Parlimen bahas nahas MH17 Rabu ini
KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat Khas untuk membahaskan usul mengenai tragedi nahas pesawat MH17 akan diadakan pada Rabu ini mulai 10 pagi, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Dalam kenyataannya, Pandikar Amin berkata, beliau selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Perkara ini adalah selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah telah menyusul dengan mengeluarkan pemberitahuan panggilan mesyuarat kepada semua ahli-ahli Dewan mulai hari ini (semalam)," katanya.
Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di wilayah Donetsk, timur Ukraine, kira-kira 50km daripada sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia. - Bernama
MH17: Nenek Tiri Najib, Hishammuddin Antara Mangsa Nahas
SEORANG daripada 283 penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dikenal pasti sebagai nenek tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Berita sedih itu diketahui Perdana Menteri dan sepupunya yang juga Menteri Pertahanan, lapor sebuah portal berita.
Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu, mangsa, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk Najib dan Hishammuddin.
Mohd Noah adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila.
Mohd Noah yang juga datuk kepada kedua-dua pemimpin negara itu meninggal dunia pada 1990.
Siti Amirah, 83, dalam perjalanan sendirian ke Jogjakarta, Indonesia untuk menyambut Aidilfitri di kampung halamannya.
"Beliau seorang wanita yang baik hati dan cantik. Beliau juga suri rumah yang menjaga datuk saya dengan baik. Kami memanggilnya 'ibu'," kata jurucakap keluarga itu, Datuk Dr Faridah Abdullah pada Jumaat.
Dr Faridah, yang juga Pengerusi Yayasan Mohammad Noah berkata, Siti bercuti ke Amsterdam bersama anaknya dari perkahwinannya yang pertama.
Tambah beliau lagi, anak Siti sepatutnya bersama ibunya, bagaimanapun gagal mendapat tiket untuk penerbangan sama.
"Beliau ada keluarga sendiri di Amsterdam dan sering berulang alik ke sana dan ada kalanya melawat negara ini kerana menyayangi Malaysia," kata Dr Faridah. -mstar
ULASAN GB
Maaflah tajuk yang GB gunakan... keras sedikit.. namun, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.
Sewaktu tragedi MH370 dahulu apabila diminta supaya kes itu dibahaskan di Parlimen, ianya ditolak mentah oleh kerajaan. Berjurai airmata ahli keluarga mangsa mendengar keputusan kerajaan pada saat itu.
Kini, apabla terkena "batang hidung" dan ahli keluarga sendiri, Najib sendiri menandatangani surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat untuk membincangkan kes MH17.
Dan ia mendedahkan juga satu hal: terbukti speaker hanya menjadi pak angguk.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, sekalipun yang bodoh-bodoh atau yang buta mengenainya cuba menyangkal dan cuba menyembunyikannya.
Namun Allah itu tetap Maha Adil! Airmata anda akan berjurai sepertimana anda juraikan airmata orang lain. Anda akan rasai sendiri apa yang anda telah lakukan terhadap orang lain.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Salam Tuan Greenboc,
BalasPadamI could not agree more. You are totally correct. Bukanlah hendak memadankan muka tapi what goes around comes around. Semoga jadi peringatan buat kita semua.
-RSM-
Allah works in mysterious way.
BalasPadamSepatutnya kes mh370 yg hilang entah dimana dibawa keparlimen baru betul cara entah masih hidup atau mati atau ada konspirasi disebalik kehilanganya.
BalasPadamkangkung Mahu jadi apa ?mau buah keras ? fikirlah sendiri ,ABU !
BalasPadamELOKLAH TU MUDAH-MUDAHAN SEDAR DIRI TETAPI SELALUNYA BILA TERANTUK KERANDA BARU SEDAR DAH MATI. Kita sama2 tengok sejauh mana kuasa manusia.
BalasPadamSemoga terus berlaku malang yg menimpa batang hidung lagi..Amin.
BalasPadamAmerika sudah bagi amaran jangan lalu kat situ, kenapa pihak atasan tak alert benda ni atau nak jimat minyak?
BalasPadamSaya di fahamkan ketua peramugara MH17, Hj Ghaffar Abu Bakar, memperjuangkan penghapusan hidangan arak dlm MAS dan membenarkan peramugari islam memakai tudung dlm penerbangan. Beliau pernah menulis kpd JAKIM dan Hishammudin ttp tidak mendapat respon.
