Penceroboh' pro-Umno didakwa di mahkamah
Seramai 14 penyokong Umno yang meluru masuk semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan lalu didakwa di mahkamah majistret hari ini atas tuduhan menceroboh.
Mereka mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh ke dalam DUN tersebut pada 12 Mei.
Kumpulan berkenan menceroboh masuk ke ruang persidangan berkenaan pada hari itu untuk mencari ADUN Seri Delima RSN Rayer.
Tertuduh berkenaan merupakan Mohd Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd Noor, 36, Rosesarwandi Saad@Yaacob, 33, Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd Nashrol Hisham Abdullah, 38, Azmeal Abu Bakar, 42, Mohamad Yusmadi Mohad Yusof, 34, Mohd Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51, dan Mohamed Ibrahim A Siahoo, 31.
Kesemua 14 orang individu tersebut dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 setiap seorang, manakal Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit menetapkan tarikh 22 Julai untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh ketua unit pendakwaan negeri Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam Abu Bakar AS Sidek dan Wan Nazri Othman.
Tertuduh turut diiringi para penyokong yang memenuhi galeri awam sehingga menyebabkan polis terpaksa meminta petugas media beredar dari ruang mahkamah.
Kesemua 14 individu tersebut merupakan anggota Pemuda Umno dan PERKASA. ~mk
IMBAS KEMBALI
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Semua nak menonjol, tunjuk terror tapi setakat menjadi pencacai. berapa konsensi projek UITM yang mereka dapat. berapa banyak projek jatuh ke riba. yang kenyang bos-bos dema. yang mereka setakat dapat habuk je
BalasPadamJaguh Kampong ......
BalasPadamJika kita teliti UMNO bermaksuad"Pertubuhan MELAYU Kebangsaan" tetapi maaf ia tidak nampak seperti itu..jadi siapa sebenar nya mereka
BalasPadamMalaun2 ni bukan penceroboh..tapi...MILITAN UMNO...
BalasPadamIni lah sikap yang memalukan Melayu kita... dah terang-terangan kesalahan yang dilakukan,, masih tak mengaku juga..memang lah lawan tetap lawan,,tapi pertuduhan nya menceroboh masuk dewan persidangan.. walau apa pun sebab nya,, menceroboh dewan tetap salah disisi undang-undang.. Jika kes ini menyebelahi penceroboh,, kita akan lihat,,akan ada banyak lagi insiden serupa berulang... Kes ini akan menjadi contoh atau kayu ukur,,samada menceroboh dewan persidangan itu salah atau sebalik nya.. Tak kira lah siapa kita,, apa fahaman politik kita,,kita kena ikut LAW,, bukan ikut LU..
BalasPadammuka2 setan kat atas tu ke??!!.....
BalasPadamUmno kan memang syaitan yg di kenali
BalasPadam...KENAPA POLIS TIDAK TERUS TANGKAP MEREKA2 INI.....SEBELUM MEREKA MASUK CEROBOH...
BalasPadamWaktu solat zohor pun tak endah, perjuangan tahi kucing.
BalasPadambagi je mereka merasa berhari raya dalam jail..
BalasPadam