berterusan dilakukan jika masih menerima aduan menawarkan bufet Ramadan.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya memilih premis sama ada restoran atau hotel yang mempunyai sijil halal diperakui Jakim sahaja.
Operasi pertama Ops Bufet Ramadan yang bermula pada jam 11 pagi itu membabitkan 13 anggota dan akan diteruskan sepanjang Ramadan, fokus kepada restoran dan hotel sekitar Kuala Lumpur.
Katanya, pihaknya berharap orang ramai tampil membuat aduan bagi membolehkan tindakan diambil kepada premis yang terlibat menyalahgunakan sijil halal.
“Setakat ini, sebanyak 10 aduan diterima terhadap lebih 10 premis yang menawarkan bufet Ramadan tanpa sijil halal selain menyediakan minuman beralkohol,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengingatkan pengusaha supaya tidak menggunakan ungkapan seperti 'Bufet Ramadan', 'Makanan Berbuka Puasa', 'Iftar Ramadan' atau 'Makanan Bersahur' sewenang-wenangnya yang boleh mengelirukan pengguna Islam. ~SH
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI

bukankah menyediakan arak sbgai buffet ramadan menghina agama islam? DIMANA PERKASA,PEJUANG KALIMAH,ISMA ,MNTRI AGAMA ?
BalasPadamKita, umat Islam, ramai yang dah lupa akan hasrat murni dan objektif Ramadhan. Kita seolah-olah menjadikan Ramadhan ni sebagai PESTA MAKANAN di mana bukan sahaja bufet ramadhan malahan bazar pun ada di mana-mana. "Ada juga orang Islam yang menyediakan makanan bagi meraka yang tidak berpuasa". Adakah ini juga salah satu "pahala" menyediakan makanan "berbuka" bagi orang Islam??????
BalasPadamSelamat berbuka puasa dan selamat menghayati semangat ramadhan.
Satu lagi contoh sampah yg mesti dibersihkan kalau nak jadikan kl liveable city.
BalasPadamMana-mana restoren yang menyediakan arak bersama-sama dengan juadah buffet berbuka puasa adalah dilihat tidak menghormati ISLAM dan bulan Ramadhan itu sendiri....
BalasPadamJAKIM , KPDKK dan JAWI perlulah sentiasa menjalankan siasatan bagi memastikan perbuatan amat menghinakan ini tidak berlaku lagi di Hotel2 yang menyediakan buffet Ramadhan.
NGO juga boleh berperanan Ramemastikan mana-mana penyedia makan mengikuti justifikasi sebelum menawarkan buffet Ramadhan. Mereka boleh menyuarakan dalam FB... banner... atau membuat perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha makanan supaya prihatin dengan sensitiviti ISLAM...
Dalam berita TV kelihatan PM melawat mereka yg tidur dikaki lima lima dan kelihatan juga Tengku Adnan terhegeh-hegeh ikut punggng PM nak tunjuk dia simpati kpd yg tak berumah.Ini pemain wayang yg hebat.
BalasPadam