BalasPadamDlm perbahasan, PR hendaklah bangkitkan perkara diatas.
Jika Jakim, Perkasa, Isma dan Mais begitu lantang mempertahankan kalimah Allah, kenapa tidak lantang tuntut menjalankan perintah Allah.
Alasan hidangan arak kerana ada permintaan, bagaimana dgn permintaan Allah?
MAS diketuai oleh CEO org islam dan dimiliki oleh kerajaan org islam. Kita yg berkuasa dan membuat keputusan.
Kalau takut rugi tak hidang arak, MAS sudah rugi berbillion. Baik elak terus dari undangi kemurkaan dan bala Allah.
Semoga 10 hari terakhir ramadan boleh membuka hati pemimpin umno.
Ramai dari mangsa adalah org belanda.
BalasPadamAdakah ini balasan kerana tentera PBB Belanda membiarkan tentera Serbia membunuh beribu umat islam di Srebrenica, Bosnia 20 tahun dulu ?
Tunggu Allah aturkan sorang2 kena bala baru nak kenal hukum Allah. Kita tunggu Dan lihat apa Allah beri oeringatan padabkita semua sapa2 yg Soleh syukur la. Dunia ni nk kiamat dah kalau tanda2 dh ujud
BalasPadamNak Tanya Speaker Pendika Amin,APA bezanya kehilangan MH370 dengan MH 17? Buatlah kerja-kerja zalim lagi,akan banyak lagi mala petaka akan berlaku.Allah SWT mendatangkan bala kpd kita bukan sekadar gempa bumi,banjir tapi juga dlm bentuk mala petaka yg berulang-ulang,penculikan dan ancaman keselamatan Dan juga beribu-ribu yg mati dlm kemalangan jalan raya.
BalasPadamBiar la mereka masuk neraka Allah dh tetapkan puak2 ni Berbuih mulut nasihat buih mcm buih arak jugak. Gelakan je
BalasPadamBiarlah mereka bertempik dan bergaduh kat Parlimen tu. Tak ke mana, habis gitu aja. Apakah keputusan perbahasan nanti akan memporakperandakan Rusia, Amerika dan konco-konco mereka? Apakah mereka akan gentar dan patuh dengan Parlimen kita? Kata orang, sedangkan bah kapal tak hanyut inikan pula kemarau panjang. Jauh panggang dari api.
BalasPadamYg pentingnya, setiap orang Islam di M'sia berdoa agar saudara2 Islam kita yang telah ditimpa kemalangan itu meninggal dalam keadaan orang2 yg beriman dan dirahmati Allah SWT.
Excuse me sejak bila mas diketuai oleh ceo orang islam? Bro itu bukan org islam, tapi umat melayu kerana islam haramkan arak, umat melayu halalkan arak.
BalasPadamLepas tu keluarga mati baru nak bahas? Kesian betul malaysia diperintah oleh badut. Tapi apakan daya dah umat melayu sukakan badut memerintah maka ini resultnya.
MH17 dikendalikan oleh Menteri yang lebih bijak berbanding Menteri dungu masa MH370
BalasPadamBerbincang tentang kehilangan MH 17 diParlimen Malaysia dianggap buang masa,tenaga dan belanja.Siapa kita yg nak "bercakap,berdialog dan berhujah" dengan Russia,Ukraine dan pemberontak? Pihak PBB pun depa tak layan dan tak ambil pot,inikan pula negeri kerdil macam Malaysia.Lihat apa yg terjadi pada keys MH 370,Malaysia kena main, macam berniaga buluh kasap,nampak hujung pangkal lesap,nampak pangkal,hujung lesap.Tak usahlah buang wang rakyat ,serah aje kpd AllahSWT dan banyak bersimpati kpd keluarga mangsa.
BalasPadamPok Jib cakap besar. KJ mulut besar. Kinabatangan melaun besar. Orang BN ni semua cakap macam sial. Oposition nasihat di perbodohnye. Mentang2 le depa ada kuasa. La ni ha dah kena dengan Rusia .......... pi le maki dia. Cakap hebat sangat. Konon hangpa le yg terhebat. Sedarlah korang tu mangkuk ayun aje
BalasPadam