30 Jun 2014

[VIDEO] Peragut Dibelasah Orangramai Rayu Dihantar Ke Balai Polis

Sebuah video yang menunjukkan sekumpulan anggota masyarakat memukul seorang peragut dan kemudian merayu supaya dihantar ke balai polis telah tersebar di media sosial.

Video dua bahagian, yang dimuat naik di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia, menunjukkan seorang lelaki muda dipukul dan disoal oleh sekumpulan lelaki lain kerana lelaki terbabit didakwa menikam muka seorang wanita,

"Berapa umur kau? Berapa lama kau dah buat kerja ini (meragut)?," demikian suara-suara yang dapat didengar dalam video itu.

Menurut keterangan di laman Facebook itu, kejadian itu berlaku dekat Lebuhraya Duke.

Lelaki muda itu diheret ke arah seorang wanita yang dikatakan sebagai mangsa, di mana orang ramai terus memukulnya dan kemudian mengikat tangannya di belakang.

"Tengok apa yang telah kau buat," kata salah seorang lelaki, disusuli tendangan di kepala lelaki yang dikatakan sebagai penjenayah itu.

Kesan darah dilihat di kepala dan muka lelaki muda itu yang merayu untuk dihantar ke balai polis.

"Hantar saya ke balai, bang," katanya berulang kali.

Pengguna laman sosial yang melihat video itu tidak bersimpati terhadap lelaki yang melakukan perbuatan seperti itu dan dilaporkan tidak membangkang tindakan kumpulan yang berkenaan. -mstar












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




14 ulasan:

  1. I no comment mengenai hal ni beb sebab kita tak tahu sama ada niat dia meragut kerana terdesak atau meragut kerana kesusahan hidup. Cukuplah sekadar sudah diajar oleh orang ramai.

    BalasPadam
  2. Assallammuallaikum, anonymous, ana terpaksa setuju dgn anda. Kalu dia meragut kerana kesempitan hidup, maka kitalah yg akan disoal di Masyar. Wallahu a'lam.

    BalasPadam
  3. Yg memukul dn mendera budak itu lebih bsar jenayahnya. Di mana mereka dapat kuasa berbuat demikian? Wah, sedap-sedap saja membelasah orang, tak bertamaddun. Siapa kita? Serahkan kpd pihak berkuasa untuk melaksanakan undang2. Susahlah negara kalau orang ramai bertindak mengatasi undang2.

    BalasPadam
  4. Mesti menteri kdn menyokong tindakan kaki pukul tersebut sebab sealiran.yg tumpang semangkuk tu pun mungkin lagi lebih jahat.ramai ramai berani ler tunjuk samseng.aper pun tahniah.bole ganti polis.

    BalasPadam
  5. bestnya belasah ramai2..kalo one bye one ada brani?

    BalasPadam
  6. Itu semua samseng taik minyak. Budak yang meragut sepatutnya diserah kepada pihak berkuasa. Undang2 ada, mahkamah pun ada ada. Biar hakim yang jatuhkan hukuman. Lainlah kalau yang meragut berpuloh juta, lapur kepada pihak berkuasa tiada tindakan, pergi mahkamah hakim takut. Yang macam itu barulah kita belasah dia beramai-ramai. Ada berani ka...............

    BalasPadam
  7. Semoga Allah kurnia taufik dan hidayah pada kita semua...muhasabah diri dan bertaubat kerana mungkin ada salahnya kita pada keadaan tertentu yang menyebabkan sesuatu berlaku dan Allah menduga kita semua di atas kesilapan dan kesalahan yang pernah kita lakukan...masyarakat, rakyat atau orang bawahan menjadi mangsa dan bergaduh sesama sendiri dek kerana desakan kehidupan yang serba kurang, ilmu, iman, kasih dan kesejahteraan...Tidak berubah suatu kaum atau keadaan melainkan perubahan dilakukan oleh kaum tersebut sendiri...InsyaAllah

    BalasPadam
  8. Budak yang meragut dan orang orang yang menyepak dan terajang siperagut, sama sama tak ada hati perut dan sifat belas kasihan sesama maanusia.

    BalasPadam
  9. sudara critique
    saya setuju benar tengoklh kedaan negara susah cari makan hidup melarat kerja x ada suma diberi pada warga asing
    satusatu cara hanya kebergantungan pada brim najib atau merompak
    sikit waktu lagi gst nauzbllh
    mari kita bersetuju utk tiada bersetuju sesama kita kerna kita tau kita sentiasa beruntung
    salam ramadan

    BalasPadam
  10. Mereka yang tak pernah jadi mangsa ragut ataupun suku sakat mereka tidak pernah menjadi mangsa ragut, akan mempersoalkan tindakan orang ramai.

    BalasPadam
  11. Tak payah lah nak jadi samseng pulak dengan sepak terajang budak tu lagi.
    dia bersalah meragut.
    Yang sepak terajang tu jugak mesti didakwa sebab membuat keganasan. Kalau orang macam ni dibiarkan buli dan berlagak samseng macam mana budak2 sekolah tak tiru dan ikut perangai samseng macam ni?
    Call patrol car dan hantar terus ke balai.
    tak payah lah nak sepak terajang.
    Dia pun manusia bukan anjing.
    Hentikan mentaliti nak tunjuk kuasa yang banyak di kalangan orang Melayu kita.
    Memang dia salah meragut dan patut dihukum dalam sistem keadilan kita. Pull stop.

    BalasPadam
  12. alangkah baiknya org politik yg songlap duit rakyat juta-juta dibelasah macam ni.

    BalasPadam
  13. nasib baik kena sepak terajang jer. kalau ikut hukum hudud dah putus dua belah tangan tu. macam mana nak naik motor kalau takde tangan?

    BalasPadam
  14. Anon 0956 : Ape ke jadahnya kesempitan hidup... muda lagi , tengok sihat jer. Tapi muka tu jelas bukan muka masjid. Dasar pemalas !

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.